Langkah-langkah untuk pemilik rumah baru. Memiliki rumah adalah satu komitmen yang sangat besar dan tidak boleh diambil mudah. Bagi yang baru pertama kali melalui proses membeli rumah sendiri, anda pasti akan terasa bingung dengan pelbagai borang yang perlu diisi, langkah yang perlu diambil serta istilah yang perlu difahami.

Jadi di sini saya kongsikan beberapa langkah yang saya rasa sangat penting untuk pemilik (dan bakal pemilik rumah) ketahui tentang proses yang perlu anda lalui setelah menerima kunci untuk rumah baru anda.

8 Langkah Penting Untuk Pemilik Rumah Baru

Ketahui Langkah Penting Untuk Pemilik Rumah Baru
8 Langkah Penting Untuk Pemilik Rumah Baru

1. Terima Pemilikan Kosong (Vacant Possession - VP)

Biasanya dalam tempoh 24 bulan hingga 36 bulan dari tarikh anda membeli rumah, pihak pemaju perlu menyiapkan semua kerja pembinaan. Dalam tempoh itu, apabila kerja pembinaan telah mencapai 70%, pembeli akan terima satu surat yang menyatakan tarikh untuk penyampaian Pemilikan Kosong oleh pemaju kepada pemilik.

2. Terima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC)

Pada hari yang sama anda menerima Pemilikan Kosong, pihak pemaju juga harus memberikan salinan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan kepada pembeli. Sijil ini dikeluarkan oleh pihak penguasa tempatan setelah mereka sudah melakukan pemeriksaan ke atas projek itu dan memastikan yang rumah itu sudah sedia dan selamat untuk didiami.
Contoh Surat S&N Pemilikan Rumah

3. Tandatangan borang penyerahan kunci

Sebelum kunci diserahkan, anda juga akan diberikan sehelai dokumen yang mengandungi senarai barangan yang disediakan oleh pihak pemaju untuk setiap unit rumah. Jangan lupa untuk periksa setiap barangan itu berfungsi dengan baik dan berada dalam keadaan yang elok. Kemudian, tandatangan borang penyerahan kunci tersebut dan letakkan tarikh. Tarikh itu menandakan bermulanya Tempoh Tanggungan Cacat.
Borang Purchaser Handover Pemilikan Rumah Baru

4. Pastikan Tempoh Tanggungan Cacat (Defect Liability Period - DLP)

Secara ringkas, Tempoh Tanggungan Cacat merujuk kepada tempoh jaminan kerosakan pada rumah baru anda. Sepanjang tempoh ini, sebarang kerosakan yang dikenal pasti haruslah dilaporkan kepada pihak pemaju untuk dibaiki oleh mereka.

5. Hubungi pejabat pengurusan kawasan perumahan

Bagi rumah yang berstatus strata, kawasan perumahan itu akan diuruskan oleh satu badan atau syarikat yang sering digelar sebagai MO (Management Office). Jadi, setelah anda terima kunci, jangan lupa untuk berhubung dengan pihak MO untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bayaran penyelengaraan (maintenance fees) bulanan serta garis panduan lain yang berkaitan.

6. Daftar keperluan utiliti asas untuk rumah

Kebanyakkan pemaju akan minta semua pemilik rumah untuk melakukan pendaftaran utiliti secara berkelompok melalui pemaju. Tetapi, jika pemaju anda tidak menyediakan perkhidmatan ini, anda boleh mendaftar secara online.

7. Ubah suai rumah mengikut keperluan

Setelah selesai semua urusan dengan pihak pemaju, pengurusan dan utiliti, barulah anda boleh fokus kepada perkara yang lebih menarik ini, iaitu mengubah suai rumah mengikut citarasa dan keperluan anda.

Luangkan masa untuk lihat hasil kerja kontraktor ubah suai dan pereka hias dalaman yang berpengalaman sebelum anda membuat sebarang kerja ubah suai.

8. Cuci rumah selepas selesai semua kerja ubah suai

Setelah selesai kerja ubah suai, rumah anda akan dipenuhi habuk, batu kecil, titisan cat, simen dan macam-macam lagi. Rumah anda perlu dicuci dengan teliti dan menyeluruh sebelum anda boleh pindah masuk. Jika anda tidak mempunyai tenaga dan masa untuk melakukan kerja pembersihan yang agak ‘hardcore’ ini, dapatkan khidmat pencuci profesional untuk melakukannya.

Okay, itu sahaja perkongsian saya tentang langkah penting untuk anda semua yang bakal memiliki rumah sendiri. Saya harap selepas membaca artikel ini, anda dapat memahami dengan lebih jelas tentang istilah seperti Vacant Possession, CCC dan Defect Liability Period.

Jika anda masih mencari kontraktor renovasi berhampiran anda, sila layari Recommend.my. Recommend mempunyai 800+ kontraktor yang berpengalaman dari seluruh negara sedia untuk mengubah suai rumah anda.

Jangan lupa untuk kongsikan dengan keluarga, rakan-rakan dan kenalan anda. Informasi sebegini tak ramai yang tahu, apatah lagi bila sangat teruja untuk masuk ke rumah baru. Semoga bermanfaat.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih Hasrul. target hujung tahun ni nak beli rumah dekat kawasan senawang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement