Langkau ke kandungan utama

Iklan Raya 2016 Dari Maghfirah - Erti Raya

Tahun ni, untuk raya 2016 ... pihak Maghfirah Media Group telah menerbitkan satu iklan raya bertajuk Erti Raya. Iklan raya pertama kali dari syarikat ini telah pun mendapat sebanyak lebih 20K views sejak dimuatnaik pada 24 Jun 2016 di YouTube. Jadi, tentu ada sesuatu yang menarik pada iklan raya dari Maghfirah Media Group ini.

Saya telah menonton video iklan raya 2016 - Erti Raya ini, dan saya boleh katakan ia sebuah iklan yang mengesankan. Iklan raya yang dijayakan oleh Beto Khusairi ini memperlihatkan bagaimana seorang anak yang membelakangkan keluarga untuk mencari kesenangan buat ibu bapanya. Tetapi, akhirnya menyesal sehingga hilang Erti Raya buat dirinya.

Iklan Raya 2016 Dari Maghfirah - Erti Raya

Iklan Raya 2016 Dari Maghfirah - Erti Raya
Ada beberapa ayat klise yang sering dipertuturkan oleh segolongan kita di Malaysia dalam iklan raya ini.

"tahun ni .. Abu sibuk sikitlah mak ... "
"lagipun kalau Abu tak balik, mak masih boleh beraya dengan abah tu ..."

Ada apa dengan raya? Raya ni pasal rumah cantik ke? Raya pasal baju cantik ke?

Apa Erti Raya buat Abu sebenarnya? Dan apa Erti Raya buat anda pula?

Video Iklan Raya 2016 Dari Maghfirah - Erti Raya



Semoga paparan iklan raya ini menyedarkan sesuatu kepada kita sebagai anak. Kadang bukan harta benda yang ibu bapa inginkan dari anak, tetapi ia sesuatu yang sebenarnya sangat mudah untuk seorang anak berikan.

Doakan agar Erti Raya buat kita semua tahun ini lebih bermakna. In Sha Allah.


Komen Pembaca ...

  1. ala kena block nanti anum tgk ya

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum Bro HH..tahun ni banyak iklan yang membeti kesan mendalam..alhamdulillah..
    Sebelum ni ada yang tak boleh buka blog Bro HH tau katanya blog Bro HH kena block..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu semalam ada masalah dengan DNS

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.