13 Kelebihan & Kebaikan Home Tuition

AI Trade
Home tuition. Ia bukan perkara baharu, malah konsep ini sudah lama popular dan diterima dengan baik sekali oleh ibubapa terutama sekali di luar negara. Di Malaysia, konsep home tuition sudah mula diterima apabila impak positif serta kelebihannya sudah mula diperkatakan oleh ramai ibubapa.

Konsep home tuition ini mudah, iaitu cikgu tuisyen atau tutor akan datang ke rumah untuk mengajar anak-anak. Memang sangat berbeza dengan konsep tuisyen berbayar sebelum ini di mana ibubapa perlu menghantar anak-anak ke kelas atau pusat tuisyen.

Kelebihan Tuisyen di Rumah atau Home Tuition

Kelebihan Home Tuition
Daripada beberapa rujukan dan pembacaan saya mengenai home tuition ini, didapati trend mengambil cikgu tuisyen datang ke rumah sudah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Malah, di beberapa negara seperti United Kingdom, Singapura malah di Korea Selatan peningkatan nampak jelas.

Sanggup Berbelanja Mahal untuk Home Tuition

Misalnya di Singapura, ibubapa telah membelanjakan sehingga SGD$820 juta setahun untuk tuisyen yang mana dilaporkan hampir separuh daripada nilai perbelanjaan tersebut adalah untuk tuisyen di rumah! Menarik kan?

Home tuition atau tuisyen di rumah juga dikenali sebagai private tutoring di sesetengah negara, contohnya di Kore Selatan.

Malah, ia bukan sahaja beri kelebihan kepada ibubapa dan anak-anak yang mengambil khidmat tuisyen di rumah, tetapi juga memberikan pendapatan sampingan untuk guru-guru atau tenaga pengajar terlatih.
Kelebihan dan kebaikan tuisyen di rumah


Saya melihat konsep ini telah diterima baik oleh kebanyakan ibubapa yang bekerjaya serta mereka yang mahu memastikan agar pembelajaran anak-anak dalam akademik tidak ketinggalan. Apatah lagi bila ada komitmen lain perlu dilaksana.

13 Kelebihan & Kebaikan Home Tuition

Ada beberapa kelebihan dan kebaikan utama mengapa home tuition ini semakin menjadi pilihan ibubapa di Malaysia serta di dunia. Saya cuba senaraikan untuk sama-sama ambil pengetahuan mengenainya ya ..

Kelebihan #1 - Home Tuition Jimat Kos

Ia menjimatkan kos dari segi kos pengangkutan. Jika dulu ibubapa perlu hantar anak-anak ke kelas serta ke pusat tuisyen, dengan adanya tuisyen di rumah ini, guru atau tutor tuisyen yang akan datang ke rumah.

Ia nampak lebih ketara jimat apabila pusat tuisyen itu berada agak jauh dari kediaman. Kos makan-minum anak-anak semasa di tuisyen pun boleh dielakkan. Kan ke jimat kos tu?

Dan boleh juga buat tuisyen untuk kesemua anak dalam rumah di waktu yang sama.

Aha, bayangkan kalau setiap anak itu ada kelas tuisyen yang berbeza, lepas tu berlainan tempat kelas tuisyen pula .. banyak kos tu kena keluarkan. Jika buat pengiraan jangka panjang, memang akan dapat jimatkan banyak kos.

Kelebihan #2 - Lebih Selamat, Anak-anak Depan Mata Tuisyen di Rumah

Kelebihan yang ada tuisyen di rumah
Mungkin ada ibubapa yang berkeperluan untuk hantar anak-anak seawal umur 7-8 tahun ke kelas tuisyen untuk kukuhkan matapelajaran tertentu yang belajar di sekolah. Aspek keselamatan pastilah paling utama untuk anak-anak seumur ini.

Home tuition lebih selamat kerana anak-anak boleh dipantau dan dilihat sepanjang masa di hadapan ibubapa, berbeza dengan di kelas atau pusat tuisyen yang ada waktu rehat atau waktu antara hantar-ambil anak di kelas tuisyen.

Kelebihan #3 - Guru atau Tutor Lebih Dipercayai

Tuisyen di rumah ini lebih bersifat personal di mana ibubapa secara tidak langsung akan mengenali tenaga pengajar lebih dekat. Maka kepercayaan antara ibubapa anak akan wujud menjadikan guru atau tutor tuisyen lebih dipercayai.

Dengan adanya kepercayaan ini, akan mewujudkan suasana pembelajaran lebih baik, dan sebenarnya akan meningkatkan lagi tahap penerimaan anak-anak dalam kelas tuisyen di rumah.

Kelebihan #4 - Bantuan Belajar Secara Individu

Tuisyen diberikan lebih bersifat personal dan individu
Salah satu konsep tuisyen di rumah ialah pembelajaran atau pengajaran secara bantuan individu atau one-to-one. Seorang guru atau tutor tuisyen subjek tertentu boleh berikan komitmen untuk hanya seorang atau dua pelajar sahaja dengan lebih baik.

Pengajaran atau pembelajaran secara one-on-one dalam home tuition memang banyak kelebihan dan kebaikannya. Malah, ia sangat disarankan untuk anak-anak atau pelajar yang merupakan slow-learner. Mereka mempunyai keupayaan untuk belajar dan faham yang sedikit lambat.

Dengan adanya bantuan belajar secara individu ini, mereka akan dapat catch-up selain pengukuhan pemahaman terhadap subjek-subjek tertentu jadi lebih baik.

Perhatian penuh boleh diberikan oleh cikgu atau tutor yang mengajar.

Kelebihan #5 - Ikut Keperluan dan Kehendak Individu

Bila seisi belajar atau ulangkaji itu dibuat secara individu, maka keperluan dan kehendak individu itu juga dapat dikenalpasti lebih baik. Ini bukan sahaja membantu tenaga pengajar tuisyen di rumah untuk berikan servis terbaik tetapi juga memberikan kelebihan untuk anak atau pelajar itu belajar dengan lebih baik serta lebih seronok.

Kadangkala ada kaedah belajar di sekolah tidak berapa dapat diterima oleh anak-anak ini sehingga menyebabkan mereka susah dan terasa sukar untuk faham. Mereka akan jadi fed-up dan cepat kecewa, kurang semangat yang akhirnya merugikan mereka.

Adanya home tuition, guru atau tutor boleh gunakan banyak teknik pengajaran lebih khusus, lebih menarik yang akan membantu pemahaman anak atau pelajar.

Kelebihan #6 - Waktu Tuisyen Lebih Fleksibel

Jika hantar anak ke kelas tuisyen, ibubapa perlu patuhi waktu kelas bermula. Berbeza dengan konsep home tuition ini yang waktu pembelajaran itu lebih fleksibel dan ditentukan oleh ibubapa mahupun pelajar. Ia akan nampak lebih mesra waktu senggang ibubapa dengan anak, dan dengan cara ini juga boleh mengelakkan anak cepat merasa bosan.

Kelebihan #7 - Belajar Ikut Keperluan/Kekurangan

Belajar tuisyen ikut kemampuan, kekurangan dan kelebihan
Ada anak atau pelajar yang boleh mendapat keputusan peperiksaan serta pemahaman yang baik dalam subjek tertentu, tetapi kurang baik dalam subjek yang lain. Tuisyen di rumah tidak memerlukan silabus yang tetap, malah boleh berubah ikut keperluan dan kekurangan pada pelajar.

Guru atau tutor tuisyen boleh tumpukan kepada kelemahan pada pelajar tersebut. Jadi pelajar juga boleh belajar ikut keperluan dan perbaiki kelemahan pada subjek lain.


Penekanan dan latihan akan lebih diberikan kepada topik-topik yang pelajar lemah. Apabila bahagian yang pelajar lemah dapat diatasi, ia akan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar, dan seterusnya membantu menaikkan prestasi mereka dengan cepat.

Kelebihan #8 - Tuisyen di Rumah Lebih Selesa

Keselesaan adalah perkara penting kalau mahukan anak belajar dengan lebih baik. Tahap keselesaan pula tak sama. Ada anak atau pelajar yang suka belajar dalam suasana senyap sunyi, ada pula suka membuat ulangkaji dan menelaah pelajaran dengan kehadiran muzik lembut, dan ada pula lebih seronok untuk belajar jika ada teman.

Keselesaan seperti ini boleh diwujudkan dengan home tuition kerana ia melibatkan seorang dua anak atau pelajar. Berbeza dengan berada di kelas tuisyen yang telah ditetapkan peraturan tertentu selain perlu memenuhi keselesaan secara am untuk semua pelajar.

Kelebihan #9 - Boleh Tukar Tenaga Pengajar/Tutor Tuisyen

Ada beberapa syarikat yang sediakan servis menyediakan guru atau tutor tuisyen di mana ibubapa dan pelajar boleh pilih dan tukar jika didapati kurang sesuai. Anda tak boleh buat perkara ni di sekolah sesuka hati.
Kelebihan ambil tuisyen di rumah
Sepertimana di sekolah, anak-anak ada guru kesukaan atau kegemaran mereka sendiri. Jadi, teknik sebegitu cuba dipraktikkan dalam kelas tuisyen di rumah. Pastinya jika anak mendapat perhatian daripada guru tuisyen yang mereka suka, prestasi dalam subjek pelajaran tertentu mesti akan nampak perubahan.

Kelebihan #10 - Interaksi Guru, Pelajar dan Ibubapa Lebih Telus, Cepat, Mesra

Tiada sorok-sorok. Anda boleh ketahui samada anak dimarahi atau ditegur oleh guru atau tutor tuisyen. Anda juga boleh nampak interaksi berlaku antara guru dan pelajar (anak anda) samada interaksi itu positif atau sebaliknya.

Jika ada ujian, kuiz atau latihan dibuat oleh guru tuisyen, boleh tahu keputusannya dengan lebih cepat. Jadi, anak pun tak boleh nak sorok perkembangan mereka.

Bila ada interaksi antara guru, ibubapa dan juga pelajar .. proses untuk membantu menyelesaikan kelemahan dalam pelajaran boleh dibuat lebih baik, lebih cepat dan paling penting memberikan kesan yang sepatutnya.

Kelebihan #11 - Berbaloi Dengan Nilai Dibayar

Ada ibubapa yang agak cerewet dengan kos yang perlu dibayar untuk kelas tuisyen. Ada yang mengatakan tidak berbaloi hantar anak ke tuisyen, lebih-lebih lagi bila keputusan peperiksaan anak di sekolah tidak begitu baik.

Jika tuisyen dibuat di rumah, ibubapa akan nampak di mana pelaburan tu telah dibuat. Jadi, ibubapa boleh menilai sendiri samada berbaloi atau tidak nilai dibayar bagi home tuition ini.

Kelebihan #12 - Majlis Ilmu di Rumah

Kelebihan mendapatkan servis tuisyen dibuat di rumah
Bukan semua ibubapa ada kemampuan dan kelebihan untuk wujudkan majlis ilmu di rumah.

Tahukah anda, jika mahukan sebuah keluarga yang sentiasa diberkati, diperluaskan rezeki serta ceria bahagia selalu, kena wujudkan masa dan ketika untuk buat majlis ilmu di dalam rumah.

Ehh .. bukan majlis kenduri tahlil atau kenduri doa selamat ye. Ini majlis ilmu di mana ilmu sedang dibincang, dipraktikan dan diimarahkan sebaiknya.

Adanya konsep home tuition ini paling kurang ia secara tak langsung mewujudkan majlis ilmu ini di rumah. Semua orang boleh hadir ... :)

Kelebihan #13 - Rumahku Syurgaku

Ingat konsep ini tak? Rumahku Syurgaku. Bukankah tuisyen di rumah setidak-tidaknya ada memenuhi ciri-ciri ini di mana anak-anak anda akan menjadikan rumah sebagai tempat kediaman terbaik, bukan sekadar untuk makan, tidur, dan bermain, tetapi juga untuk belajar dan mengulangkaji.

Mereka akan lebih seronok berada di samping keluarga tersayang, selain memastikan ibubapa dapat pantau aktiviti, kemajuan pelajaran, serta turut-serta dalam proses memperbaiki kelemahan pelajaran anak-anak.

Pada masa sama, ibubapa akan menyediakan keperluan terbaik untuk bantu guru serta tutor memberikan servis home tuition paling kondusif untuk anak - semuanya untuk kebaikan anak-anak agar tidak ketinggalan dalam pelajaran, malah boleh mencapai keputusan yang cemerlang.

Kesimpulan Servis Home Tuition atau Tuisyen Di Rumah

Jadi bagaimana?

Saya harap, anda dah pun tahu beberapa kelebihan dan juga kebaikan yang ada pada tuisyen di rumah atau home tuition ini.

Ia telah menjadi pilihan ramai ibubapa yang mempunyai masa yang terhad, dan sangat sibuk dengan kerjaya; tetapi pada masa yang sama mahukan pendidikan dan pelajaran anak mereka mendapat perhatian terbaik.

Tahap perkembangan pendidikan anak-anak sewajarnya dipandang serius ibubapa.

Adanya home tuition ini, ibubapa akan lebih terdorong untuk sama-sama dengan guru dan tutor tuisyen memastikan anak atau pelajar berjaya memperbaiki kelemahan yang ada terutama bagi subjek-subjek yang perlukan pemahaman yang lebih.

Kita berusaha, apapun semua usaha ini takkan dapat berjaya andai kita tak memastikan bahawa tindakan kita adalah kerana Allah S.W.T. Ilmu itu milik Allah, maka doakan agar usaha untuk pertingkatkan ilmu mendapat redha Allah.
Kontest SEO Home Tuition
Artikel ini ditulis bagi memenuhi kehendak kontest SEO berkaitan home tuition. Kontest SEO ini bermula dari 30 Ogos dan tamat pada 30 September 2018.
Contest SIFFRA SEO HOME TUITION ini disponsor oleh SIFFRA HOME TUITUION
Kredit Foto: Unsplash

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments