As-Salam. Mungkin ramai peminat blog Dapur Tanpa Sempadan dah tengok video yang memaparkan Mat Gebu ini, dan mereka dah tahu betapa lunak dan sedap suaranya. Namun, masih ramai lagi yang tertanya-tanya bagaimanakah rupanya Mat Gebu yang pintar berkongsi pelbagai masakan di dalam blognya?

Kalau anda sebelum ini tak begitu puas melihat gambarnya yang kabur-kabur menerusi entri ini - Identiti Mat Gebu Terbongkar!, maka anda pasti puas bila dapat menonton video ini.

Identiti Diri Mat Gebu Didedahkan Menerusi Video


Menerusi video ini, anda akan dapat melihat dan mendengar wawancara yang dibuat oleh Ben Ashaari kepada Mat Gebu. Video pendek je, tak panjang tapi visualisasi dalam video ini dah boleh anda kenal sedikit sebanyak siapa Mat Gebu dari segi fizikal - penampilan, gaya, suara dan mungkin ketawa kecilnya .. hehehehe...

Apapun sila enjoy video yang telah dirakamkan pada tahun 2011 kalau tak silap saya menerusi segmen di 1Tube.my


Dah tengok? Apa komen anda? Dah dapat serba sedikit info mengenai Mat Gebu tak? Dah tahu nama sebenar dia? Dah tengok apa yang banyak dalam almari dia tak?

Mat Gebu, dah jadi satu ikon dunia masakan maya dah .... semua orang suka pada blognya.

Ramai juga blogger Malaysia dah bertemu dengannya, tidak kurang juga yang sudah menikmati hasil air tangan Mat Gebu di rumahnya di Sedenak, Johor.

Nah, walaupun lelaki yang bijak dalam soal hidangan terhebat ini tidak sekacak ramai blogger terkenal, namun ... blognya bukan blog biasa-biasa. Blog Dapur Tanpa Sempadan adalah salah satu contoh blog luar biasa dengan trafik luar biasa, dengan gambar cukup cantik luar biasa, resepi yang luar biasa serta mempunyai peminat dan pembaca setia yang luar biasa.

Anda juga boleh jadi seperti Mat Gebu. Mengapa tidak? Ye tak?

p.s: Download Panduan Buat Duit Dengan Affiliate Ini - Ia Percuma - Buat Duit Online Sudah Semakin Mudah!


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. CMG memang org yg luar biasa. alhamdulillah dah penah rasa hasil air tangan beliau... peramah n friendly pun yer. mudah mesra. his parents pun besh...

    BalasPadam
  2. itulah kesan apabila berblog kerana passion semata-mata.

    BalasPadam
  3. dkna pernah tengok che mat gebu masa wedding bro kat johor :)

    BalasPadam
  4. Berblogging tak mengenal rupa jika hasrat utk menyampaikan itu berterusan dgn minat, in shaa Allah.. pasti akan ada yg meminati.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement