Rahsia Blog Baru Berjaya Dapat Top Rank Carian Google

Siapa kata gunakan template asas yang ada di dalam blogspot tidak boleh rank baik di Google? Baru-baru ini, saya telah temui sebuah blog baru dari platform blogspot yang berjaya unggul memegang keyword untuk kerja yang boleh dibuat di rumah. Blog tersebut baru sahaja dibuat sendiri oleh pemilik blog pada awal 2015, tetapi telah berjaya rank dengan baik di Google dan Google Malaysia. Malah, ada beberapa keyword tertentu yang menempatkan blog ini pada rank #1 di dalam Google!

Teringin nak ketahui apakah rahsia SEO yang digunakan sehingga blog yang tidak sampai setahun dibina berjaya berada di dalam ranking utama enjin carian. Saya pun belek-beleklah blog baru tersebut, cuba nak selidik apakah yang menjadikan blog tersebut berjaya rank dengan sangat baik di enjin carian, saya fikir tentu yang bina dan buat blog ini adalah seorang Pakar SEO Malaysia.

Rahsia Blog Baru Dapat Top Rank Dalam Carian Google

Rahsia Blog Baru Dapat Rank #1 Google
Dan daripada 'penyiasatan' saya, didapati blog tersebut dibina oleh seorang perempuan, iaitu isteri kepada si pemilik blog. Bukan seperti sangkaan saya yang ingatkan blog tersebut dioptimasikan oleh seorang pakar SEO.

Bukti Bahawa Blog Baru Dapat Rank Terbaik di Google

Walla. Nah, dah dibuktikan. Anda tidak perlu pun menjadi pakar SEO Malaysia untuk menjadikan blog anda mesra SEO, dan dapat rank terbaik di Google. Yang pentingnya ialah isi kandungan, dan template yang digunakan.

Ini hasil penelitian saya.
  1. Blog tersebut menggunakan template Dynamic View dalam blogspot. Dynamic View merupakan salah satu daripada 7 template asas yang disediakan oleh blogspot.
  2. Tajuk entri pertama adalah sama dengan tajuk blog.
  3. Template Dynamic View yang digunakan adalah mesra mobile - selaras dengan jaminan Google bahawa blog yang mesra mobile (mobile-freindly) diberikan tempat terbaik di enjin cariannya.
  4. Setiap entri yang ditulis ada lebih daripada 2 gambar digunakan.
  5. Blog ditulis dengan dwibahasa, ada entri ditulis dengan bahasa Inggeris.
  6. Ada entri ditulis dalam dwibahasa - ada perenggan ditulis di dalam bahasa Inggeris.
  7. Entri pertama ditulis pada 17 Januari 2015. Entri terakhir adalah pada bulan Februari 2015. Hanya ada 7 entri sahaja ditulis setakat ini.
  8. Entri daripada blog ini tidak berjaya berada dalam top rank enjin carian Google, tetapi blog ini secara amnya dapat pegang beberapa keyword berkaitan blog tersebut.
Rahsia Blog Baru Berjaya Dapat Top Rank Carian Google
Antara keyword yang merujuk kepada blog tersebut (bukan entri) adalah:
  • Servis mesin basuh murah
  • Servis mesin basuh
  • Servis repair mesin basuh
  • Servis repair mesin basuh murah
  • Repair mesin basuh Putrajaya
  • Repair mesin basuh area Kuala Lumpur
  • Perkhidmatan repair mesin basuh murah 
  • Perkhidmatan repair peti ais murah
  • Servis repair peti ais
  • Servis repair peti ais di rumah
  • Repair peti ais murah
  • Repair peti ais murah di kuala lumpur

Tu antara banyak keyword atau kata kunci enjin carian Google yang merujuk kepada blog baru tersebut. Hebat tak hebat, keyword tersebut adalah keyword berharga kerana ia boleh membawa pendapatan kepada pemilik blog. Ia adalah keyword bisnes.

Dan blog tersebut bukan sahaja unggul di Google tetapi juga Google Malaysia!
Rahsia Blog Baru Berjaya Dapat Top Rank Carian Google
Antara banyak kata kunci di atas, ada di antaranya mendapat rank #1 dan rank #2 di enjin carian Google. Seperti tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya. Lebih menyerlah, apabila carian dibuat menerusi telefon bimbit dan peranti mudah alih seperti iPad dan Tablet.
Rahsia Blog Baru Berjaya Dapat Top Rank Carian Google
Secara amnya, saya telahpun mendedahkan rahsia blog ini mendapat tempat terbaik di Google. Sekarang, terpulang pada blogger baru untuk praktikkan teknik yang digunakan. Segalanya teknik asas SEO, yang saya fikir boleh diamalkan oleh semua blogger baru.

Mungkin ini bukan teknik SEO terbaik yang ramai pakar SEO sering ceritakan, tetapi apa yang telah dilakukan oleh blogger baru ini menunjukkan tiada satu pun yang mustahil.

Bayangkan bagaimana setiap kali orang menggunakan internet untuk Google mencari servis baiki peti ais atau mesin basuh, dan terjumpa blog tersebut .... $$$ tu. Moga rezeki bertambah baik untuk pemilik blog tersebut, in Sha Allah, hasil usahanya mempopularkan bisnesnya menerusi blog. Syabas.