Struktur data blog yang betul akan memudahkan teknik SEO. Jika anda seorang blogger yang mahu apa yang disampaikan di dalam blog itu diterima dan dibaca oleh mereka yang mencari maklumat di internet, maka anda perlu memastikan bahawa blog anda mempunyai struktur data yang betul. Ia adalah untuk memberikan impak yang positif untuk blog anda dalam banyak segi.

Saya sebenarnya bukannya pandai sangat pun, banyak tatacara yang saya buat lebih kepada trial n error; al maklumlah belajar dulu tak habis bab-bab struktur data laman web (blog) ni. Kebanyakkan ilmu yang saya gunakan saya cari siang dan malam, baca dan fahamkan walaupun ada ketika saya banyak garu kepala dari menekan keyboard komputer...hahaha

Struktur Data Blog Betul Memudahkan SEO

Sebagai seorang blogger yang tidak dikategorikan sebagai popular, apatah lagi mempunyai ramai pengikut, maka seboleh-bolehnya saya cuba menguasai teknik SEO agar apa yang saya tulis dan kongsi dapat dimanfaatkan orang lain. Saya bukan seorang blogger berpengaruh yang dengan mudahnya boleh mengajak orang lain membaca blog saya, apatah lagi berkaitan ilmu blogspot.
Struktur Data Blog Betul Memudahkan SEO

Makanya itu, saya cuba jadikan blog saya semesra boleh dengan memperbetulkan struktur data di dalam blog saya agar ia menepati piawai yang telah ditentukan.

Bantu Naikkan Trafik Blog

Struktur data yang betul akan memudahkan teknik SEO yang dipraktikkan dibuktikan. Alhamdulillah, menerusi pembacaan, pemahaman, praktik dan ujian yang telah saya lakukan, blog berjaya meningkatkan lagi trafik kebiasaan daripada 10-15K setiap hari menjadi kepada 20-30K setiap hari - walaupun di saat saya tidak menerbitkan entri baru dengan kerap.

Saya menggunakan Google Developers sebagai alat untuk penambahbaikan ini. Walaupun terpaksa melakukannya sehari semalam, dan mencari rujukan di pelbagai tempat, alhamdulillah daripada blog banyak salah sini sana dalam struktur data, akhirnya berjaya menepati segala syarat.
Struktur Data Blog Betul Memudahkan SEO

Struktur Data Blog Betul Memudahkan SEO
Ok. Sedikit tips dan info yang boleh saya kongsikan kepada mereka yang mungkin nak ikut jejak langkah saya ini.
  • Memahami apa itu schema.org dalam struktur data blog atau laman web. Schema.org merupakan satu panduan berbentuk vokabulari internet yang membolehkan blogger menyediakan satu artikel yang difahami oleh enjin-enjin carian.
  • Terdapat 3 jenis format iaitu Microdata, RDFa dan juga JSON-LD. Format ini adalah cara kita menyediakan kerangka artikel kita bersandarkan kepada schema.org.
  • Format ini akan bantu enjin carian untuk mengetahui apa yang anda tulis di dalam blog. Ia merangkumi jenis data - siapa penulis, tarikh ditulis, review yang telah dibuat, adakah artikel itu merupakan ulasan buku, resepi, kejadian, filem atau mengenai sesuatu tempat, lokasi atau hanya satu catatan peribadi dalam sebuah blog.
  • Komputer dan internet tidak memahami apa yang kita tulis kepada pembaca, jadi struktur data seperti ini akan bantu enjin pencari mengetahui apa yang kita sampaikan dan kelaskan ia di dalam pengkalan data enjin carian dengan betul.
  • Untuk blog, schema.org yang penting untuk anda tahu ialah BlogPosting, ArticleBody, keywords, entry content, date updated, date published serta Author atau Publisher. Semua ini merupakan markup yang perlu ditambah atau diberitahu di dalam struktur data blog anda.

Hmm ... itu sebahagian ilmu yang saya dapat dan saya kongsikan dengan anda. Banyak nak cerita tapi saya sendiri pun tak berapa tahu cara nak memberitahu mengenainya. Apa yang boleh saya syorkan kepada anda jika nak tahu lagi, bolehlah rujuk pada laman Schema.org. Di situ ada penerangan cukup jelas mengenai struktur data ini.

Contohnya seperti ini ...
Contoh Struktur Data Blog Betul Memudahkan SEO
Nak tahu samada blog anda tepati skema yang telah ditetapkan? Boleh gunakan Google Developers - Structured Data Testing Tool. Seperti mana saya terangkan mengenai PageSpeed dalam entri terdahulu, apa yang perlu anda buat ialah membuat semakan dan pembetulan dari analisis yang telah diberikan.

Dari situ, cuba anda Google info yang diperlukan untuk memperbetulkan kesilapan struktur data, dan boleh juga lihat pada laman web Schema.org untuk pemahaman dan cara-cara implemtasi di dalam blog.

Sesuatu Yang Sukar Untuk Blogger Blogspot

Memang pening. Tapi benda seperti ini hanya untuk mereka yang ada minat nak tahu, jika anda bukan orang seperti ini; eloklah anda fikirkan mengenai konten blog anda daripada teknikal yang memenatkan kepala otak untuk berfikir .. hoho .. apatah lagi jika anda seorang blogger yang menggunakan platform blogspot seperti saya. Jika anda pengguna Wordpress, bab-bab ini hanya gunakan plugin sahaja, dan semuanya beres!

Pada yang mencuba, saya doakan kejayaan buat anda .. :)

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas ilmunya.. Memang nak kena study dulu dan kena amik masa utk study...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku klau dh ada kaitan dengan koding ni yang malas adeh,, tp kne jugk belajar

      Padam
  2. Blog utama saya guna wordpress, tetapi saya ada banyak blog yang guna blogspot jugak. Peh pening

    BalasPadam
  3. Wouu, terima kasih atas ilmunya. Banyak kena study semula ni.

    BalasPadam
  4. Saya pun pernah edit di Struktur Data, memang pening dibuatnya, byk error berkaitan reviewblog, author, hcard dll. Semakin diperbaiki semakin celaru.... Dah saya cuba google cari permasalahaan ini, namun masih sama. Nak tanya yang lebih arif, saya rasa ramai yang buta bab ini. Last2 dibiarkan aje begitu.

    BalasPadam
  5. Satu lagi yg problem kat blog saya, nak reply komen rakan, ia tak keluar balasan komen kita. Adakah Tuan HH boleh bantu dlm bab ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Koding untuk reply tu bermasalah. Saya pernah kena ni bila tukar template. Ada cara dia ... kena ubah skit kod HTML untuk bahagian komen. Saya dulu Google je .. jumpa penyelesaian tersebut. Tapi dah lupa dah kat mana dicari dan kod yang dimaksudkan tu.

      Padam
    2. sama dengan blog saya bermasalah dalam meng"reply" komen kecuali menggunakan hp..

      btw.. ilmu latest ni.. tak sanggup nak godek2 blog..

      coding yg ada pun sudah memeningkan untuk tambahan butang share wassap.. huhu

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement