20 Jun 2015

3 Cara Menempah Tiket KTM

Tiga cara menempah tiket KTM. Di dalam musim perayaan, selalunya akan ada masalah untuk menempah tiket pengangkutan awam, terutama yang melibatkan perjalanan pulang ke kampung. Keretapi adalah salah satu pengangkutan pilihan untuk balik kampung terutama untuk mereka yang mahu mencari alternatif yang menjimatkan.

Samada anda tahu atau tidak, terdapat 3 cara untuk menempah tiket keretapi KTM. In Sha Allah, saya akan berkongsikan ketiga-tiga cara ini untuk membolehkan anda membuat pilihan terbaik untuk menempah dan mendapatkan tiket keretapi KTM terutama untuk perjalanan semasa musim perayaan.

3 Cara Menempah Tiket Keretapi KTM

Tempahan tiket keretapi KTM boleh dilakukan menerusi tiga cara berikut:

Tempahan Menerusi Telefon

Tempahan tiket keretapi KTM boleh dilakukan menerusi talian telefon 1-300-88-KTMB (5862) bagi panggilan tempatan atau di talian 603-22671200 bagi panggilan antarabangsa. Tempahan tiket melalui telefon boleh dibuat seawal 30 hari atau selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Nombor rujukan tempahan (ID) akan diberikan semasa tempahan dibuat dan tiket mesti diambil di kaunter berdasarkan tarikh dan masa yang diberikan.
3 Cara Mudah Menempah Tiket Keretapi KTM
Tempahan tiket menerusi telefon juga boleh dibuat dengan menelefon kaunter tiket stesen-stesen keretapi KTM.

Tempahan Menerusi Kaunter

Anda boleh menempah tiket keretapi KTM di mana-mana kaunter keretapi atau Komuter terpilih. Pembelian tiket di kaunter boleh dilakukan pada bila-bila masa di dalam tempoh seawal 30 hari sebelum tarikh perjalanan.
3 Cara Menempah Tiket KTM

Tempahan Tiket KTM Secara Online

Tempahan tiket secara online boleh dibuat menerusi pautan berikut - KTMB E-Ticket. Tempahan mestilah dibuat dalam tempoh seawal 30 hari sebelum tarikh perjalanan. Tiket tidak boleh dibeli secara dalam talian bagi perjalanan kurang daripada tempoh 4 jam dari masa perjalanan. Anda perlu mencetak tiket yang dibeli secara online atau boleh juga gunakan ID tempahan untuk mengambil tiket tersebut di kaunter.

Secara peribadi, saya pernah menggunakan ketiga-tiga cara tempahan tiket keretapi yang dinyatakan, dan saya dapati semua cara di atas adalah mudah. Namun, sekiranya anda mahu membuat pembelian tiket emergency, saya syorkan anda melakukannya di kaunter KTM atau komuter terpilih. Kadangkala, ada tiket  yang telah ditempah dibatalkan oleh pelanggan, jadi anda ada peluang untuk membeli tiket tersebut sebelum keretapi sampai.

Semoga dimanfaatkan sebaiknya informasi ini, in Sha Allah.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

11 Komen

lastime naik ktm yang jauh jauh waktu belajar dulu, dari arau ke seremban. memang jauh giler perjalanan, 12 jam kalau tak silap

sekarang ni kerja pun naik tren, senawang ke kl sentral

Dulu pakai keretapi arang batu .. pastu diesel .. memang lambat .. bising satu hal .. haha... sekrang perghhh ETS laju oo .. pernah naik 142km/j

nice share....dh lma ada keretapi ni utk perjalann jauh..siap ade tempat tidur lagi...tp yelah rmai yg xthu

Samalah kita Zuan...selalu guna tren nak balik Somban...

Kalau kite beli tiket online, nnti tiket tu gi amik msa hari perjalanan tu ke?

Boleh print tiket yang ada kat ticketing online. Skarang dah boleh guna yang print tu, kalau rasa kurang yakin .. bawa je yang print tu dah tukar kat kaunter.

Guna student card utk online booking boleh tak?

Boleh. Ia akan automatik detect. Nanti akan keluar bahagian jenis tiket .. pilih sebagai pelajar .. kalau dah daftar dia akan automatik potong harga tiket

Kalau melalui telefon ada additional charge ke? mcm online?

Maaf tuan, dah tak boleh tempah guna telefon. Kalau menerusi agen mungkin boleh, tapi menerusi KTM dah tak boleh dah.

Kalau kita nak tukar masa perjalanan pd hari yg sama, koc yg sama brapa dia caj penalti?tiket yg nak tukar tu lg 5 hari baru guna..tq


EmoticonEmoticon