RinggitPlus Banner

Senarai Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah

AI Trade
Baru-baru ini saya telah hadir ke Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Perak 2018 yang telah diadakan di Bagan Serai, Perak. Dalam majlis tersebut, adalah beberapa pameran yang telah berjaya meningkatkan pengetahuan saya dalam banyak perkara tentang pemakanan. Antaranya ialah makanan yang boleh dan tidak boleh dijual di kantin sekolah.

Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah

Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah
Secara amnya, saya tahulah juga sikit-sikit pasal jenis-jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dijual di kantin sekolah ni, sebab perkara ini pernah jadi viral sedikit masa dahulu. Yelah, ia libatkan banyak pihak termasuklah pengusaha kantin.

Tapi, sebagai ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak, pastilah tak suka kalau makanan-makanan yang kurang sihat dijual di dalam sekolah. Jika semua tempat boleh jual makanan yang tak berapa nak bagus untuk anak-anak ini, jadi bagaimana nak sedarkan anak-anak mengenai pemakanan sihat?

Buatlah kempen sejuta kali untuk beri kesedaran makanan sihat tetapi akses kepada makanan yang tak berikan apa-apa faedah ini boleh diakses mudah oleh anak-anak kita dalam pagar sekolah .. ater camner? Sia-sia usaha murni mereka yang prihatin.

Makanan Yang Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah

Ok, meh tengok secara am apakah makanan yang tidak boleh dan yang dibolehkan dijual di kantin sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah
Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah
Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah

Makanan Boleh Dijual di Kantin Sekolah

Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah
Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh Dijual di Kantin Sekolah
Jadi? Dah nampak kan? Daripada senarai tidak boleh dijual tu, memang semuanya tu tak berapa bagus untuk anak-anak. Kena ingat ye, anak-anak ke sekolah untuk belajar .. jika makanan disediakan di kantin sekolah itu tidak begitu bagus untuk perkembangan otak .. bagaimana nak harapkan anak-anak peroleh kecemerlangan di sekolah.

Kalau boleh, andai ibu bapa rajin dan ada waktu .. usahalah untuk sediakan sarapan atau bekal buat anak-anak ke sekolah. Pastikan ia bagus untuk kecerdasan, kecergasan dan minda mereka. Ada banyak makanan semulajadi yang bagus untuk perkembangan otak anak-anak .. maka gunakan sebaiknya.

Dan sebenarnya ada banyak je kategori dan jenis makanan yang dibenarkan dijual di kantin sekolah - andai ada pengusaha sekolah yang merasakan tersekat nak mencari rezeki dek kerana larangan ini.

Jadilah peniaga yang bertanggungjawab sikit. Anggap anak-anak tu sebagai anak sendiri dan anda mahu mereka dapatkan pemakanan sihat terbaik ...

Tak susah pun. In Sha Allah, ia akan dipermudahkan.

Kesimpulan - 11 Kategori Makanan Yang Dilarang Jual di Kantin Sekolah

Secara ringkas, jenis makanan yang tidak boleh dijual di kantin sekolah adalah seperti berikut:
  1. Makanan yang diproses atau terproses seperti bebola ikan, kek ikan, nugget, sosej, daging burger dan seumpamanya - Makanan ini ada kandungan garam dan lemak yang tinggi. Sangat tidak baik kerana boleh mendedahkan anak-anak kepada risiko tekanan darah tinggi di awal usia; selain berisiko obesiti.
  2. Gula-gula dan coklat yang kesemuanya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Ia berisiko kepada anak-anak untuk menghadapi masalah karies gigi, masalah berat badan selain terdedah kepada risiko diabetes.
  3. Makanan berkrim serta yang bersalut gula secara berlebihan.
  4. Minuman tenaga isotonik, berkarbonat dan juga jus buah komersil.
  5. Makanan ringan seperti keropok, kerepek, asam, jeruk dan seumpamanya.
  6. Minuman berkafein seperti teh dan kopi. Minuman seperti ini tidak sesuai untuk proses pembelajaran anak-anak di sekolah.
  7. Produk mee, bihun atau kue-teow segera - 2-minit siap masak.
  8. Minuman dibancuh menggunakan kordial, tiga-dalam-satu (3-in-1), serbuk dan whipping cream.
  9. Produk kofeksi ais dan aiskrim.
  10. Makanan lewati tarikh luput, iaitu yang melanggar Akta Peraturan Makanan 1985.
  11. Makanan berupa mainan atau disertakan dengan mainan tertentu.
Jika dilihat dari senarai di atas, kebanyakan jenis atau kategori makanan yang tidak boleh dijual ini memang boleh memberikan mudarat kepada anak-anak samada jangka pendek mahupun jangkamasa panjang.

Larangan dilihat untuk mengelakkan anak-anak ini dari mengambil makanan dan minuman yang tinggi gula, garam serta lemak.

Sebagai ibu bapa tentulah tak mahu lihat anak berada dalam kategori obesiti, dan paling teruk dikesan bermasalah dengan penyakit kencing manis dan juga masalah tekanan darah tinggi... kan kan?

Buat pihak kantin sekolah, saya harap apa yang disarankan oleh pihak berwajib ini mendapat kerjasama yang sebaiknya.  Ini untuk anak-anak - masa depan kita semua. Fikirkan andai masalah-masalah teruk yang bakal berlaku pada anak-anak disebabkan abainya kita, terhadap corak dan jenis pemakanan mereka ambil menerusi kantin sekolah.

Raikan usaha ini. Selesai di sekolah, pastikan anak-anak berada di rumah mendapat makanan berkhasiat terbaik. In Sha Allah.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. Di sekolah ptg anak cikla mmg ada dijual mkn ringan. Ais krim pun ada. Rasanya ibu bpa dh buat aduan ttg ni, tp nampaknya takde apa2 tindakan. Still berjualan jugak mereka yg berkenaan. Bdk2 apa kisah, mmg dh jd mknn kgemaran mereka kan...

    ReplyDelete
  2. di sekolah banyak je jual makanan tak berkhasiat. keropok lekor, hotdog, dll. makanan sebijik style pasar malam. di koperasi pulak jual jajan dan air dlm tin. hhaha

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.