09 Mac 2017

7 Tips Menulis Status Facebook Berpengaruh

7 Tips Menulis Status Facebook Berpengaruh. Saya nak kongsikan tips ni .. ia adalah tulisan asal daripada saudara Nik Mohd Iznan. Anda mungkin tak berapa kenal siapa beliau, tetapi beliau bukan calang-calang orang ye. Beliau ialah seorang penulis yang berwibawa, dan karyanya diterbitkan oleh antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka serta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Saudara Nik Mohd Iznan juga merupakan seorang penulis yang telah memenangi banyak pertandingan penulisan serta anugerah. Jika anda seorang penggemar puisi dan kesusasteraan Melayu, saya hampir pasti anda kenal siapa Nik Mohd Iznan ini.

Tips Menulis Status Facebook Berpengaruh

Tips Menulis Status Facebook Berpengaruh
Tips yang akan dikongsikan ini adalah asalnya diterbitkan menerusi TheVocket. Saya tertarik untuk mengolahnya untuk pembacaan di blog ini kerana rata-rata pembaca blog saya kebanyakkannya adalah terdiri daripada usahawan online, digital marketer, agen pemasaran dan online influencer. Mungkin akan ada manfaat menerusi tips menulis status FB berpengaruh ini.

Sekarang mari ikuti 7 tips tersebut yang idea asalnya ditulis oleh saudara Nik Mohd Iznan.

7 Tips Menulis Status Facebook Yang Berpengaruh

Tips Menulis Status Facebook Berpengaruh
Berikut dikongsikan 7 tip menulis di Facebook agar ia boleh menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk diri anda:

1. Biasa. Gunakan ayat-ayat yang biasa sahaja

Menurut saudara Iznan, "Jangan gunakan perkataan yang terlalu bombastik. Ingat, rakan Facebook kita bukan semuanya pakar bahasa Melayu. Ada pekerja sektor awam, swasta, kerani, jurutera, arkitek, ahli muzik, pekerja restoran dan lain-lain. Gunakan ayat biasa yang boleh difahami oleh segenap lapisan."

Tips ini juga boleh digunakan untuk menulis entri di dalam blog. Kenali siapa pembaca blog anda, dan tulis mengikut latar ini. Anda tidak boleh gunakan bahasa yang tinggi kerana medium blog sering diakses oleh pelbagai peringkat umur.

2. Pendek. Gunakan ayat pendek

Menurut saudara Iznan, "Yang penting tepat dan jelas. Macam yang saya sebut tadi, jangan lebih 30 patah perkataan dalam satu ayat. Ayat yang panjang cenderung disalahertikan, lewah, malah mungkin tidak komprehensif."

Beberapa rakan blogger saya juga pernah menyebut .. untuk memastikan pembaca blog tidak bosan baca blog anda, kena gunakan ayat pendek. Ayat pendek tetapi jelas. Ayat pendek tetapi terang maksudnya. Maka apa kata saudara Iznan ini memang sangat sangat betul, hatta untuk penulisan artikel di dalam blog, bukan sekadar di Facebook.

3. Langsung. Gunakan ayat langsung

Menurut saudara Iznan, "Yang penting mengikut tatabahasa dengan urutan subjek dan predikat. Biar jelas dan terang. Secara tepatnya, gunakan ayat aktif. Bukan ayat pasif yang sangat sukar dan tidak langsung."

Saya ambil masa untuk hadam tips ketiga ini. Saya hampir lupa mengenai struktur ayat dan tatabahasa. Buat anda yang mungkin tak pasti mengenai apa itu ayat pasif dan ayat aktif yang dimaksudkan oleh saudara Iznan .. saya berikan contoh di bawah ini.

Ayat Pasif
  1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
  2. Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
  3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
  4. Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.
Ayat Aktif
  1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
  2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
  3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
  4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
  5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

4. Lengkap. Pastikan kita menggunakan ejaan yang lengkap

Menurut saudara Iznan, "Bukannya perkataan yang macam generasi Wechat tulis. ‘Aku’ menjadi ‘Aqu’, ‘Meja’ jadi ‘Mj’, ‘Malas’ jadi ‘Mlas’ dan banyak lagi. Jangan rojakkan bahasa. Habis campur bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris."

Mahu tulis sesuatu yang berpengaruh memang perlu gunakan perkataan yang betul yang benar ejaannya. Penulis blog yang mahu blog mereka dibaca oleh pengunjung luar nusantara juga kena praktikkan cara ini, sebolehnya biar sebahagian besar ayat ditulis mudah untuk diterjemahkan guna Google Translator.

"Kalau mahu menulis dalam bahasa Inggeris, tulis lengkap dalam bahasa Inggeris. Ingat cikgu bahasa Melayu ajar macam mana dahulu." kata saudara Iznan lagi.

5. Perenggan. Ini penting

Kata saudara Iznan, "Perenggan jangan panjang. Ingat, membaca melibatkan penggunaan mata. Perenggan yang terlalu panjang atau tidak ada perenggan langsung akan menyakitkan mata. Satu isi satu perenggan. Satu idea satu perenggan. Jangan sesakkan pembaca."

Saya sangat setuju sekali dengan apa yang ditulis ini. Teknik menulis blog juga perlu gunakan cara ini. Apatah lagi kalau sesebuah blog itu ada meletakkan iklan jenis kontekstual seperti Adsense. Adsense menilai perkataan-perkataan dan ayat-ayat mudah.

6. Nilai. Pastikan tulisan kita ada nilai

Kata Iznan lagi, "Biar pembaca rasa berbaloi membaca tulisan kita. Bukan entah apa-apa. Atau langsung tidak ada makna. Tentang nilai ini, ia sangat subjektif. Ada orang menulis dengan selamba sahaja. Tapi nilainya, orang boleh ketawa. Itulah nilai. Jangan ingat kita perlu serius 24 jam. Ada orang, hidupnya sudah cukup serius. Jadi media sosial pilihannya untuk merehatkan minda."

Seorang penulis blog juga perlu ada pendekatan seperti ini. Dalam serius ada jenakanya. Dalam melawak, bukan lawak kosong tanpa makna. Pembaca blog harus dapat sesuatu bila baca artikel, walaupun pemilik blog sekadar bercerita "mak-mak pergi pasar".

7. Ulang. Jangan menulis pengulangan benda yang sama

Menurut Iznan, "Cari sisi berbeza untuk menulis benda yang sama. Apabila orang sudah bosan, orang tidak lagi berminat untuk membaca tulisan kita pada masa akan datang. Walaupun pada masa akan datang kita menulis dengan baik."

Saya selalu buat cara ini, terutama untuk blog post atau artikel lama yang mahu saya terbitkan semula. Saya tahu kelibat pembaca saya dulu dan sekarang sudah bertambah dan berlainan. Pembaca awal mungkin sudah tahu banyak perkara yang telah saya tulis di dalam blog terutama mengenai tips blogging ... tetapi buat blogger baru yang cari ilmu dalam blog saya, mungkin akan kesesatan .. hehe.
.
.
Begitulah adanya 7 tips mengenai teknik dan cara untuk menulis status yang berpengaruh di Facebook; yang sedikit sebanyak ada tempiasnya pada cara menulis blog yang baik.

Sebenarnya, tips ini ada 10 kesemuanya, saya cuma ambil 7 sahaja .. jika nak baca lagi 3 tips seterusnya, anda perlu rujuk di sini - 10 Tip Menulis di Media Sosial

Dan kalau anda mahu lebih banyak tips berkaitan cara menulis yang hebat, boleh terus ikuti saudara Iznan di Facebook (klik).

Tips Menulis Status Facebook Berpengaruh oleh Iznan


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

6 Komen 7 Tips Menulis Status Facebook Berpengaruh

tips yang berguna...Tq abam meroket.

Susah sikit nak hadam.

Tapi, boleh baca 2 3 kali, baru faham sikit maksud.

Hahaah .. udah dapat nickname baru

Info yang bermanfaat, tqvm for sharing

fuh! hebat! benda yang kadang-kadang terlalu simple tapi kita masih lagi terlepas pandang. penulisan yang pendek, ayat yang mudah faham memang sering jadi pilihan orang. dan saya sendiri tak suka baca mereka yang menulis terlalu pendek ni. macam yang ada tulis kat atas. budak wechat tu. aduh!


EmoticonEmoticon