Acara bolasepak (football) Sukan SEA adalah antara sukan yang dinanti ramai orang. Ia mengundang minat bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, tetapi juga peminat bolasepak dunia. Untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, acara bolasepak diadakan dalam dua kategori iaitu lelaki dan wanita.

Saya pasti ramai yang nak tahu jadual penuh perlawanan bolasepak Sukan SEA kali ke 29 ini. Apatah lagi, harapan tinggi diberikan kepada pasukan bolasepak Malaysia untuk menjuarai pingat emas dalam temasya sukan paling berprestij di rantau ini.

Jadual Rasmi Perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2017

Jadual Rasmi Perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2017
Berikut adalah lokasi rasmi acara bola sepak lelaki (bawah 22 tahun) & bola sepak wanita serta acara futsal lelaki & futsal wanita bagi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsung dari 14 Ogos hingga 29 Ogos ini.
Jadual Perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2017

Acara bola sepak lelaki akan diadakan di empat lokasi iaitu:
  • Stadium Shah Alam
  • Stadium Majlis Perbandaran Selayang
  • Stadium UiTM, Shah Alam 
  • Stadium UM Arena, Kuala Lumpur 
  • Stadium Nasional, Bukit Jalil  (final)
Manakala acara bola sepak wanita di dua lokasi iaitu di Stadium UiTM, Shah Alam dan Stadium Arena UM, Kuala Lumpur.

Hanya acara bola sepak lelaki dipecahkan kepada dua kumpulan disusuli peringkat separuh akhir dan final manakala acara bola sepak wanita dijalankan secara liga sepusingan dengan penentuan pingat emas, perak dan gangsa adalah berdasarkan kedudukan mata selepas semua pasukan beraksi empat perlawanan.

Jadual Perlawanan Bolasepak Lelaki Sukan SEA 2017

Jadual Lengkap Perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2017

Sabtu, 26 Ogos 2017
Separuh Akhir 
Stadium Shah Alam dan Stadium Majlis Perbandaran Selayang
  • Juara Kumpulan A lwn Naib Juara Kumpulan B
  • Juara Kumpulan B lwn Naib Juara Kumpulan A
Jika Malaysia layak, separuh akhir membabitkan perlawanan Malaysia adalah di Stadium Shah Alam dan satu lagi separuh akhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Selasa, 29 Ogos 2017 
Penentuan Pingat Gangsa
Stadium Majlis Perbandaran Selayang atau Stadium Shah Alam, 4:30 ptg
  • Kalah Separuh Akhir 1 lwn Kalah Separuh Akhir 2
Final- Penentuan Pingat Emas dan Perak, 8.45 mlm)
Stadium Shah Alam atau Stadium Nasional, Bukit Jalil
  • Pemenang Separuh Akhir 1 lwn Pemenang Separuh Akhir 2

Saya harap peminat bola sepak Malaysia akan bersama-sama memeriahkan perlawanan bolasepak Sukan SEA ke 29 ini. Paling penting, memberikan sokongan padu kepada pasukan Malaysia sehingga boleh layak ke peringkat akhir dan merebut pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebagai rujukan untuk ketahui jadual perlawanan bolasepak Sukan SEA 29 Kuala Lumpur 2017.

Untuk jadual perlawanan bolasepak wanita dan juga futsal, anda boleh rujuk laman web FAM di SINI.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement