As-Salam.
Ramai yang masih lagi 'blur' sebenarnya tentang PunchTab. HH sendiri pun masih ulangkaji sedikit demi sedikit segala aplikasi yang ada dalam PunchTab ini.

Ok. Ramai yang tanya, bagaimana nak tahu jumlah terkumpul dalam PunchTab (PT) terutama untuk jumlah mata terkumpul bagi blog www.hasrulhassan.com. Untuk info, jumlah mata terkumpul anda adalah tidak sama dengan jumlah mata terkumpul PT ini di blog yang lain - yang ada fungsi sama.

Perkara pertama untuk anda tahu jumlah mata terkumpul anda ialah anda perlu terlebih dahulu dengan login Facebook. Anda perlu login Facebook dahulu atau paling mudah ialah dengan klik Join As Member yang ada di kotak Rewards by di sidebar. Apabila anda telah klik dan benarkan PT akses ke Facebook anda, akan keluar paparan berikut:


Nampak tak tu ... leaderboard untuk sebulan (30 hari). Dipaparkan siapa yang ada points paling tinggi untuk jangkamasa sebulan. Hmm tentulah HH .... hehehe.....  paparan ini akan keluar bila anda klik Join As Member.

Seandainya anda sudah login Facebook ketika anda berkunjung, dan sebelum ini telah Join As Member... paparan berikut akan keluar. Anda dah tahu jumlah points keseluruhan yang anda dapat ketika berkunjung ke blog ini ...


Lihat, jumlah keseluruhan mata terkumpul yang HH dapat ... 32,200 ...

Ok. Harap yang bertanya dan mencari info ini faham akan konsep aplikasi PunchTab ini. 

Seandainya ada Giveaway diadakan, mata yang dikumpul dalam program kesetiaan di atas adalah BERBEZA. Points tersebut tidak diambil kira untuk Giveaway kerana anda perlu daftarkan diri untuk jadi peserta Giveaway, kerana Giveaway ini juga beri peluang kepada mereka yang tidak ada akaun Facebook

Namun, mata yang anda dapat menerusi Giveaway dimasukkan ke dalam program kesetiaan yang disediakan oleh PunchTab

Jumlah Mata Dalam Giveaway tidak sama dengan Mata Program Kesetiaan. Tetapi ada sebahagian mata dalam Program Kesetiaan adalah terjana dari Mata dipungut dalam Giveaway.

Faham tak nih? Hmmm ... HH ambil inisiatif menelaah benda ini lebih kurang sejam hanya untuk menjawab pertanyaan serta kekeliruan anda. Boleh bertanya andai ada yang mushkil.

Kaedah sama terpakai untuk semua blog atau laman web yang punyai program kesetiaan (rewards) oleh PunchTab.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. eh, print screen tuu ada gambar saya.... hehe!!!! :)

    BalasPadam
  2. Harap penjelasan ini membantu semua yang ada guna atau daftar dengan PunchTab .... :) sedikit yang dapat, maka sedikitlah dikongsi ..hehheeh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement