Kelopak Mata Bergerak-Gerak Bawa Petanda

Pernah tak kelopak mata anda bergerak secara tiba-tiba? Ianya berlaku bukan dibuat-buat, dan selalunya berlaku di waktu tak diduga, malah tak ikut masa. Saya sendiri adakala mengalaminya. Mungkin ada yang tidak mengetahui, bahawa kelopak mata yang bergerak ini ada membawa petandanya sendiri - samada dari segi saintifik, mahupun petua orang-orang lama.

Mana satu yang boleh dipercayai? Adakah kelopak mata bergerak-gerak ini ada petanda dan alamat mengenai sesuatu kejadian yang bakal berlaku? Atau ianya hanyalah satu refleksi kepada tahap kesihatan diri seseorang? Dalam blog post ini, saya kongsikan sedikit pengetahuan saya berkaitan perkara ini, mungkin anda boleh membuat penilaian bersandarkan kepada ilmu dan juga pengalaman anda sendiri.

Kelopak Mata Bergerak-Gerak Bawa Petanda

Kelopak Mata Bergerak-Gerak Bawa Petanda

Dikaitkan Dengan Penyakit Myokymia

Berdasarkan kepada sumber yang telah saya cari, kelopak mata yang bergerak secara automatik ini dikaitkan dengan sejenis penyakit mata iaitu Myokymia. Menurut sumber itu, pakar-pakar kesihatan mengatakan bahawa pergerakan kelompak mata secara tiba-tiba ini adalah disebabkan pergerakkan otot di bahagian kelopak di bawah sedar. Ia berkait rapat dengan masalah tekanan, kerapuhan emosi, kurang tidur, malah ada yang mengatakan kerana terlalu banyak meminum kopi. Sifat risau yang terlalu tinggi serta beberapa faktor personaliti juga menyumbang kepada berlakunya 'masalah' ini.

Ada pula kajian yang mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata. Kerana jiwa yang tidak kuat, rapuh dan terganggu oleh faktor luar, maka otot-otot mata akan menerima gangguan penerimaan isyarat saraf lalu membuatkannya bergerak sendiri.

Petua dan Tafsiran Orang Tua Lama

Tetapi, seperti saya yang dibesarkan dalam suasana pemikiran orang kampung, dan kerap mendengar banyak cerita daripada orang tua-tua lama; saya lebih termakan kepercayaan bahawa kelopak mata bergerak-gerak memberi petanda sesuatu kejadian akan berlaku.
Kelopak Mata Bergerak-Gerak Bawa Petanda
Mungkin kepercayaan dan petanda itu adalah secara kebetulan, sehingga memungkinkan ia dijadikan petunjuk dan petua oleh orang-orang tua lama. Mari lihat beberapa firasat dan petanda yang dikaitkan dengan pergerakan kelopak dan bahagian mata ini.
  • Alis sebelah kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
  • Alis sebelah kiri bergerak-gerak – akan mendapat wang.
  • Kelopak mata kanan sebelah atas – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
  • Kelopak mata kanan sebelah bawah – akan mendapat kesusahan.
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – akan mendapat kebaikan.
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – hendak menangis.
  • Ekor mata kanan – menerima kedatangan orang jauh.
  • Ekor mata kiri – mendapat sedikit kepayahan.
  • Biji mata kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
  • Biji mata kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
  • Kening kiri – beroleh kelapangan.

Firasat dan ramalan seperti ini banyak terdapat di dalam buku-buku lama. Ia dianggap sebagai kajian terhadap bahasa tubuh. Tiada kajian saintifik setakat entri ini ditulis yang mengaitkan secara betul lagi benar akan pergerakan kelopak mata mahupun bahagian mata yang lain dengan perkara-perkara yang akan berlaku.

Tapi percayalah, setiap kejadian itu berlaku mempunyai sebab, dan pergerakan anggota tubuh kita adalah antara sebahagian rahsia Allah S.W.T yang tidak tercapai ilmu seorang manusia. Adalah elok kita berserah dan sering berdoa kepada Allah S.W.T supaya dilindungi dan diberikan keberkatan. Sebagai umat Islam, wajib mempercayai ketentuan Allah S.W.T - Qada' dan Qadar.

Apapun, saya harap perkongsian saya ini akan berikan manfaat yang baik untuk anda yang membacanya...huhuhu .. jangan pegi tenung mata anak dara lelama sudahlah ye .. hehehehe... 

6 comments.. read them below or add one

Nor Afidah Bte Che Azmi Nor Afidah Bte Che Azmi February 25, 2016
Fida selalu kelopak mata bergerak-gerak sebelah kanan kadang-kadang kiri..Mungkin sebab mata terlalu letih
izzeyda izzeyda February 25, 2016
Kekadang jadi jugak, tapi macam tak boleh nak sesuaikan dengan sebarang situasi pun..
Khamsi Abdullah Khamsi Abdullah February 25, 2016
Hmm.. pasal Myokymia tu.. patutla. Bila diingat balik, hari2 yang saya tak cukup tidur mesti lagi kerap kelopak mata gerak
yang baik yang baik February 25, 2016
menarik juga dijadikan bahan bacaan.... taklah serius sangat tapi penuh ilmu.
Kadang-kadang apa yang terjadi itu secara kebetulan... dan kita tak ingatpun bila mata kita bergerak2... :D
PeRdU cINta PeRdU cINta February 25, 2016
Kadang sesekali ada jyga PC alami...tapi tak lamalah...
acik watie acik watie February 25, 2016
Selalu jugak kanan atas bergerak-gerak HH

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.