As-Salam. Nampaknya masih ramai blogger yang tidak memperdulikan fungsi sitemap dalam blog. Anda harus tahu, sitemap ini merupakan satu alat untuk enjin carian menggelintar kandungan blog anda dengan pantas dan berkesan. Blog anda akan kerugian untuk menerima trafik menerusi enjin carian jika anda tidak guna secara total fungsian sitemap ini.
Masih Ramai Blogger Tidak Peduli Sitemap
Bagi pengguna blogspot, sitemap sudah ditentukan, cuma ia tidak dimaksimumkan bagi membolehkan entri-entri secara keseluruhan disenaraikan dalam enjin carian. Anda seharusnya sudah boleh dan tahu bagaimana nak hantar sitemap blog anda ke enjin carian. Jika tidak pasti, ikuti panduan yang telah HH sediakan di entri ini - Blog Perlu Ada Sitemap
Oh, mungkin anda yang kurang pasti apa itu sitemap atau peta laman. Ia boleh diibaratkan sebagai bahagian kandungan dalam buku. Apabila anda buka sesebuah buku, anda akan nampak kandungan dulu kan? Haa itulah dia sitemap. Ia menerangkan apa yang ada di dalam blog anda. Sitemap yang baik adalah sebuah sitemap yang menunjukkan ringkasan apa yang ada di dalam blog anda, dan menampakkan niche blog anda.
Contoh Sitemap HTML
Macam buku, kalau buku cerita, ada tajuk-tajuk cerita. Jika buku matematik, ada tajuk-tajuk atau bahagian-bahagian matematik. Seharusnya sitemap blog anda pun perlu nampak begitu.
Untuk blogspot, anda mungkin perlu buat sedikit ubahsuai. Ini adalah kerana sitemap yang dijana merupakan rss atau atom blog anda, walhal sitemap perlulah ringkas. Anda boleh ikuti tutorial ringkas untuk membuat sitemap khusus untuk blog anda di sini - Tutorial Buat Sitemap Blogspot
Panduan ini khas untuk blogger baru yang mahu blognya pantas disenaraikan dalam enjin carian. Walaubagaimanapun, ada isu apabila anda meletakkan sitemap di dalam blog, terutama blogspot kerana ia akan menambahkan duplicate title. Maka untuk blog yang dah bertahun ada wujud, apa yang perlu anda lakukan di sebalik meletakkan sitemap dalam blog ialah dengan hanya menghantar sitemap blog anda ke enjin carian seperti yang disyorkan menerusi Google Webmaster Tools.
Selamat mencuba.
Benda yang wajib kena buat masa mula-mula ada blog ni.
ReplyDeleteOh, penting rupanya sitemap nih.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.