Cara Semak Samada Kereta Nissan atau Toyota Anda Terbabit Recall Campaign

Cara Semak Samada Kereta Nissan atau Toyota Terbabit Recall Campaign. Baru-baru ini, pihak Nissan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan untuk memanggil semula kereta keluarannya bagi pemeriksaan dan penggantian tanpa caj berkaitan beberapa masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan pengeluar kereta Toyota. Beberapa model kereta keluaran Nissan dan Toyota didapati mempunyai beberapa isu keselamatan terutama berkaitan masalah beg udara.

Antara model kereta Nissan yang terlibat dengan Recall Campaign ini termasuklah model Serena S-Hybrid, X-Trail, NV200, Navara, Grand Livina, Latio, X-Gear, Teana dan juga Liberty. Manakala model kereta Toyota yang terlibat dengan kempen Panggilan Semula (Recall Campaign) ini ialah model Toyota Prius, RAV4, dan beberapa model lain berdasarkan tahun keluarannya. Semua model yang dinyatakan untuk keluaran dan model kereta dinyatakan adalah untuk pasaran Malaysia.

Cara Semak Samada Kereta Nissan atau Toyota Anda Terbabit Recall Campaign

Cara Semak Samada Nissan Toyota Terbabit Recall Campaign
Sebagai house husband dan salah seorang pemilik kenderaan jenama disebutkan, saya terpanggil untuk berkongsi info tentang bagaimana nak semak samada kenderaan Nissan serta Toyota yang dimiliki terlibat dengan kempen ini. Secara umumnya, mana-mana pemilik kenderaan model Nissan dan Toyota yang terbabit dengan Recall Campaign akan dipanggil menerusi surat, SMS, email dan juga telefon.

[Baca] Bagaimana Lelaki Ini Jana Income RM60K Sebulan Menerusi Uber Hanya Dari Rumah!

Walaubagaimanapun, sebagai pemilik kenderaan jenama dan model disebutkan, anda sebenarnya boleh membuat semakan sendiri dan mengetahui samada kenderaan milik anda terbabit dengan kempen ini.

Semakan Untuk Kenderaan Nissan

Cara Semak Samada Kereta Nissan atau Toyota Anda Terbabit Recall Campaign
  1. Sila ke laman berikut - http://servicecampaign.nissan.com.my/
  2. Anda akan melihat notis yang dikeluarkan oleh pihak Nissan mengenai kenderaan yang terbabit untuk kempen ini.
  3. Masukkan nombor VIN atau dikenali juga sebagai nombor chasis kenderaan anda ke dalam ruangan yang disediakan. Jangan lupa untuk pilih model kereta Nissan anda.
  4. Masukkan Captcha untuk keselamatan, dan tekan butang Submit.
  5. Sekiranya kenderaan anda terbabit dengan kempen ini, paparan meminta anda memasukkan butiran seperti dipaparkan di atas akan keluar. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  6. Tunggu pihak Nissan Service Centre (TCEAS) hubungi anda untuk temujanji.

Semakan Untuk Kenderaan Toyota

Cara Semak Samada Kereta Nissan atau Toyota Anda Terbabit Recall Campaign
  1. Sila ke laman berikut - https://toyota.com.my/owners/special-service-campaigns
  2. Masukan nombor VIN atau nombor chasis kenderaan Toyota anda, seperti ditunjukkan di atas.
  3. Satu paparan memaklumkan mengenai status kenderaan anda akan dikeluarkan, seperti apa yang saya tunjukkan di bawah ini.
Untuk mendapatkan nombor VIN atau chasis kenderaan anda, anda boleh lihat pada kad pendaftaran JPJ atau pada cover note insurans kenderaan anda.

Cara Lain Untuk Buat Semakan

Cara lain untuk semak samada kenderaan Nissan atau Toyota anda terbabit dengan Recall Campaign ini adalah dengan menghubungi mana-mana pusat servis Nissan dan Toyota atau telefon nombor tertera di bawah ini:

Nissan Toll-Free: Toll-Free line: 1800-88-3838
Toyota Free-Phone: 1800-8-TOYOTA (869862)

Semoga manfaat.

4 comments.. read them below or add one

yang baik yang baik August 02, 2016
boleh lah semak nanti... kereta second pun termasuk juga ke?
siti hazreen siti hazreen August 02, 2016
info berguna, tapi saya tak payah semak sebab belum mampu pakai kereta yang macam tu huhu
Hasrul Hassan Hasrul Hassan August 02, 2016
In Sha Allah ... rezeki Allah ni kita tak tahu. Kereta ni sekadar 'tunggangan' sahaja

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.