Langkau ke kandungan utama

Anak Straight 'E' UPSR 2016, Bukan Penyudah Sebuah Kejayaan

Saya dapat perkhabaran, ada anak UPSR 2016 dapat straight E, ibunya marah-marah, tunjal-tunjal kepala anaknya, maki hamun dan memalukan si anak depan ibu bapa dan guru. Allahu Akbar. Kenapa? Keputusan si anak mungkin mengejutkan, tetapi ia bukan penyudah kepada sebuah kejayaan. Ya, itu mungkin hak si ibu .. tapi patutkah diperlakukan si anak sedemikian rupa??

Saya dapat tahu perkara ini daripada rakan blogger saya menerusi Facebook. Ia diceritakan oleh rakan blogger Parizan yang juga seorang ibu yang anaknya mengambil keputusan UPSR 2016 di sekolah.

Keputusan UPSR Semua 'E', Bukan Penyudah Sebuah Kejayaan

Anak Straight 'E' UPSR 2016, Bukan Penyudah Sebuah Kejayaan
Saya sebagai bapa jika anak dapat keputusan sebegitu mungkin akan kecewa. Namun, ia bukan tiket atau sebab untuk menghukum si anak dengan cacian dan makian, apatah lagi bila keluar perkataan 'bodoh', 'memalukan' dari seorang ibu.

Ini Kisah Saya - Dapat F Untuk Hampir Semua Subjek!

Saya antara bekas murid sekolah yang pernah dapat keputusan yang hampir begitu, dapat F lagi banyak daripada C... keputusan A memang tak adala. 3 tahun berada di kelas paling terkebawah, dan 3 tahun juga saya dapat kedudukan 10 paling akhir dalam keseluruhan tahun 1,2 dan 3. Emak saya, alhamdulillah, tak pernah pun cakap begitu ... malah berikan semangat dan bantu apa yang boleh. Emak saya bukanlah dari golongan yang terpelajar pun, cuma bolehlah cakap omputih sikit-sikit, dan emak saya surirumah sepenuh masa.

Arwah ayah, seorang askar ketika itu. Sekolah saya pula SRKPT, Jalan Gambang, Kuantan. Kelas saya ... 1T, 2T, 3T dan kemudian 4 Nilam dan kemudian 5 Berlian.
[Baca] Baca Ni Jika Mahu Anak Pintar Cerdas
Darjah 4 saya dapat tempat pertama dalam kelas, dan darjah 5 saya dimasukkan ke kelas paling pandai dalam sekolah. Saya dah pernah ceritakan kisah ini sebelum ini ... bukan nak menunjuk dan mendabik dada, tapi nak beritahu bahawa walaupun si anak dapat straight E UPSR, ia bukan penyudah atau penamat sebuah kejayaan. Malah, andai kejayaan tercapai selepas ini, ia akan menjadi lebih manis dan bermakna.

Sahabat Saya Tercicir dari IPT, Tapi Kini Seorang Peguam!

Saya juga nak kongsi satu lagi cerita ...

Saya ada seorang sahabat, pernah keciciran semasa belajar di IPT. Kena buang IPT. Ditamatkan belajar atas sebab keputusan yang tidak bagus dalam peperiksaan. Apa dia buat? Dia apply masuk ke UiTM (kalau tak silap), ambil jurusan Undang-Undang dan menjadi antara pelajar paling tua dalam batchnya ketika itu. Tak pernah malu dan segan untuk belajar bagi sebuah kejayaan. Keutamaannya adalah keluarganya yang tinggal di Rawang, Selangor.

Alhamdulillah, sekarang sahabat saya ini sudah menjadi seorang peguam pendakwaraya. Saya bangga dengan kejayaannya. Malah, antara sahabat saya paling akrab dan yang pertama bawa saya pergi menjalankan kerja-kerja dakwah.
[Baca] Sahabat Saya Dibuang IPT, Kini Seorang Peguam Hebat
Ini bukan cerita nak reka-reka, tapi kisah realiti dan memang berlaku. Kena ingat, apa juga kita lakukan ini Allah Maha Melihat, dan reaksi dan tindakan kita akan mencerminkan sifat sebenar kita. Anak itu anugerah Allah, baik buruknya bukan dari si anak, tapi dari halnya kita mendidik mereka sejak dari kecil. Mahu anak yang hebat, kena didik mereka dengan cara yang hebat dan betul.

Ibu seperti apa yang diceritakan oleh rakan blogger saya, +Parizan Mohd Zain (www.suriaamanda.com); tidak sepatutnya menyalahkan anak kerana keputusan UPSR yang tidak cemerlang, apatah lagi menghamburkan perkataan-perkataan tidak elok, tidak baik, dan memalukan.

Anak Lebih Tertekan

Anak dapat straight E UPSR 2016 ... diam-diam sudah. Bawa si anak, tenangkan mereka .. kerana anak itu lebih rasa kecewa sebenarnya. Sekolah rendah kot. Umur pun baru 12 tahun.. nak ambil lesen motorsikal pun tak sah lagi.
[Baca] Tips UPSR - Bagaimana Saya Berikan Persediaan Anak Saya Untuk UPSR
Anak ini lebih tertekan. Selepas belajar bertahun-tahun, dengan format peperiksaan baru, KBATnya lagi .. uhhh alahai ibu. Mereka yang lebih kecewa, sebab mereka yang hadap kertas UPSR 2016, banyak beban mereka kena tanggung. Dan ibu ini sebenarnya harus tahu bahawa peperiksaan UPSR 2016 kali ini bukan mudah - andai si ibu ambil tahu mengenai pelajaran anak.

Di bawah ini pula kata seorang cikgu, juga seorang rakan saya dalam dunia blog Malaysia....apakata Cikgu Ahmad Faizal (Encik Titan) tentang UPSR 2016? (abaikan ayat-ayat sarcastic di akhir tu ye)
Anak Straight 'E' UPSR 2016, Bukan Penyudah Sebuah Kejayaan

'Nasihat' Saya Buat Si Ibu Itu ..

Buat si ibu itu .. kalau rasa nak sangat 6A, pergilah daftar diri dan ambil UPSR 2017 nanti (kalau dibenarkan). Kita tengok samada si ibu pula boleh dapat keputusan 6A yang dia harapkan sangat. Cubalah.

Kasihan si anak. Saya doakan anak itu nanti akan lebih berjaya, malah lebih berjaya daripada ibunya yang telah tunjal-tunjalkan kepalanya semasa ambil result UPSR 2016 (nada geram ni). Saya juga doakan bahawa satu hari nanti, si anak dapat buktikan bahawa, "Sayalah anak yang ibu telah malukan di depan kawan-kawan dan guru sekolah saya".

Moga kita semua dihindarkan daripada melakukan perkara yang tidak elok, dan semoga Allah S.W.T melindungi kita semua. Kita mahu anak yang terbaik, maka didiklah mereka dengan cara terbaik. Nabi Muhammad S.A.W dah berikan tunjuk-ajar, para sahabat juga begitu .. ikutilah mereka. Andai anak tidak berjaya di dunia, bukan bererti mereka akan gagal di akhirat. In Sha Allah.




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Kasihan kat si anak tu. UPSR bukan lah penentu kejayaan seorang pelajar. Masih banyak masa untuk berusaha. Kena banyak bagi galakan untuk anak-anak. Bagi nasihat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …