Video Going Home 歸家吧 - Iklan CNY 2018 Pensonic

Video best CNY 2018 Pensonic. Setiap kali musim perayaan, mesti akan ada iklan best dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar. Iklan-iklan musim perayaan ini agak unik dan menarik, terutama sekali iklan musim perayaan di Malaysia. Jika anda ikuti blog saya sejak dari dulu, tentu nampak saya sering kongsikan video-video best musim perayaan ni, termasuklah video iklan dalam bulan ramadan.

Tak lama lagi sebahagian rakyat Malaysia akan menyambut kehadiran Tahun Baru Cina 2018. Ianya adalah merupakan perayaan bagi bangsa Cina di seluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga, sempena bermula tahun baru kalendar lunar tradisional Cina yang kebiasaannya berlaku pada bulan antara 21 Januari hingga 20 Februari dalam kalendar Gregorian.

Going Home 歸家吧 - Video Iklan CNY 2018 Pensonic

Going Home 歸家吧 - Iklan CNY 2018 Pensonic
Di Malaysia sambutan Tahun Baru Cina ini dirayakan agak meriah di kalangan masyarakat keturunan Cina. Ia disambut dengan cuti yang panjang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Secara amnya, perayaan ini akan dimulakan dengan makan besar pada malam sebelum Tahun Baru Cina.

Dalam setiap cycle kalendar tahun baru Cina ini, ia diwakilkan dengan zodiak haiwan yang masing-masing memberikan maksud dan erti tertentu. Untuk tahun 2018, perayaan kedua terbesar disambut di Malaysia ini jatuh pada 16 Februari, dengan zodiak Anjing. Ia juga dikaitkan dengan unsur tanah (earth dog).
Tahun Baru Cina 2018 - Tahun Anjing

Unsur tanah dalam kepercayaan orang Cina dikaitkan dengan sifat kesabaran, keprihatinan, praktikal, kerja keras dan kestabilan. Selain itu, aspek cita-cita, ketegaran, ketanggungjawabab dan juga persediaan perancangan jangka panjang juga dikaitkan dengan unsur tanah ini.

Kaum Cina juga percaya, jika mereka yang lahir pada tahun Anjing, elok mencari pasangan hidup yang lahir pada tahun Anjing, Harimau dan Kuda iaitu zodiak tahunan dalam kalendar lunar.

Okeh, dah dapat sedikit info dan pengetahuan tak mengenai kalendar lunar yang menjadi teras sambutan Tahun Baru Cina ini?

Iklan CNY 2018 Kisah Gadis Terlanjur ...

[post_ads]
Sekarang, saya nak kongsikan sebuah iklan (TVC) sempena kehadiran Tahun Baru Cina 2018. Ianya adalah iklan daripada Pensonic. Iklan Tahun Baru Cina (CNY) 2018 daripada Pensonic ini bertajuk 'Going Home'.

Iklan yang berkisar kisah sebuah keluarga Cina, tetapi ia juga mencerminkan keadaan masyarakat umum pada zaman sekarang. Motif utama dalam cerita ini ialah mengenai seorang anak perempuan yang telah mengandung anak luar perkahwinan. Ini menyebabkan ibu pada gadis yang masih bersekolah ini sangat marah dan kecewa .. lalu ...

Ia telah meninggalkan kesan dan parut yang mendalam pada si anak itu. Nak tahu apa berlaku selepas itu dan kesudahannya?

Tonton TVC CNY2018 Going Home 歸家吧 dari Pensonic



[post_ads_2]
Pensonic presents the true spirit of Chinese New Year in this touching short movie that captures the importance of forgiving one another no matter what happens, and spending time with loved ones on Chinese New Year. Go home, before it is too late.

Ada komen?

p.s: Rupanya kuih kapit/kepit/sepit juga merupakan kuih tradisi masyarakat cina di Malaysia. :)

Post a Comment

2 Comments

  1. singgah ptg isnin
    lunch makan apa td?

    ReplyDelete
  2. emmm..taksabar nak makan limau.Time CNY yer aje limau sedap..kihkihkih

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.