As-Salam. Dugaan boleh datang tanpa ada menyedari, tanpa anda dalam persediaan .... apabila ia berlaku, apa yang pertama sekali anda perlu buat adalah banyakkan bersabar dan berdoa pada Tuhan, kerana segala kejadian adalah atas kehendakNya. Walau berat sekalipun, usah mengeluh tetapi ringankan bibir serta lidah untuk berzikir kepada yang Maha Esa.

Simpati HH buat keluarga blogger terkenal ini - antara blogger hebat di Social Media Award 2012, iaitu Mak Dara @ Adza Irdawati ... kerana ditimpa dugaan yang bukan ringan untuk dihadap. Ayah Mak Dara dalam kritikal ..... anda boleh baca mengenainya di sini: Ayah Mak Dara Dalam Keadaan Kritikal

HH harap seluruh keluarga Mak Dara bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Siapa yang sanggup kehilangan insan tersayang? Lagi-lagi insan yang membesarkan kita - Ayah dan Ibu. Dan lagi di saat kita sedang dalam usaha untuk membalas segala jerih penat yang diberikan kepada kita selama ini.... kita seolah tidak sanggup untuk melepaskan mereka kerana kita tahu masih banyak 'hutang' yang perlu dijelaskan.

Mari sama-sama doakan yang terbaik buat keluarga Mak Dara, dan semoga ayah Mak Dara diberikan segala kemudahan untuk menghadapi kesukaran dalam hidupnya. Doakan agar ayah Mak Dara dapat bersama dengan keluarga dan bermain dengan cucu serta cicit ... insyaAllah.


UPDATE: Takziah kepada keluarga Mak Dara @ Adza Irdawati kerana telah kehilangan ayahanda tercinta.  Alfatihah. Dapatkan cerita dan berita mengenainya di blog Mak Dara.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement