Cara semak bil elektrik TNB secara online. Mungkin ramai lagi yang belum tahu, bahawa bil elektrik TNB kediaman dan juga premis boleh disemak menerusi myTNB secara online.

Perkhidmatan ini adalah percuma, dan anda boleh akses ke akaun bil elektrik anda dengan mudah, di mana sahaja anda berada, asalkan anda ada akses internet. Anda boleh buat semakan bil elektrik semasa, bil terdahulu, buat pembayaran bil dan juga membuat permohonan tertentu.

Cara Buat Semakan Bil Elektrik Secara Online

Cara Semak Bil Elektrik TNB Online
Untuk membolehkan anda semak bil elektrik TNB secara online, anda mesti lakukan pendaftaran pertama kali. Apa yang perlu ialah nombor kad pengenalan, nama seperti dalam kad pengenalan serta email yang sah. Menerusi nombor kad pengenalan, sistem pengkalan data TNB akan menyemak dan memberikan nombor akaun bil elektrik yang baru kepada anda.

Jika belum buat pendaftaran, anda boleh ikuti langkah-langkah menerusi blog post yang telah saya tulis ini - Cara Daftar Akaun TNB Secara Online. Ada video tutorial ditunjukkan untuk pemahaman anda.

Berikut pula adalah cara untuk anda buat semakan bil elektrik TNB secara online.

1. Login Akaun

Login masuk ke akaun anda di pautan berikut - https://www.mytnb.com.my.
Masukkan email serta kata laluan anda yang anda tetapkan semasa melakukan pendaftaran.

2. Ringkasan Akaun

Anda akan dibawa ke halaman seperti ditunjukkan di bawah, iaitu ringkasan akaun dan bil semasa.
Anda akan nampak bil elektrik bulan semasa di ruangan sebelah kanan anda, ia memaparkan secara ringkas jumlah RM yang perlu dibayar. Juga dipaparkan adalah ringkasan bayaran bil elektrik TNB sebelum ini.
Cara Semak Bil Elektrik TNB Online


3. Dapatkan Invois / Bil Elektrik Bulan Semasa

Untuk lihat bil elektrik bulan semasa anda dengan lebih terperinci, pergi ke bahagian tab - Billing & Payment History, seperti ditunjukkan di bawah ini.
Cara Semak Bil Elektrik TNB Online
Anda boleh cetak bil tersebut mengikut tarikh bil yang tertera, dengan tekan 'Print'. Anda akan dapati bil elektrik TNB anda sedang dimuat-turun ke peranti anda dalam format PDF. Ia akan tunjukkan bil elektrik semasa anda seperti yang saya paparkan di awal entri ini.

4. Semakan Bacaan Meter Elektrik TNB

Selain menyemak bil elektrik TNB anda, anda juga boleh lakukan semakan tentang info semakan bacaan meter elektrik yang telah dilakukan oleh pihak TNB.
Anda akan nampak beberapa 'channel' dipaparkan... iaitu Spot Bill (Pembaca Meter ambil bacaan) dan juga 'Station / Manual' (bacaan secara purata)
Cara Semak Bil Elektrik TNB Online
Ada beberapa lagi bahagian dalam semakan bil elektrik TNB secara online yang saya fikir anda boleh cuba lihat sendiri.

Saya harap apa yang saya paparkan ini dapat bantu ramai pengguna TNB yang keliru dengan bil semasa yang baru untuk Ogos 2016. Untuk info, butiran nombor akaun bil bercetak yang anda terima pada Ogos adalah nombor akaun yang digunakan oleh sistem semakan online bil elektrik ini.

Jadi, jangan panik .. buat semakan dulu menggunakan myTNB ini untuk lihat kesahihan bil elektrik semasa anda.

Moga bermanfaat.

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ooo.. sekarang baru tahu boleh semak bil guna online. tq bro!

    BalasPadam
  2. Bagus juga boleh semak bil tnb secara online nie... boleh bayar cepat sikit :P

    BalasPadam
  3. aku dah register, tapi takde apa-apa paparan akaun lagi.mungkin belum masuk database agaknya kot..huhu

    BalasPadam
  4. saya dh login dalam tnb web nie..tapi kenapa saya xdapt nk nmpk saya punya bill ke? saya dh bagi msk number acc tnb saya..tapi still sama je? ada yang boleh tlong...?

    BalasPadam
  5. tq so much, sangat membantu, tq admin

    BalasPadam
  6. Terima kasih panduannya. Sebelum ini asyik tunggu je, pun tak pasti penggunaan semasa. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi jadikan entri saya ni panduan berguna untuk tuan. Alhamdulillah andai panduan cara semak bil elektrik ini berikan manfaat.

      Padam
  7. Salam sejahtera. Boleh tak terangkan mcm mana cara nak tengok bil elektrik bulan-bulan lepas ?

    BalasPadam
  8. Dengan cara ni mudah kita untuk semak bil2 elektrik terdahulu..tak perlu nk pergi ke TNB

    BalasPadam
  9. bagus info mcm nie memudahkan check bil elektrik keep it up admin

    BalasPadam
  10. Terbaik! walaupun skrg Zaman electronik, tapi masih ramai tak tau pakai online TNB. Ramai orang masih pergi pos office bayar bil TNB, termasuk saya haha. Nak tanya, online akaun ini boleh buat semakan bil dulu tak walaupun saya hari ini baru apply online akaun?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement