As-Salam. Bajet 2013 akan dibentangkan tidak lama lagi. Antara yang menarik untuk kita semua ambil perhatian ialah langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan hutang negara yang kini sudah 53 peratus daripada GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar). Draf pertama Bajet 2013 memberi fokus mengurangkan hutang negara, selain melonjakkan ekonomi pada peringkat lebih tinggi dan meringankan beban rakyat berikutan kenaikan kos hidup.

Intipati Bajet 2013 - Kurangkan Hutang Negara

Memetik daripada sumber Berita Harian:

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata usaha mengurangkan hutang negara antara perkara utama kerajaan dalam komponen perbelanjaan mengurus, sekali gus dapat mengurangkan beban negara.
“Kos mengurus kita semakin meningkat kerana dalam perbelanjaan mengurus ada perbelanjaan tetap seperti emolumen, pembayaran pencen dan pembayaran hutang negara. 

“Hutang negara sekarang sudah capai kepada 53 peratus daripada GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar), jadi kita melihat bagaimana kita nak mengurangkan hutang negara ini. Kita ada beberapa kaedah yang sedang dilihat. Jika kita dapat kurangkan hutang bermakna dalam konteks perbelanjaan tetap membabitkan hutang ini akan dapat dikurangkan,” katanya.

Hmm .. harapnya nanti Bajet 2013 tidak akan membebankan kita sebagai rakyat negara ini hanya semata untuk memastikan hutang negara dapat dilunaskan.

Namun, dari satu sudut, HH berpendapat ada harga yang perlu kita bayar untuk menikmati segala kelebihan, segala kemakmuran yang sedang kita kecapi kini. Cuma, jadi persoalan ialah .. adakah nanti ia akan dilaksanakan dalam pembentangan Bajet 2013 nanti. Adakah kita akan terasa bahang ekonomi dunia yang semakin meruntun setelah Bajet 2013 dibentangkan?

Kita tunggu dan lihat apakah yang akan disediakan oleh kerajaan untuk rakyat bagi menghadapi kemelut hutang negara yang diperkatakan oleh Menteri Kewangan Kedua ini nanti.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement