Langkau ke kandungan utama

Trafik Blog Menjunam Jatuh?

Trafik blog menjunam jatuh! Sebagai blogger sepenuh masa seperti saya, keadaan seperti ini memang tidak menggembirakan. Malah, ia membuatkan diri saya berasa risau. Trafik blog yang tidak memberangsangkan menandakan blog kehilangan kekuatannya.

Saya seringkali menasihati rakan blogger supaya tingkatkan trafik blog ke tahap maksima. Sebagai blogger yang mencari rezeki dengan menulis, trafik blog adalah sangat penting supaya pendapatan dapat dijana.

Trafik Blog Menjunam Jatuh ...

Trafik Blog Menjunam Jatuh ...
Apabila trafik blog menjunam jatuh, seseorang blogger perlu bertindak pantas untuk memperbaikinya. Namun, sebelum melakukan apa-apa ... kena semak, dan ketahui mengenai punca dan sebab trafik blog menjunam.

Ada di kalangan blogger yang terkejut dengan perubahan trafik menjunam, terus melakukan tindakan drastik dengan menukar template blog mereka.

Saya sendiri pun terkejut bila keadaan ini berlaku pada blog saya, terutama blog-blog utama saya.

Ok. Apa perlu buat bila anda melihat trafik blog jatuh menjunam ini?

Seperti awal saya katakan, anda kena semak punca ia berlaku. Dan anda kena lihat statistik blog anda untuk lihat samada kejatuhan trafik blog anda itu satu perkara yang perlu anda bimbang atau tidak?

Cuba anda lihat statistik blog saya untuk Mac 2017 di bawah ini di mana trafik blog saya nampak menjunam jatuh.
Trafik Blog Menjunam Jatuh ...
Secara amnya, trafik nampak ok lagi walaupun kadar bounce rate naik agak tinggi. Apabila kadar bounce rate naik, ia menandakan bahawa blog anda tidak mesra kepada pengunjung.

Graf pula tidak menunjukkan turun naik (fluctuation) secara ketara; jadi blog masih menerima konsistensi trafik dan bukan abnormal. Jika tiada keadaan di mana graf memuncak tinggi dan menurun junam dalam tempoh sebulan - tiga bulan .. maka bolehlah dianggap bahawa ia satu keadaan normal.

Keadaan normal trafik menjunam jatuh ini mungkin disebabkan oleh perubahan algorithma dalam enjin carian Google sendiri. Jadi, ia memang di luar kawalanlah.

Disebabkan tiada sesuatu yang pelik .. maka, saya ambil keputusan untuk rileks sahaja. Tunggu ia kembali normal beberapa minggu ...

Jika anda nampak trafik anda menjunam, lepas tu anda kenal pasti bahawa trafik blog anda masih lagi terima trafik yang tidak drastik penurunannya secara purata bulanan, maka janganlah risau sangat ... huhu..


Komen Pembaca ...

  1. Kadang2 susah nak jangkakan pulangan trafik yang tinggi sebab banyak faktor2 pemboleh ubah yang mempengaruhi jumlah traffik..

    BalasPadam
  2. sy tak pernah langsung cek benda ni huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Kadang risau jugak bila trafik ni tiba2 je menjunam jatuh. Biasanya kalau jatuh mungkin sebab ada artikel yang sebelum ni viral dan kurang orang baca.

    BalasPadam
  4. haha. dah tinggalkan blog lama sangat. bila nak kene start semula, susah. tapi trylah

    BalasPadam
  5. saya risau blog saya yang kurang trafik..

    susah nak naik..

    BalasPadam
  6. Biasanya ini dinamakan 'Google Dancing' yang mana ada kemaskini algorithm berlaku, kesan biasanya dapat dilihat selepas 2 minggu hingga ke sebulan.

    Ramai rakan-rakan juga terkesan dengan perubahan terbaru ini. Tapi lepas hampir sebulan ia dah kembali seperti sediakala..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.