Langkau ke kandungan utama

15 Langkah Edit Gambar Guna Powerpoint Untuk Promosi Bisnes dan Produk

Edit Gambar Untuk Bisnes Guna Powerpoint. Saya sedar ramai antara pembaca blog ini adalah anda yang merupakan usahawan, peniaga dan pemilik bisnes kecil-kecilan. Ramai yang baru je ceburi bisnes, terutama bisnes online. Salah satu kelemahan yang saya dapati pada mereka ini ialah teknik pemasaran dan juga promosi. Ramai usahawan online gagal untuk mempromosi dengan baik atas beberapa kekangan, paling ketara ialah ilmu pemasaran itu sendiri.

Dalam post ini, saya nak kongsikan sedikit tips dalam pemasaran online. Saya bukanlah pakar pemasaran, tetapi adalah ilmu sikit-sikit yang saya dapat daripada hadiri seminar dan baca beberapa ebook serta buku.  Pelaburan saya dah cecah ribuan ringgit ... apa yang saya dapat? Apa yang saya dapat, banyak saya kongsi dan cerita di dalam blog ini. Siapa nak dapat ilmu-ilmu percuma ni, jangan lupa untuk langgan ehh, isi email je dalam ruangan langganan di bawah post ini.

Cara-Cara Edit Gambar Untuk Bisnes Guna Powerpoint

Cara-Cara Edit Gambar Untuk Bisnes Guna Powerpoint
Apabila anda nak mempromosi sesuatu produk dan bisnes secara online ... perkara paling penting anda tahu ialah untuk memanipulasi pandangan atau visual. Promosi menggunakan visual adalah yang terbaik apabila melakukannya secara online. Malah, dalam teknik promosi dan pemasaran konvensional pun, teknik ini digunapakai. Ianya terbukti berkesan.

Visual yang saya maksudkan ialah gambar. Dengan gambar, anda boleh promosikan produk dan bisnes anda hampir di semua platform online, termasuklah blog, laman web, Facebook, Instagram mahupun Twitter. Triknya mudah .. kena hasilkan gambar yang cantik, ada caption untuk beri info dan maklumat.

Siapa yang tak suka tengok gambar yang cantik-cantik kan?

Ramai Usahawan Tak Ada Ilmu Hasilkan Visual Cantik Menarik Untuk Bisnes

Namun, ramai usahawan yang tak pandai nak hasilkan sendiri gambar-gambar cantik ni. Kata mereka ... susah nak buat, tak ada software dan macam-macam lagilah. Bila nak outsource .. agak mahal pula untuk mereka. Tak mahu keluarkan kos tambahan.

Penyelesaiannya ... Lihat Apa Yang Telah Ada

Jadi? Apa penyelesaiannya.

Lihat apa yang anda ada. Jika anda mempunyai kamera .. tak pun telefon pintar yang ada kamera, laptop atau komputer, dan perisian Microsoft Powerpoint; maka saya syorkan anda untuk ikuti langkah-langkah di bawah. In Sha Allah, anda mampu untuk hasilkan gambar dan visual yang cantik menarik untuk bisnes dan produk anda. Kos .... hampir kosong RM sebab semua dah ada ... ye tak?

Perkongsian ini telah disediakan oleh Ahmad Syamim Abdul Halim menerusi Facebook. Beliau seorang usahawan online kecil-kecilan yang mempunyai modal terhad untuk promosi. Cuba ikuti perkongsian beliau tentang langkah-langkah dan cara untuk hasilkan gambar cantik untuk bisnes menggunakan perisian tersedia ada dalam laptop/komputer iaitu Microsoft Office - Powerpoint.

15 Langkah Edit Gambar Guna Powerpoint Untuk Promosi Bisnes dan Produk

Saya takde kamera DSLR (tak mampu nak beli dan tak pandai pakai), tak pandai guna photoshop (dulu saya study course business), takde modal nak photoshoot kat studio, dan takde kawan-kawan artis yang boleh tolong promote (for free). Jadi terpaksa lah guna apa yang ada je. Yang saya ada, handphone Samsung Galaxy A5 (version lama), selfie stick, laptop, and Powerpoint yang memang dah install kat laptop.

Saya ambik gambar kat ruang tamu rumah member, berlatarbelakangkan dinding (yang ada crack here and there), dan sebelah tingkap yang ada direct sunlight waktu tengahari sebagai lighting. Haha.

Ok, cara-cara dia, snap gambar dulu, transfer dalam laptop, and bukak Microsoft Powerpoint.

Langkah 1

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint

Langkah 2

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint

Langkah 3

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint

Langkah 4

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint

Langkah 5

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint

Langkah 6

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint

Langkah 7

Langkah 8

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint

Langkah 9

Bagaimana nak hasilkan gambar cantik guna Powerpoint

Langkah 10

Langkah nak hasilkan gambar cantik guna powerpoint

Langkah 11

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint

Langkah 12

Cara nak edit gambar untuk bisnes guna powerpoint

Langkah 13

Langkah-langkah untuk edit gambar produk untuk banner iklan guna powerpoint

Langkah 14

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint

Langkah 15

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint

Langkah Akhir

Tatacara Edit Gambar Guna Powerpoint
Dah siap .. dan di bawah ini adalah gambar atau visual akhir yang telah dihasilkan menggunakan Microsoft Powerpoint. Cantik kan?
Ahmad Syamin letakkan nama atau logo bisnes tudung kecil-kecilan diusahakannya iaitu Sqarfholic .. memang menarik. Saya sendiri tak sangka dengan menggunakan Powerpoint boleh hasilkan gambar promosi produk dengan amat baik dan cantik sekali. Terbaik .. tahniah Ahmad Syahmim.

Kalau anda nak tengok banyak lagi hasil kreatif seperti ini, jangan lupa untuk like page Sqarfholic dan follow Instagram Sqarfholic. Lepas tu leh la jamu mata dengan beberapa koleksi tudung yang cantik-cantik ... huhu

Ini nasihat akhir daripada Ahmad Syamim ...
Selamat mencuba. Dan selamat ber-business. Semoga business bertambah-tambah maju lepas belajar cara yang murah dan mudah ni. Dapat jimat kos photoshoot kat studio. Tapi gambar macam ni sesuai untuk permulaan je. Bila dah maju esok lusa, ambik lah gambar kat studio. Baru dapat kualiti HD. Dan kalau ada peluang nak belajar photoshop, pergi lah belajar. Function dia jauh lebih advance daripada Powerpoint. Terima kasih. 
Maka, buat semua usahawan ... jangan biarkan diri kosong ilmu .. ada ilmu baru yang bagus untuk bisnes anda, belajarlah ... tak rugi belajar dapat ilmu ni. Mungkin hari ni tak berapa nak guna, tetapi esok lusa .. in Sha Allah ... dan cuba lihat pendekatan Ahmad Syamim ni ..  dengan sedekah ilmu ini ramai yang dapat manfaat, dan in Sha Allah, jenama bisnes tudungnya juga dapat berkembang.

Sumber: FB Ahmad Syamim






Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. waaaa.. terbaek gak powerpoint ni boleh remove background gambar..

    BalasPadam
  2. Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. MASA: dahulu dan sekarang

    BalasPadam
  3. Ini cocok Office 2010, Office 2007 tak support
    Dari Indonesia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... saya lupa sebutkan pasal itu. Tetapi rata2 sekarng yang sudah ada pc baru, tentu sudah gunakan Windows 10

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…