Langkau ke kandungan utama

Kita Insan Terpilih Namun Gagal ..

Bila kita diberikan kesempatan hidup di muka bumi ini, bermakna kita merupakan golongan terpilih. Ia merupakan satu anugerah .... cuba bayangkan andai kita masih lagi dalam bentuk roh ...dalam bentuk sperma. Ya, kita tak ingat apa-apa pada ketika itu.

Waktu itu, banyak yang seumpama kita berenang-renang bersama satu waktu dahulu ...tapi kita lah yang telah 'dipilih' untuk sampai ke telur atau ovum. Dari sebelum kelahiran lagi ... kita dah menjadi istimewa dan terpilih. Begitulah Tuhan telah menjadikan kita sebagai insan terpilih.

Kita Insan Terpilih Namun Gagal ..

Kita kemudiannya lahir sebagai seorang bayi, tanpa pakaian pun, akal pun masih kosong, pandangan kita pula masih gelap dan kelam. Ada mata, tapi mata kita belum lagi berfungsi sepenuhnya. Dan sekali lagi kita diberikan anugerah, terpilih untuk mendapat pancaindera yang lima, lengkap segalanya.
Kita Insan Terpilih Namun Gagal ..
Kita terpilih untuk merasai nikmat dunia, merasa dengan lidah, dapat menghidu dengan hidung, dapat melihat warna dengan mata .... dan macam-macam lagi. Anda tahu .. saya pun tahu.

Kemudian, kita diberikan umur .... dari sehari ke sehari, umur kita bertambah. Dan sekali lagi kita diberikan anugerah dan kelebihan ... kita boleh berjalan, berlari, bercakap, melompat dengan sempurna. Walhal dalam perjalanan ini, ada insan lain yang awalnya sama seperti kita, namun tidak menerima anugerah yang sesempurna yang kita ada sekarang.

Kita Diberikan Kelebihan Sebagai Insan Terpilih Tanpa Sedar

Lagi dan lagi diberikan kelebihan dan kesempurnaan. Kita mendapat kawan, kita mendapat kerja, kita berjaya mempunyai pilihan hati, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Semuanya itu atas kehendak Tuhan supaya kita menjadi insan yang terus diberikan anugerah. Tak putus-putus. Bukan semua yang dapat seperti apa yang kita dapat sekarang ....

Namun ... berapa banyak dari kita ini menginsafi, dan mensyukuri setiap detik dalam hidup ini? Berapa banyak dari kita semua, yang lembut lidah menyatakan terima kasih kepada Tuhan atas pemberian yang diberikan? Jika ada .. bandingkan dengan segala keistimewaan, kenikmatan, kelebihan yang telah kita dapat sehingga sekarang .. adakah ia berkadaran??

Mana Syukur Kita?

Kita Diberikan Kelebihan Sebagai Insan Terpilih Tanpa Sedar
Kita sering lupa. Hati kita sering lalai. Kita gembira dengan apa yang kita dapat sekarang, tetapi kita tidak pernah rasa ingin membantu yang lain untuk sama-sama bergembira dengan kita, bersyukurkah kita jika begini? Kita sering kedekut dengan kejayaan kita yang telah kita dapat ... sehingga lupa mereka yang telah banyak membantu kita mencapai kejayaan ini, bersyukurkah kita begini?

Kita melihat dengan jelek insan-insan yang melintas jalan dengan tongkat, kita sorok dompet kita bila ada insan menghulur tangan memohon sedikit lebihan syilling membayar tiket parking. Kita buat-buat tak nampak seseorang yang terjatuh tergelincir ... malah dalam hati kita gelak sipi-sipi ... adakah ini tanda kita bersyukur?


Mungkin ia tidak berlaku pada kita ..lalu kita ucapkan lega dalam hati sebab yang jatuh, yang bertongkat, yang menghulur tangan tadi bukan kita .. tetapi jika kita di tempat mereka? Adakah tatkala itu ... baru ingin rasa diri ini hina? Bukankah kita pernah jadi yang terpilih dan diberikan segala kelebihan?

Kita gagal, walaupun telah dipilih untuk lahir ke dunia. Jadi, apabila kita ditimpa musibah .. anggaplah ia ujian dari Tuhan supaya kita ingat siapa diri kita sebelum ini.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. Terima kasih .. mungkin boleh dijadikan ingatan buat kita semua .. in Sha Allah.

      Padam
  2. Perkongsian yang baik HH :)

    BalasPadam
  3. penuh bermakna dan saya harap saya mengambil iktibar darinya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Nak Tahu Rahsia Gaji RM4500 Sebagai Tukang Cuci Kereta?

Rahsia gaji RM4,500 sebulan sebagai tukang cuci kereta. Mitos? Anda mungkin tidak percaya, tetapi memang kerja sebagai seorang tukang cuci kereta boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan setiap bulan.

Itu adalah antara sebab kenapa salah seorang rakan saya sebaik sahaja habis pengajian di USM sebagai seorang graduan, beliau bekerja sebagai tukang cuci kereta.
Susah Nak Dapatkan Kerja? Kenapa Tidak Kerja Sebagai Tukang Cuci Kereta? Gaji RM4,500 Sebulan! Zaman sekarang nie memang zaman gawat. Ramai dah pekerja yang kena buang kerja. Pelajar-pelajar yang baru keluar IPT dan kolej pun, ramai yang susah nak dapat kerja! Jangan kata pelajar, pensyarah pun ramai yang kena buang kerja! Ini realiti. Cabaran memang getir.

Jadi, memang tak bolehlah nak memilih sangat bila bab cari kerja ni. Saya dulu pun, sebaik sahaja keluar USM, saya buat macam-macam kerja. Saya memang tak memilih, asalkan boleh dapat duit dan boleh sara kehidupan. Janji halal.

Aha .. saya keluar U, semasa zaman gawat tahu…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…