Langkau ke kandungan utama

Terima Kasih Menjayakan Ihya Ramadhan 1436H/2015 Anjuran ASTI93

Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dan AJK ASTI 93 untuk menjayakan program Ihya Ramadhan ASTI. Kepada rakan-rakan, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), pengiklan dan semua yang telah menyumbang dana program ini, saya mewakili pihak penganjur ASTI 93 (Alumni SEMESTI SPM93) mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana tanpa sumbangan daripada anda semua, pasti program ini tidak akan berjalan dengan sempurna.

Terima Kasih Menjayakan Ihya Ramadhan ASTI

Alhamdulillah, objektif program ini telah disempurnakan dengan jayanya.

Antara objektif yang telah berjaya dilaksanakan menerusi program ini ialah:
  1. Penyerahan sumbangan duit raya dan bantuan persediaan Hari Raya Aidilfitri 2015 untuk murid-murid yang kurang berkemampuan.
  2. Program pemantapan ilmu dan sahsiah diri murid-murid oleh penceramah-penceramah jemputan termasuklah Ustaz Mohammad Riduan, Puan Roselinda (Vogue Malaysia), dan Ustaz Mohd Zainudin (PU Yeop).
  3. Majlis berbuka puasa dan moreh.
  4. Perlaksanaan menggantikan karpet usang di Surau Al-Falah, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI).
Saya sukacita berkongsikan beberapa gambar perjalanan program Ihya Ramadhan 1436H/2015 ini.
Program Ihya Ramadhan SEMESTI 1436H/2015 Anjuran ASTI93
Gambar Program Ihya Ramadhan SEMESTI 1436H/2015 Anjuran ASTI93
Penyerahan Duit Raya - Program Ihya Ramadhan SEMESTI 1436H/2015 Anjuran ASTI93
Penyerahan Duit Raya - Program Ihya Ramadhan SEMESTI 1436H/2015 Anjuran ASTI93
Program IHYA RAMADHAN ASTI 2015
Program IHYA RAMADHAN ASTI 2015
Program IHYA RAMADHAN ASTI 2015
Majlis berbuka puasa ASTI Ihya Ramadhan 2015
Majlis berbuka puasa ASTI Ihya Ramadhan 2015
In Sha Allah, di entri lain, saya akan berkongsikan kemeriahan dan perjalanan Ihya Ramadhan SEMESTI 1436H/2015 anjuran ASTI SPM93 untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan. Semoga ia akan membolehkan lebih ramai daripada kita untuk sertai program-program memasyarakatkan sekolah terutama kepada bekas-bekas pelajar.

Kepentingan Melibatkan Diri Dalam Program Sekolah-Masyarakat

Sangat penting untuk bekas-bekas pelajar melibatkan diri dalam program untuk memajukan sekolah kerana dewasa ini tugasan guru amatlah mencabar. Dengan adanya penglibatan seperti ini, setidak-tidaknya kita akan membantu para guru dan pendidik untuk memastikan anak-anak yang sedang belajar ini terus berusaha untuk mengecap kejayaan.

Murid-murid perlukan sokongan, dan sokongan itu tidak semestinya hanya datang dari guru-guru dan ibubapa sahaja, tetapi mestilah daripada masyarakat agar mereka diberikan motivasi diri yang tinggi untuk menjadi insan yang cemerlang.

Mereka inilah yang bakal menerajui negara satu hari kelak, dan jika kita tidak melakukan sesuatu untuk membantu, kita bakal berhadapan dengan masalah yang tidak boleh dibayangkan.

Semoga usaha kecil ini menerusi program Ihya Ramadhan SEMESTI 1436H/2015 ini diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Terima kasih semua.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…