MAMPU Sekat Blog dan Laman Web

MAMPU sekat blog dan laman web Malaysia. Sejak dua menjak ini, sudah semakin banyak blog dan laman web yang telah disekat untuk diakses oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia). Antara blog-blog tersebut ada yang terdiri dari blog-blog motivasi, blog keusahawan dan juga blog mengenai hartanah.

Saya tak pasti apakah kriteria utama yang membuatkan pihak MAMPU menyekat akses ke blog-blog tersebut. Daripada beberapa info tidak rasmi yang saya ambil dari rakan-rakan blogger, kebanyakkan blog dan laman web yang disekat adalah diakhiri dengan .com. Saya sendiri tidak pasti samada blog ini juga menerima tempias sekatan oleh pihak MAMPU.

MAMPU Sekat Blog dan Laman Web

Blog-blog yang disekat ini kemungkinan dianggap oleh pihak MAMPU boleh menjejaskan fungsi kebolehupayaan pengurusan di sektor-sektor awam, memandangkan blog ini disekat jika diakses menerusi kemudahan internet dan wifi di pejabat-pejabat kerajaan.

Apapun, agak tidak jelas kenapa pihak MAMPU sekat akses ke blog-blog ini walhal kalau diikutkan pada paparan sekatan di bawah ini, agak mencurigakan dan tidak adil pihak MAMPU sekat dengan mengatakan bahawa ia adalah termasuk di dalam kategori social networking.

Kategori-kategori lain tu memang tidaklah sebab daripada dua contoh berikut, ia melibatkan blog SemuanyaBola.com dan AbangEnsem.com.

Saya sudah hantar email ke pihak MAMPU untuk minta penjelasan mengenai perkara ini. Dan in Sha Allah, andai ada maklum balas, saya akan paparkan di blog ini sebagai entri susulan.

Namun begitu, jika disemak kepada Pekeliling Kerajaan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003, saya memetik bahagian Tatacara Penggunaan Internet seperti dipaparkan di bawah ini, ada bahagian tujuh yang sangat jelas melarang penggunaan internet atas sebab dinyatakan di pejabat-pejabat dan agensi kerajaan.


Mungkinkah akses ke blog dan laman web berkenaan adalah kerana perkara 7 dinyatakan di atas ini?

Ada input untuk entri ini? Boleh tinggalkan di ruangan komen. Apa pula pendapat dan pandangan anda akan kewajaran ini?

p.s: Saya bukan keyboard warrior ..  :)

{ 7 comments.. read them below or add one }

Qaseh Vee Qaseh Vee June 09, 2015
block kat tempat kerja je rasanya ni ... biasa la ... heee
muhammad naim Abdullah muhammad naim Abdullah June 09, 2015
nanti akan guna bypass punya. huhuhu
hpmurah2u hpmurah2u June 09, 2015
Guna ultrasurf atau freegate lepasla surf..heheh
Nadia Johari Nadia Johari June 09, 2015
mampu taknak pekerja tengok blog waktu kerja..hehe
Jia Rizaira Jia Rizaira June 10, 2015
kalau blok kat tempat keje oklah...jangan disekat terus melopong lak nnt pemilik blog..
reezluv reezluv June 10, 2015
nak tunggu juga jawapan mereka tu, mungkin mereka detect sesuatu keyword ataupun feeds blog tu kot.macam semuanyabola.com tu 90% trafik daripada FB, mungkin ada tempias social network feeds yang banyak disitu.

Macam depa block web porn tu, mesti ada kriteria tertentu berdasarkan keyword kot.itu tak pasti, sebab ada juga web porn yang tak diblock
Mikhail Mikhail June 11, 2015
Rasanya ia dikategorikan sebagai lawatan bersifat peribadi kot. Melainkan blog-blog tersebut menjadi rujukan utama kepada pihak berwajib, maka akses tersebut boleh dibuka.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.