Langkau ke kandungan utama

Tips Untuk Tingkatkan Keupayaan Wifi Streamyx atau Unifi

Nak tahu tips untuk tingkatkan keupayaan Wifi Streamyx anda? Atau mungkin signal Unifi di dalam rumah? Jadi, anda harus ikuti tips yang telah disediakan oleh pihak TM ini. Ada dua video yang saya kongsikan dalam artikel ini. Tonton dan praktikkan tips dan panduan yang diberikankan.

Ramai pengguna TM Streamyx dan Unifi yang merungut mengenai kelajuan internet mereka. Saya sendiri sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak TM berkaitan speed Streamyx yang lemah, dan tidak mengikut pakej internet Streamyx yang saya langgan.

Tips Untuk Tingkatkan Keupayaan Wifi Streamyx atau Wifi Unifi

Tips Untuk Tingkatkan Keupayaan Wifi Streamyx atau Wifi Unifi
Secara amnya, tips untuk tingkatkan keupayaan Wifi Streamyx mahupun Unifi adalah berdasarkan kepada faktor-faktor am berikut:
  • Kedudukan router/modem
  • Halangan yang berdekatan
  • Jumlah pengguna atau peralatan dalam satu-satu masa
Jadi, kalau anda ada masalah berkaitan kelajuan Wifi Streamyx atau Unifi, maka lihat faktor-faktor yang saya sebutkan tadi. In Sha Allah, masalah berkaitan kelajuan terutama untuk penggunaan di dalam rumah dapat diatasi dengan baik.

Video Tips Perbaiki Keupayaan Wifi Dalam Rumah

Agak-agak kurang faham dan kurang jelas, maka boleh anda tonton video di bawah ini. Ia adalah video yang telah disediakan oleh pihak TM sendiri untuk bantu anda mendapatkan yang terbaik daripada servis TM Streamyx dan Unifi.





Jadi .. amacam? Dah tonton dua video di atas sampai habis tak? Ok .. sekarang anda dah tahu kan? Jika anda mahukan lebih signal untuk keseluruhan rumah anda terutama rumah dua tingkat, dapatkan Wifi Extender.

Anda boleh dapatkan Wifi Extender ni di beberapa kedai online shopping Malaysia termasuklah di Lazada dan 11th Street. In Sha Allah, harga ditawarkan berbaloi dengan bajet. Kalau tak pun, boleh je ke mana-mana TM Point atau TM Centre untuk dapatkannya.

Pun begitu, walaupun ada alat yang dapat bantu untuk tingkatkan keupayaan Wifi di dalam rumah, cuba praktikkan dulu tips yang telah saya kongsikan tu ye. Yelah, kalau boleh biar kita berbajet .. jangan sampai kuarkan bajet pada benda yang tak perlu.


Komen