Tak Nak, Nanti Batal Puasa Terkentut Dalam Kolam

Puasa, dah masuk hari ke berapa ye? Puasa semua ok ke? Alhamdulillah, in Sha Allah ok. Saya nak cerita satu benda ni, mungkin tak ada apa-apa sangat, tapi pada yang mungkin tak tahu, maka perlulah tahu. Saya nak kongsi cerita mengenai anak saya, yang takut nak mandi kolam semasa bulan Ramadhan.

Jika anda pengikut dan pembaca setia blog ini, tentu dah sedia maklum yang di awal Ramadhan, saya telah dijemput untuk membuat ulasan atau review di salah sebuah hotel di Petaling Jaya, iaitu Best Western Hotel.

"Tak Nak, Nanti Batal Puasa Terkentut Dalam Kolam"

Hotel ini pula memang kebetulan menjadi tempat isteri saya study dan buat persediaan untuk exam di Universiti Malaya. Jarak hotel dengan UM dekat, jadi tidak perlu isteri saya perlu ulang-alik dari Putrajaya. Mau terperangkap dalam jem .. uhh naya je tak ambik exam.

Antara kemudahan yang ada di hotel tersebut adalah kolam renang. So, memang syoklah budak-budak .. saya pun teruja. Sampai sahaja hotel, anak-anak saya terus ajak saya naik ke bumbung (roof top) hotel .. sebab di situlah letaknya kolam renang. Agak kecewa dan hampa saya, sebab seluar renang dan seluar pendek tiada dalam beg pakaian .. huhu...
Tak Nak, Nanti Batal Puasa Terkentut Dalam Kolam
Maka, dua dari anak saya pun dah siap sedia dengan baju renang masing-masing nak mandi di kolam renang Best Western Hotel. Anak saya yang sulong .. diajak, tapi dia menolak .. pada fikiran saya ketika itu, mungkin sebab dia nak selesaikan kerja sekolah yang cikgu berikan .. huhu.. haaa jangan tak tahu, anak sulong saya memang kaki angkut kerja sekolah mana-mana dia pegi .. hoho.

Jadi, ketika itu .. memang saya fikir itulah sebab anak sulong saya tak mahu mandi kolam bersama adik-adiknya yang lain.

Berendam Lebih Sejam

Tanpa buang masa, lebih kurang jam 3 petang, saya pun bawalah anak teruna saya Zikri dan anak dara saya Maira untuk mandi kolam renang. Tak ramai pun tetamu hotel yang gunakan kolam renang tu, cuma ada sebuah keluarga India yang sedang 'conquer' dua kolam renang yang ada - dewasa dan kanak-kanak... hoho....
Tak Nak, Nanti Batal Puasa Terkentut Dalam Kolam
Hmm dekat sejam lebih juga dua orang anak saya berendam dalam air. Saya lak .. uhh tengok je .. geram tengok air tu ..... aduhhhh kenapalah tak bawa seluar renang... lau tak tentu dah terjun dalam keadaan cuaca petang panas di bulan Ramadhan.

Dalam jam 5 petang, saya dan anak-anak kembali ke bilik. Kami nampak Amri, anak sulong saya sedang menonton TV ... uhh habis channel TV dia dah geledah.

"Abanglong .. best ooo mandi kolam renang ... sejuk .. " kata Zikri.
"A'ah bang long .. best .. takde orang pun ... kitaorang je ... abang ngah siap berenang kat kolam orang besar lagi .. " kata Maira.

Maka, saya pun tanyalah ...

"Amri .. kenapa tak nak mandi kolam renang? Baju renang dah bawa tu .. "
"MMm ... tak naklah .. nanti terkentut.... batal puasa... " kata Amri.

Erkk .. batal puasa?

Aduhh .. berapalah kebarangkalian nak terkentut dalam air? 1 dari sejuta kot .. aisehhh ...

Gitulah anak saya. Takut terkentut dalam air, kerana dia fikir akan batal puasanya.

Hukum Kentut Dalam Air (Andai Berlaku)

Ok, buat mereka yang tidak tahu, dan mungkin ragu-ragu mengenai hukum terkentut dalam air atau di dalam kolam .. samada sah atau batal puasa .. ikuti penjelasan ini:

Isu kentut dalam kolam dan hubungan dgn batal puasa adalah sikap mencari-cari hukum dalam daerah kemaafan Islam. Maksudnya tidak usahlah kita mencari hukum dalam urusan yang didiamkan oleh Syarak. Sebagaimana satu riwayat hadis Daruqutni, "Allah mendiamkan beberapa hal sebagai rahmat untukmu, tanpa lupa, maka janganlah kamu tercari-cari (hukumnya)." (H.R Imam Nawawi, Hadis Hasan). Maka, kentut dalam kolam atau di dalam air tidak membatalkan puasa kerana tidak ada dalil yang mengatakan batal.

Dah diberitahu pada anak sulong saya, tetap juga tak nak. Apa nak buat ... ye tak? Janji, saya dah beritahu kepadanya sebagai seorang ayah .. bahawa kentut di dalam kolam renang, di dalam air tidak terbatal puasaaaa...

Petang tu, selepas hantar anak-anak ke bilik, saya keluar ke bahagian pintu masuk hotel untuk program pemberiaan makanan percuma oleh kakitangan Best Western Hotel. Sebanyak 150 Nasi Ayam beserta air diberikan secara percuma kepada mereka yang lalu lalang di hadapan hotel.... tanpa mengira bangsa, samada berpuasa atau tidak.
Program free meal Best Western Hotel
Makanan percuma Best Western Hotel sempena Ramadhan


3 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta June 24, 2016
:-bd abang long teguh pendirian ya...walau adik adik kata seronok mandi kolam walau ayah dah bagi tahu hukumnnya..masih dengan pendirian sendiri..alhamdulillah..
emalin mohd emalin mohd June 24, 2016
Kadangkala anak ni lebih percaya cakap rakan daripada ibubapa sendiri. huhu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.