Jangan panik kalau kenderaan anda hilang! Aha ... uhh biar betul ni, takkanlah tak rasa panik jika kenderaan yang kita masih lagi dok bayar bulan-bulan hilang dari pandangan mata? Nak-nak lagi andai kenderaan tu baru je dibeli dengan gaji 12 bulan yang pertama dihimpun penuh sabar.

Kenapa tak harus panik? Sebab permasalahan ini ada jalan penyelesaiannya. Nak tahu? Cubalah Google Stopanik! hehehe...

Stopanik GPS Tracker

Stopanik GPS Tracker
Secara amnya, Stopanik adalah sebuah GPS Tracker. Ia merupakan satu peranti pengesanan yang dicipta oleh warga Malaysia yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah kepanikan akibat kehilangan sesuatu aset, misalnya kenderaan.
Stopanik GPS Tracker
Baru-baru ini saya telah diberikan kesempatan oleh pengasas produk Stopanik untuk mencuba peranti atau gajet ini. Stopanik adalah satu peranti penjejak menggunakan teknologi GPS. Ianya mempunyai beberapa jenis, samada yang dipasang pada kenderaan mahupun jenis mudah-alih.

Menerusi Stopanik, anda boleh mengesan pergerakkan samada kenderaan atau orang perorangan di mana jua ia berada menerusi pengesanan kedudukan satelit GPS. Paling menariknya ialah, anda boleh setup sistem Stopanik ini kurang dari 30 minit sahaja, dan memantaunya menggunakan aplikasi percuma yang boleh dimuat-turun di Google Play mahupuan App Store.

Pengalaman Panik Lampau

Ketika saya menghadiri jamuan makan malam Bloggers Dinner, yang berlansung seminggu sebelum Ramadan 2017, saya telah dipertemukan dengan Tuan Acan. Beliaulah yang telah memperkenalkan GPS Tracker Stopanik ini kepada saya. Beliau adalah pencipta peranti Stopanik, GPS Tracker paling kecil pernah saya temui.

Menurut Tuan Acan, Stopanik tercipta hasil pengalaman ngeri beliau sendiri sedikit masa dahulu.

Kereta yang digunakan hari-hari untuk mencari nafkah telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah jatuh ditimpa tangga ... selepas beberapa hari, rumahnya pula dimasuki penceroboh yang amat pasti berpunca daripada dokumen yang ditinggalkan di dalam kereta.

Nasib baik tiada kemalangan jiwa terlibat. Cuma harta benda sahaja serta wang tunai yang kerugian. Alhamdulillah.

Panik. Memang panik ketika itu. Panik sebab kereta yang sepatutnya ada di depan mata telah hilang dari pandangan. Panik sebab penceroboh masuk ke rumah yang boleh mengancam nyawa, begitulah menurut Tuan Acan. Saya tak dapat nak bayangkan andai saya berada di tempat beliau.

Dari pengalaman tersebut, Tuan Acan telah ambil inisiatif untuk menghasilkan satu peranti yang dapat membantu seseorang yang di dalam keadaan panik, terutama akibat kehilangan kenderaan mahupun untuk kecemasan.

Stopanik GPS Tracker SP01

Saya telah diberikan kesempatan untuk mencuba salah satu peranti Stopanik iaitu jenis mudah-alih, SP01. Peranti Stopanik SP01 ialah GPS tracker peribadi berdasarkan rangkaian GSM/GPRS dan sistem kedududan satelit GPS, yang mana menyediakan pelbagai fungsi seperti keselamatan, kedudukan, pemantauan pengawasan, penggera kecemasan dan semua jenis pengesanan.
Stopanik GPS Tracker
Saiznya cukup kecil, malah boleh dimuatkan ke dalam poket seluar. Ia dijanakan menggunakan bateri seperti bateri smartphone biasa. Tidak nampak sophisticated tetapi mempunyai keupayaan tertentu yang agak mengagumkan.

Daripada apa yang saya tahu, SP01 ini direka khas untuk pemeriksaan, pelancong, pekerja rumah dan sebagainya. GPS tracking device ini menyokong pelbagai jenis fungsi termasuk kecemasan, sempadan geo-fence, kawalan suara dan penggera SOS. Objek yang ingin dikesan boleh dijejak dan diperhatikan menggunakan Stopanik Real Time Tracking System pada komputer, telefon mudah alih dan juga tablet (IOS, Android)

Ciri-Ciri Stopanik GPS Tracker

Stopanik GPS Tracker
Stopanik Malaysia GPS Tracker

Berikut adalah ciri-ciri yang ada pada peranti kecil ini:
  • Ianya boleh dikesan oleh: SMS, APP, Web – Live tracking mengenai laporan lokasi dalam pelbagai kaedah.
  • Kedudukan GPS+LBS – Membolehkan lokasi objek ditanda secara live tracking atau secara berkala.
  • Amaran gegaran – Memberikan amaran terus jika kenderaan atau aset mempunyai gegaran atau dipindahkan.
  • Penggera geofencing – Mencipta geofences dalam pelbagai bentuk untuk lokasi utama.
  • Kawalan suara – Mengaktifkan mod pendengaran menerusi teks.
  • Butang SOS – Mengaktifkan notifikasi kecemasan kepada pengguna.
  • 7 hari masa sedia – Bateri LI-ion yang berkapasiti tinggi.
  • Pengurusan kuasa pintar – Mengurangan kadar penggunaan kuasa jika alat tidak digunakan.

Peluang Guna Stopanik GPS Tracker

Saya telah menggunakan alat ini untuk kereta saya. Selepas meletakkan simkad telefon ke dalam alat ini, saya letakkan GPS Tracker Stopanik di dalam kereta.

Dengan menggunakan aplikasi percuma Stopanik yang dimuat-turun dari Google Play, saya boleh ketahui di mana kedudukan atau lokasi kereta saya secara tepat menggunakan GPS. Malah, sejarah perjalanan kereta  saya juga dapat dilihat menerusi aplikasi tersebut termasuklah data jarak perjalanan, tempat persinggahan, masa dan banyak lagi.

Jadi, katakanlah kereta saya dicuri (mohon dijauhkan) ... dengan menggunakan telefon pintar saya, saya boleh track di mana lokasi kereta saya dibawa yang memungkinkan ianya diperoleh kembali.

Malah, dengan sekali miscalled pada peranti tersebut, saya boleh dapatkan lokasi atau kedudukan kereta yang dihantar menerusi pesanan teks (SMS) sahaja.

Bagus kan?

Selain daripada pantauan perjalanan, alat ini ada fungsi Geofencing. Setiap kali kereta saya keluar dari satu-satu kawasan tertentu yang telah saya tetapkan, ia akan memberikan makluman kepada saya terus ke telefon.
Perisian GPS Tracker Stopanik

Ada beberapa jenis Stopanik yang lain. SP01 adalah yang paling simple dan yang paling ringan serta mudah-alih. Ada beberapa lagi peranti Stopanik yang lebih advanced, membolehkan kenderaan anda dihentikan secara automatik, dengan hanya menggunakan telefon pintar dan Stopanik sahaja.

Nak tahu lebih lagi mengenai Stopanik yang lain, anda boleh tengok butirannya di laman web Stopanik - https://www.stopanik.com. Anda juga boleh mencuba demo percuma yang disediakan di laman web tersebut jika mahu .. :)


Juga, saya sarankan anda untuk lihat beberapa testimonial para pengguna Stopanik ini di laman Facebook Stopanik di sini - https://www.facebook.com/stopanikgpstracker/

Jangan panik jika kenderaan anda hilang, andai ada Stopanik!

Semoga bermanfaat ye.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Menarik alat stopanik (stop panik) ni. Boleh kesan kereta kita di mana berada jika dialih atau dicuri.

    Boleh beli satu untuk letak dikereta. Berapa harganya ya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement