As-Salam. Amboi-amboi, makin melimpah ruah rezeki si blogger dan pelakon cantik Hanis Zalikha ni. Terlibat dalam Anugerah Blockbuster 2 Astro, Hanis Zalikha akan menjadi pengacara bersama Tasha Shila, Hefny dan Hafizul dalam sessi karpet merah. Anugerah Blockbuster 2 ini akan diadakan pada 15 Jun 2013 di Stadium Tertutup MBJB, Johor Baharu, bermula jam 9 malam.

Hanis Zalikha Pengacara Karpet Merah Anugerah Blockbuster 2 Astro

Gambar dan Foto cun Hanis Zalikha bertudung

Sebelum diberikan tanggungjawab sebagai pengacara siaran langsung ini, Hanis Zalikha dah memang sinonim dengan Mad Market, satu lagi rancangan yang punyai ramai pengikut, terutama di kalangan blogger-bloger Asia Tenggara.

Kata saya - Hanis Zalikha dah makin terkenal ni kenalah jaga-jaga dan hati-hati lebih sedikit, iyelah, dah mula jadi perhatian. Cerita luar dalam semua orang dah nak tahu. Serius ni ... kalau tak mengapa kisah kekasih Hanis Zalikha begitu meletup sekarang ni. Orang akan korek cerita kerana nak tahu.

Saya akui Hanis Zalikha sebagai blogger ada imej yang cukup baik di kalangan pembaca dan pengunjung setia blognya. Dalam usia 23 tahun, banyak lagi ruang dan peluang terbuka buatnya.

Apapun, tahniah buat diri Hanis Zalikha. Hmm .. nampak gaya makin ramai blogger yang terjunam dalam bidang seni hiburan ni - termasuklah Lynda Roslan, Amirah Filzah, Zaireen dan beberapa nama lagi yang tak sempat nak saya sebut .... errr nama lelaki tak ada pulak .. hmmm .. :)


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement