19 Jun 2015

#Cabaranprintscreen Menerusi Instagram

Semalam tetiba dapat idea untuk berseronok menerusi Instagram. Lagipun, saya baru je belajar cara menggunakan hashtag (#) di dalam laman sosial tu. Saya telah mulakan satu cabaran perkongsian gambar dengan menggunakan #cabaranprintscreen di Instagram.

#Cabaranprintscreen ni bukan kontest atau pertandingan. Ia hanya sekadar suka-suka bersama rakan-rakan yang ada akaun Instagram, tak kiralah samada mereka itu menjadi follower atau tidak. Siapa yang terasa nak join dan memeriahkan #cabaranprintscreen ini bolehlah ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Print screen permukaan atau home telefon pintar anda.
  2. Kemudian post gambar print screen tersebut ke akaun instagram milik anda.
  3. Jangan lupa sertakan hashtag #cabaranprintscreen 

In Sha Allah, gambar yang anda kongsikan boleh dilihat menerusi https://instagram.com/explore/tags/cabaranprintscreen/

#Cabaranprintscreen Menerusi Instagram

#Cabaranprintscreen Menerusi Instagram
Setelah beberapa jam saya kongsikan gambar #cabaranprintscreen di instagram, alhamdulillah ramai juga rakan yang sudi sertai dan kongsi gambar print screen home telefon pintar masing-masing. Hoho .. macam-macam jenis latar saya nampak, dan saya juga sedar ada beberapa rakan yang gunakan aplikasi tertentu di telefon pintar masing-masing. 

Amacam? Nak kongsi? Jomlah kita memeriahkan #cabaranprintscreen dan sertai ramai yang sudah mula tunjukkan sesuatu yang mungkin sukar anda nak tengok .... hoho ... dan jangan lupa follow instagram saya di sini - Instagram Lelaki Kacak Malaysia
#Cabaranprintscreen Menerusi Instagram

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

1 Komen so far


EmoticonEmoticon