As-Salam. Rakan blogger HH buat segmen, lama benar HH tak join segmen rakan blogger. Dan kali ini, HH dengan gigihnya join segmen yang dianjurkan oleh Mialiana.

Segmen berjawab pantun. HH perlu jawab pantun-pantun yang telah disediakan dalam segmen ni. Dan ini jawapan dari HH ... huhuhuh.....


Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Proton Waja lampunya terang
Milik Hasif anaknya Kak Seri
Panggilan manja tentulah Sayang
Namun eksklusif hanya dari isteri

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Penat berlari dekat kebun
Lepas beryoga di ruang tamu
Menjadi suami sepuluh tahun
Beranak tiga beristeri satu

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Malang benar gambarnya kabur
Lupa ganti bateri yang baru
Belajar itu sampai ke kubur
Bekerja dari rumah rutin seharianku

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Sedap juga kopi pekat
Jadi juadah dengan lepat pisang
Tidaklah jauh tidaklah dekat
Menetap sudah di Pulau Pinang

Hmmm .. harapnya jawapan HH tu dapat diterimalah yer ... dah lama tak berpantun ni .... huhuhuu...

Nak join jugak? Boleh pergi ke entri berikut: Mari Berpantun oleh Mialiana.com


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Terima kasih daun sadri
    Sudi membeli pantun ini
    Tersenarai sudah link entri
    Dalam entri segmen ini

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum HH....selamat bersegmen yer menarik pantun nyer...:)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih daun sadri
    Sudi membeli pantun ini
    Tersenarai sudah link entri
    Dalam entri segmen ini

    ReplyDelete
  4. wah, semart sungguh pantunnya. suka, suka :)

    ReplyDelete
  5. singgah baca pantun.... wah! hebat dia berpantun.... ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle