15 Januari 2016

Karaoke Janam Janam OST Dilwale Dengan Lirik

Karaoke Janam Janam dengan lirik, OST Dilwale ini sangat popular sehingga banyak versi cover telah dimuat-naik ke Youtube. Serius sangat banyak, nampak fenomena Dilwale ini menyerang sana sini. Tapi, yang hairannya ialah, filem Dilwale dianggap gagal di negaranya sendiri, ditewaskan oleh satu lagi filem Hindi yang sedang top iaitu Bajirao Mastani.

Saya belum lagi menonton filem Dilwale, tetapi apabila mendengar lagu Janam Janam sering ke udara, dan sering dilagukan, hatta dari anak-anak saya sendiri; terdetik juga rasa hati untuk menontonnya. Setakat entri ini ditulis, saya masih lagi belum menjengah panggung untuk tonton filem Dilwale yang mendapat sambutan hangat di Malaysia. Berbeza dengan isteri saya yang sudah dua kali menonton filem ini ... erkk ..

Karaoke Janam Janam OST Dilwale

Karaoke Janam Janam OST Dilwale Dengan Lirik
Selain versi cover lagu Janam Janam OST Dilwale; terdapat juga video Janam Janam versi karaoke yang telah dimuat-naik di laman YouTube oleh beberapa pengguna. Fuh ... menarik sungguh .. berhantu juga lagu Janam Janam ni.

Saya kongsikan beberapa versi karaoke lagu Janam Janam ini untuk tontonan anda, mana tahu anda peminat filem Dilwale nak buat versi sendiri lagu ni .. hehehe... semoga terhibur.

Oh ya, terdapat juga versi Bahasa Malaysia untuk OST Dilwale ini yang dilagukan oleh penyanyi tempatan, tajuknya kalau tak silap ... err.. Warna Cinta .... hoho ..ish.




Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

8 Komen Karaoke Janam Janam OST Dilwale Dengan Lirik

Artis kita Shila Hamzah pun ada buat cover tau HH...best gak lagu dia...kalau saya cover, agak2 ada org nk dgr x? hehehe

Yeap, saya tahu pasal tu .. isteri saya ada tunjukkan tadi

dah ada versi karaoke dah, boleh nyanyi sendiri pasni

mungkin boleh jadi sehebat lagu frozen yang dialih pelbagai bahasa

kawan kawan PC yang dah pergi menonton lebih 3 kali mereka cakap pergi sebab shah rukh khan dan kajol..dan...dan....lagu lagunya yang mendayu dayu tahap angau tak rasa nak mandi setahun tapi wangi je...*dahsyat la*hihihihi...

memang best cerita n asha bukan setakat p tengok dekat wayang siap beli dvd lagi sebab boleh ulang-ulang tengok

Perghhh .. serius? Anak-anak saya dah ulang tengok banyak kali dah secara online.


EmoticonEmoticon