Semak Kekuatan Blog Menerusi Website Grader Hubspot
Bila dah jumpa, saya pun buatlah ujian ...
Ini hasilnya ...
Aha .. memang seronok mendapat keputusan sebegini .. "This Site Is Great" ... dengan grade diberikan sebanyak 92. Uhh memang teruja.
Tetapi kan, jika anda gunakan url yang berbeza untuk blog yang sama .. hasil yang akan keluar juga agak berlainan. Ini yang memeningkan saya. Cubalah kalau anda tak percaya ..
Cara Nak Semak Kekuatan Blog/SEO Gunakan Website Grader Hubspot
Untuk semak SEO menerusi Website Grader oleh Hubspot ini, anda perlu pergi ke laman web INI. Masukkan URL blog anda, samada dengan http mahupun https .. atau terus sahaja url blog anda seperti ini - www.hasrulhassan.comMana-mana cara yang anda gunakan akan berikan grade, tetapi jangan terkejut ianya akan sama sekali berbeza.
Kenapa berbeza?
Mengikut pengalaman dan pengetahuan saya, ia ada kaitan dengan jumlah backlink secara direct yang diberikan kepada setiap url tersebut. Itu sebab grader yang diberikan berbeza.
Blog saya yang telah lama saya setting menggunakan url www.hasrulhassan.com mendapat grade yang tinggi, manakala untuk url hasrulhassan.com ... grader yang saya terima agak rendah.
[post_ads]
Jika anda menggunakan Google Search Console (Google Webmaster Tools), anda seharusnya menetapkan url yang tetap untuk blog anda, supaya anda boleh mendapat kelebihan ini - backlinks yang merujuk hanya pada satu url.
Capai Grader Penuh untuk SEO
Lihat grader atau score yang saya dapat untuk kekuatan SEO blog ini ....Markah penuh! Apa yang perlu dilakukan hanya pastikan tajuk blog, tajuk post, deskripsi setiap post adalah sesuai dengan cara serta teknik SEO. Simple method ialah dengan pastikan katakunci yang nak target itu berada pada tajuk besar, tajuk kecil dan url blog post ... :)
[Dah Baca?] Blog Perlu Diuji Agar Mesra SEO
Ok, anda juga akan lihat kelancaran blog anda dari segi saiz kod blog anda, jumlah panggilan http luaran (seperti script dari iklan Adsense, Innity, Nuffnang, widget blog ..dsb.) serta speed keseluruhan blog anda.
[post_ads_2]
Kalau anda masih lagi belum mahir mengenai SEO, usah risau sangat .. cuma saya ingatkan .. pastikan blog anda ringan iaitu mampu untuk loading dengan cepat, di bawah 5 saat!
5 saat ini adalah tempoh yang paling minima untuk blog anda loading secara penuh pada paparan skrin pertama komputer atau peranti internet.
Kenapa ianya penting? Sebab ia akan membuatkan blog anda memperoleh pembaca yang akan kekal lama ... siapa pun tak suka menunggu dengan lama .. ye tak? Jadi, apabila pengunjung klik mana-mana tajuk dalam blog anda, pastikan kandungan blog post tersebut sudah terjojol di bawah 5 saat.
Penting tu kalau anda tidak berapa nak mahir pasal teknik penulisan SEO.
Cubalah gunakan Website Grader ini, lepas tu jangan lupa lihat satu persatu penilaian yang dibuat. Jika nak perbaiki kekurangan yang ada, klik je 'read more' .. akan ada penjelasan diberikan untuk anda tambah baik grader blog anda.
Selamat mencuba tips blogging ini ...
tq for sharing
BalasPadamliez dah checked..hmmmmg kelaut la blog liez.. xth nakadjust kat mn..
BalasPadamtq share ilmu , kejap lagi ccl nak check juga
BalasPadamdah check. huwaaaa teruknya result huhu
BalasPadamwah hebatnya HH.. markah mama fail haha 34%
BalasPadamberita menarik juga nie..
BalasPadamnak cuba juga lah selepas ini
hampir sama result cuma kat RENDER BLOCKING dia merah. Nak baiki xtau.haahaha
BalasPadamtq share ... result blog saya sangat teruk :((
BalasPadamTQ atas info. Saya cemerlang SEO tp fail mobile view. Result 59% ok kot utk blog yg jarang2 update.
BalasPadam87 ! :)
BalasPadamCamner nak repair performanave 14/30 ni? Kita buta IT heheh... lelain ok full marks.
BalasPadamKena try n error la kot ..hehe
PadamTk atas perkongsian info dan ilmu..jazakallah
BalasPadamterima kasih ilmunya.., tambah lagi pengetahuan tentang website dan seo
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.