Bila Anak Mula Nak Membaca Novel

Selalunya Bapak Borek Anak Rintik, kali ini Emak Borek Anak Rintik. Hoho .. wife saya memang seorang yang 'gila' baca novel. Ada banyak koleksi novel yang disimpan oleh isteri saya. Malah, isteri saya sanggup pinjam beberapa novel daripada kawan-kawan dan ipar duai disebabkan minat dan hobi membaca novel.

Disebabkan anak saya selalu sahaja nampak wife baca novel, mungkin di situ timbul minat nak tahu apa itu novel dan membaca. Kata orang tua-tua, belajar menerusi tauladan. Maka begitulah adanya dengan anak saya, si Zikri yang baru darjah satu.

Bila Anak Mula Nak Membaca Novel

Uhh tekun juga nak mengeja satu persatu ayat dalam novel yang wife saya pinjam dari adik ipar yang memang ada koleksi sama banyak dengan wife saya.
Bila Anak Mula Nak Membaca Novel

Saya senyum je tengok gelagat Zikri... sempat juga rakam aksi mengeja...fuh .. lenguh saya nak tunggu satu ayat tu habis. Belum lagi satu perenggan. Dan belum tentu apa yang dieja tu dia faham.... hoho... apapun bagus nampak permulaan sebegini, sekurang-kurangnya dia ada nampak minat nak tahu dan usaha untuk tahu... ye tak?
Bila Anak Mula Nak Membaca Novel

Tips Untuk Dapat Baca Novel Secara Murah

Haa.. kalau anda salah seorang daripada mereka yang gemar baca novel, boleh gunapakai cara wife saya untuk perbanyakkan pembacaan koleksi novel ini. Salah satu caranya ialah dengan tukar suka sama suka - bukan tukar terus tetapi lebih kepada pinjam meminjam. Kalau nak buat, biar dengan rakan terdekat atau sanak sedara yang ada minat yang sama. Jadinya tak perlulah nak beli novel yang sama. Jimat banyak tu untuk minat dan hobi membaca novel.

Kadangkala, ada juga outlet atau kedai yang memberikan servis sewaan novel ni. Kalau tak silap, di tempat saya ada disediakan servis sewa novel ni, dalam RM3 satu novel, pinjam dalam 3 hari. Tempat anda mungkin ada, tapi kena pandailah cari sendiri.

2 comments.. read them below or add one

Nadia Johari Nadia Johari June 09, 2015
tu dia..anak lelaki minat novel
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR June 10, 2015
susah org laki nk baca novel ni

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.