Langkau ke kandungan utama

Sambal Segera Mok Cun

Sambal Segera Mok Cun. Uhh tak sangka sungguh, rupa-rupanya memang wujud jenama Mok Cun ni. Saya ingat jenama ni hanya wujud dalam drama TV3 Mok Cun. Uishhh .. hebat betul nama Mok Cun, dari kaca TV menjadi jenama produk yang betul-betul ada. Dah tu ... bukan bedak sejuk, tetapi sambal segera.

Baru-baru ini, isteri saya hadiri satu kursus di Sungai Petani, Kedah. Isteri menginap di SP Inn, yang katanya tidak berapa best menginap .. hoho. Katanya menginap di SP Inn tak best sebab sarapan dan makanan yang disediakan oleh pihak SP Inn tidak seperti kebanyakkan hotel lain. Lepas tu, tiada staff SP Inn semasa hidangan sarapan pagi disediakan .. kata orang .. kalau habis makanan tu .. habislah .. memang tak ada nak tambah. Lambat kalu .. silalah berlapar.

Sambal Segera Mok Cun - Sambal Hitam Piau dan Sambal Lado Hijau

Sambal Segera Mok Cun
Dan nak dijadikan kesah, isteri saya ternampaklah jenama Mok Cun ini yang diletakkan di kaunter SP Inn ni. Seperti orang lain yang tidak sedar wujudnya jenama Mok Cun, pastilah rasa teruja. Maka, tanpa fikir panjang, isteri saya belilah dua sambal segera jenama Mok Cun.

Dua Jenis Sambal Segera Jenama Mok Cun

Hmm dua jenis sambal segera yang isteri saya beli ialah Sambal Hitam Piau Mok Cun dan Sambal Lado Hijau Mok Cun. Tak sangka naaa .. dah ada yang guna nama Mok Cun ni sebagai jenama produk.
Sambal Hitam Piau Mok Cun
Sambal Lado Hijau Mok Cun

Komen Selepas Merasa?

Saya dah pun rasa sambal segera Mok Cun ni ...

Hmm ... rasanya tidak seperti yang saya sangka. Saya ingatkan sambal Mok Cun akan rasa pedas terangkat .. tapi ... tak. Malah, saya tak ada rasa apa-apa pun ... ..  haha .. pelik? Atau dengan kata lain, tiada rasa .. pedas pun tidak, manis pun tidak, masin pun tidak. Ia sekadar cili yang tiada rasa.

Tak tahulah samada lidah saya memang tak boleh nak detect rasa sambal segera Mok Cun ni. Dua-dua jenis sambal, iaitu Sambal Lado Hijau dan Sambal Hitam Piau tak berapa nak menyengat.

Mungkin ia digunakan untuk masakan kot.

Takpe, nanti saya nak guna sambal ni untuk masak nasi goreng .. tengok camner lak... huhu.

Buat masa ini, saya tak tahu mana nak dapat produk ini untuk anda sendiri rasa dan cuba, cuma boleh di SP Inn, Sungai Petani seperti mana isteri saya beli.

Cubalah Google ... :)

Setakat ni ... saya cuma jumpa Mak Cun lakonan Erma Fatima sahaja .. huhu ...
Drama TV Mak Cun TV3



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Percaya tak kalau SA cakap dah ada jenama baju kurung pahang Mok Cun?

    BalasPadam
  2. amboi mok cun macam2 produk la ni

    BalasPadam
  3. Bijak orang yang ambil nama untuk produknya dari sesuatu yang popular. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…