As-Salam.
Oh hak asasi manusia ehhh .... hmm ya, kita perlu hormati hak asasi seorang manusia, tetapi jangan lupa, hak asasi itu adalah ciptaan manusia. Yang perlu kita lihat ialah hak-hak seorang manusia, yang telah diteraskan dalam Al Quran, ia ada tertulis segala hak yang perlu dilaksanakan, dan di dalamnya juga terdapat batas dan larangan untuk seorang manusia terutama muslim untuk mematuhinya.

Hak Asasi Manusia yang dilaungkan adalah ciptaan manusia, dilandaskan oleh akal pendek, dan bersimpul dengan emosi dan nafsu. Ia tak merujuk apa-apa pun. Ia tak merujuk kitab agama mana-mana agama, yang sepatutnya menjadi teras dalam perlaksanaan apa yang dikatakan sebagai hak asasi itu. Mana ada agama yang halalkan satu perkara luar tabii?

Kita berhak memberikan pendapat, kita berhak menyuarakan apa di dalam pemikiran kita. Cumanya, jangan kita lupa kita ada agama, ada adat, ada budaya dan sensitiviti masyarakat. 



Dalam Islam, ada hak dari manusia untuk seorang manusia lainnya, ada hak manusia terhadap haiwan, ada hak manusia terhadap tumbuhan. Ada digariskan hak seorang muslim ke atas muslim yang lain, terhadap jiran, terhadap masyarakat. Malah, hak seorang bukan muslim juga telah dinyatakan dalam Al Quran dan Hadis.

Mungkin kerana ada sesetengah manusia yang fikirnya nafsu dan kehendak dirinya tidak dapat ditunaikan, lalu ia berkata inilah hak yang perlu ditegakkan. Cit .... hak nafsu songsang .... apa hal?

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hak asasi manusia yg paling adil adalah yg sbgmana digariskan dlm islam, bukan yg dinyatakan dlm undang2 sivil sbgmana diamalkan skrg ni. yg islam gariskan tu la yg semua org mesti ikut. yg dibuat secara sivil tu direka oleh akal fikiran manusia semata2, so ia sesuatu yg tak adil.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement