Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Nak Buat Susu Lembu Kekal Segar dan Tak Masam?

Bagaimana Nak Buat Susu Lembu Kekal Segar dan Tak Masam? Sebelum anda berikan jawapan kepada persoalan ini, saya minta anda baca keseluruhan blog post ini. Dah habis baca, mohon jangan kecam saya pula ye.

Meh layan satu kisah ni .... ia satu kisah yang berlaku di sebuah bilik darjah, di sebuah sekolah rendah dengan taraf pencapaian akademik yang agak baik, sehingga diberikan Sekolah Kluster Kecemerlangan... hehehe.. Anak-anak murid sekarang memang bijak. Kadangkala jawapan diberikan mematikan terus jawapan yang ada pada fikiran cikgu yang bertanya.

Bagaimana Nak Buat Susu Lembu Kekal Segar, Apa Jawapan Budak Sekolah Rendah?


Di dalam sebuah kelas, seorang guru bertanya...

"Beri tiga cara untuk membuatkan susu lembu ini tahan lama dan tak masam" sambil tangan memegang tinggi botol yang berisi susu lembu asli yang baru diperah.

Ahmad murid pintarnya menjawab dengan tenang.

"Kita masukkan bahan pengawet, cikgu."

Ini bermakna tinggal lagi dua jawapan yang perlu diberikan. Selvam pula menjawab...

"Taruk dalam peti sejuk, cikgu... "

Tinggal lagi satu jawapan... . dan nama Harun dipanggil. Budak yang terkenal dengan 1001 ketidakpintaran yang amat-amat sangat.

Harun dengan bangga, dan selamba bangun menjawab.

"Saya pasti kali ni saya betul cikgu... ! Saya rasa semua jawapan tu salah... mana boleh taruk bahan awet... nanti lepas tamat tempoh, masam jugak... Hmm... Kalau taruk dalam peti sejuk beku... . nanti bila cair dia jadi masam jugak... . Jawapan yang betul ialah..." semuanya terdiam menanti jawapan penuh saspen dari Harun.

"Biarkanlah susu tu berada dalam perut lembu tu... Lama mana pun dia tak masam... .!"

Dan jawapan itu buat cikgu terpinga-pinga... dan dalam hati: "Betul jugak tu ....."
.
.
Selama ini kan, kita fikir apa yang kita makan dan minum itu adalah segar-bugar sebab ianya dipek, disimpan dalam bekas yang nampak cantik. Manusia sangat bijak sehingga mencipta kaedah untuk membolehkan makanan dan minuman itu kekal segar, walhal ... ia tidak kekal sepertimana azalinya ciptaan Allah S.W.T.

Orang bijak, manusia bijak tapi bijaknya terbatas.

Hmmm ... jadi jangan sangka sebijak orang tu ... dia betul tahu semua benda, kadangkala benda yang simple pun dipusing2 untuk menjadikan jawapan itu menarik. Ada kala perlu juga bertanya pada mereka yang tak berapa bijak sebab jawapan mereka kadangkala lebih masuk akal, lebih ikhlas dan jujur. Tak percaya?

Tanyalah soalan pada anak-anak anda ... anda pasti geli hati mengetahui jawapan yang diberikan .. tetapi bila difikirkan ... betul juga apa yang mereka katakan.

Komen

  1. hahahahahha.. btl la tu, simpan je dlm badan lembu tu. memang xkan basi!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.