Langkau ke kandungan utama

Cara Batalkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Roadtax

Cara batalkan lesen kenderaan motor (LKM) atau roadtax. Sebelum ini, saya memang tak tahu menahu mengenai cara untuk membatalkan roadtax, terutama sekali roadtax kereta yang masih berkuat-kuasa atau sah. Cuma baru-baru ini, apabila saya nak claim lebihan insurans bawah Takaful Malaysia, barulah saya tahu cara nak melakukannya.

Jadi, saya nak kongsikan sedikit pengalaman mengenai bagaimana nak batalkan lesen kenderaan motor (LKM) atau lebih disebut ramai sebagai cukai jalan (roadtax).

Sebab Untuk Batalkan LKM atau Roadtax

Tapi sebelum itu, eloklah diketahui bahawa pembatalan boleh dilakukan atas beberapa sebab berikut sahaja, anda tidak boleh sesuka hati nak membatalkan LKM ini, khususnya LKM atau roadtax yang masih lagi belum tamat tempoh.
  • Mahu lupuskan kenderaan. Kenderaan dah rosak atau tersadai tetapi LKM masih sah. Atau anda sudah tidak mahu menggunakan kenderaan tersebut.
  • Kenderaan total lost (instilah untuk kenderaan kemalangan yang melebihi atau sama dengan jumlah diinsuranskan)
  • Kenderaan untuk diuraikan (jadi spare part).
  • Mahu menjual kenderaan anda, terutama sekali kepada syarikat kenderaan terpakai.
  • Mahu menukar nama pemilik kenderaan.
  • Mahu mendapatkan lebihan wang LKM khususnya yang masih sah.
Untuk kes saya, saya mahu batalkan lesen kenderaan motor (LKM) sebab kereta telah dijual ke syarikat kenderaan terpakai. Dan LKM kereta tersebut masih lagi sah, begitu juga dengan perlindungan insurans kereta tersebut.

Jadi, saya ada dua sebab untuk batalkan LKM ini, iaitu:
  1. Mahu dapatkan kembali lebihan duit dari LKM, kerana kereta bukan lagi dalam pemilikan.
  2. Mahu mendapat bukti bahawa kereta bukan lagi milik saya, dan mahu tamatkan insuran kenderaan dan dapatkan baki lebihan perlindungan insurans Takaful Malaysia.

Cara Batalkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Roadtax

Dah jelas mengenai sebab musabab, maka saya nak beritahu pula bagaimanakah caranya untuk batalkan lesen kenderaan motor (LKM) atau roadtax ini.
  1. Pergi ke pejabat cawangan JPJ berdekatan dengan anda.
  2. Isi borang seperti ditunjukkan di bawah ini. Borang ini akan diberikan secara percuma oleh pegawai JPJ yang bertugas. Hanya perlu memberitahu tujuan anda datang - untuk pembatalan LKM.
  3. Cara Batalkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Roadtax
  4. 2 dokumen penting yang harus anda bawa ialah Kad Pendaftaran Kenderaan atau geran kenderaan. LKM lama atau roadtax asal yang mahu dibatalkan.
  5. Setelah isi borang, ambil nombor (jika perlu) dan kemukakan di kaunter.
  6. Permohonan akan diproses kurang dari 5 minit, dan anda akan dikembalikan Kad Pendaftaran Kenderaan dan juga satu surat pengesahan mengenai pembatalan LKM. Dan sekiranya anda mahu mendapat lebihan wang LKM, pegawai di kaunter akan berikan satu borang lain iaitu borang JPJ K6 untuk refund.
  7. Cara Batalkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Roadtax
Dalam kes saya, saya dapat lebihan wang dalam RM8.30, tetapi saya tak claim, saya niatkan sedekah sahaja .. :). Hanya lebihan melebihi RM5 sahaja boleh dituntut kembali. Kurang daripada itu tidak boleh.

Selesai. Semua proses ini tidak lama. Saya uruskan permohonan ini kurang daripada 20 minit di kaunter JPJ Cawangan Taiping. Alhamdulillah.

Oh ya, lupa nak beritahu. Geran kenderaan original diperlukan untuk urusan ini. Geran kenderaan dan LKM lama bolehlah anda peroleh dari syarikat kereta terpakai tersebut (sebelum kereta bertukar tangan atau dijual) atau dari pihak bank (jika belum habis bayar). Kemudian, setelah selesai urusan, pulangkan kembali geran kenderaan.

Selepas Batal LKM, Barulah Boleh Buat Tuntutan Lain

Selepas saya telah mengesahkan pembatalan LKM tersebut, bolehlah saya membuat tuntutan pada syarikat insuran kenderaan Takaful Malaysia, dengan mengemukakan bukti surat pengesahan yang disertakan. Untuk perkara ini, nanti saya akan ceritakan di artikel lain, in Sha Allah.

Ada perkara yang harus anda tahu, bukan semua syarikat insurans memerlukan anda untuk menjalani proses membatalkan LKM ini. Saya pernah menjual kereta pertama saya tanpa melalui proses di atas, segalanya diuruskan oleh syarikat penjual kereta.

Namun, adalah penting anda tahu bahawa pembatalan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri, dan ia lebih selamat kerana mengetahui bahawa LKM kenderaan lama anda sudah tidak terkait dengan nama anda sebagai pemilik lama, dan lagi, anda boleh kemukan lebihan wang perlindungan insurans kereta yang telah dijual dan juga LKM.

Jika anda tidak melakukan sendiri, lebihan-lebihan duit ini akan diterima oleh syarikat penjual kereta terpakai yang menguruskan penjualan kereta anda.

Andai mahu beli kereta baru, cuba pastikan perkara ini anda ambil perhatian ye ... jika mereka akan uruskan penjualan kereta anda, beserta tukar nama dan insurans, pastikan anda mendapat diskaun tertentu bila beli kenderaan baru.

Semoga bermanfaat.



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…