Bijak Temuduga

Kereta Merajuk Jika Cerita Nak Kena Jual!

Mitos Kereta Merajuk Jika Cerita Nak Kena Jual!, Harga caj untuk tukar power window Viva dan juga pemeriksaan elektronik

Mitos? Saya ingatkan benda ni hanyalah satu mitos tetapi baru-baru ini, saya alami sendiri. Memang betullah, kata sesetengah orang, kalau nak jual kereta yang sedia-ada, tak boleh bercerita depan kereta tu. Kalau dibuat juga, nanti kereta akan merajuk. Bila dah 'merajuk', mulalah ia buat hal, dan tak pasal-pasal kena keluarkan perbelanjaan untuk pulihkan 'merajuk' si kereta.

Baru-baru ini, isteri saya telah nyatakan hasrat untuk tukar kereta Viva 850 Manual. Antara sebab utama ialah supaya nak memudahkan dirinya gunakan semasa sambung belajar di Universiti Malaya nanti. Saya setuju sahaja memandangkan kereta manual dengan enjin 850cc agak merisaukan saya jika isteri nak gunakan seharian dan untuk ulang-alik dari UM ke Putrajaya. Apatah lagi kalau nak pulang jumpa laki dia ni yang kacak dan anak-anak.

Kereta Merajuk Jika Cerita Nak Kena Jual!

Hasrat tu disuarakan dalam kereta Viva, siap bawa kereta tu pergi jumpa salesman dan dealer kereta terpakai lagi untuk evaluasi harga. Bukan sekali, tetapi dua kali ... memang dah nyata kereta tu akan dijual. Setelah survey harga dan dibandingkan dengan baki hutang kereta yang masih tinggal, nampak gayanya langkah isteri memang langkah kanan. Kereta Viva 850cc Manual boleh dijual dengan harga paling maksima RM12K, ditolak-tolak dengan baki hutang, masih boleh dapat beberapa ribu lagi di tangan. Alhamdulillah.

Bila dah nekad dijual, lepas tu siap anak-anak pun dok bercerita dalam kereta tu, maka berlakulah kejadian yang tidak disangka-sangka.

Kereta Viva warna merah 850cc Manual tidak boleh dihidupkan enjin! Nasib baiklah kereta tu berada di tempat parking dan bukan di tengah jalanraya. Kalau tak, lagi haru dibuatnya.

"Abang, kereta tak boleh start .. meh la datang tengok kenapa kereta ni tak leh start..." kata isteri saya di satu petang.

Mitos Yang Bukan Lagi Mitos?

Haa ... kan. Mitos? Saya pun kongsikan pengalaman ini di facebook, dan lihat betapa ramainya rakan-rakan saya yang mengiakannya. Ada yang siap kongsikan pengalaman sendiri. Hoho ...

Mitos? Kereta akan merajuk secara tiba-tiba bila owner kereta tersebut sebut nak cari kereta baru.........Ramai...
Posted by Hasrul Hassan on Wednesday, 20 May 2015

Saya pun bergegaslah nak tengok apa masalah kereta Viva yang dah masuk atas kertas untuk dijual tu. Perhati punya perhati, tak dapat dipastikan punca masalah. Saya check, bateri kereta ok. Saya chek kabel dalam bonet kereta, semua ok. Enjin tersangkut seperti minyak tak dibakar. Palam pencucuh semuanya ok. Maka, saya pun dapatkan bantuan daripada beberapa mekanik - hanya konsultasi menerusi telefon.

3 Punca Kereta Viva 850 Tak Boleh Hidup Enjin

Sembang punya sembang dengan beberapa mekanik menerusi telefon - saya pun membuat kesimpulan berikut:
  1. Masalah petrol pump (minyak tak masuk ke dalam enjin kereta)
  2. Masalah alternator kereta
  3. Masalah wayar elektronik
Hoho. Sebagai house husband, masalah-masalah kecil kenderaan kena ambil tahu. Ada ketika, walaupun kereta dijaga dengan rapi, disebabkan faktor usia dan penggunaannya yang kerap, boleh timbul masalah lain yang anda tidak terfikirkan.

Disebabkan masalah ini memerlukan penelitian, saya dan isteri setuju untuk hantar kereta ini ke bengkel berdekatan pada keesokkan harinya.

Caj Kereta Tunda Untuk Jarak Kurang 15km

Kereta ditunda dengan bayaran RM60 untuk jarak tidak melebihi 15km. Sebenarnya boleh dapat murah, malahan percuma kalau gunakan servis kereta penunda disediakan oleh Perodua, atau Skim Insurans; tetapi entah .... saya tidak terfikirkan pula. Lagipun, saya minta tolong mekanik untuk uruskan; jadi nak tak nak RM60 kenalah bayar untuk bawa Viva tu ke bengkel si mekanik.

Repair FOC Tetapi ....

Selepas diperiksa, rupanya-rupanya satu wayar telah putus. Tiga orang mekanik yang periksa Viva berjaya jumpa punca masalah selepas hampir 30 minit membelek kereta luar dan dalam. Wayar yang dimaksudkan ialah wayar elektronik ke petrol pump, yang letakkan di bawah tempat duduk belakang kereta Viva 850.

Alhamdulillah, tukar wayar tersebut, kereta terus boleh hidupkan enjin dengan gagahnya.... menderam menderum panjang enjin kereta. Tak ada caj dikenakan!

Tapi biasalah, bila periksa punya periksa tak ada apa yang kritikal nak diganti, mereka pasti cari benda lain supaya boleh buat jualan, tak banyak, sikit pun jadilah... hoho ...

Dan inilah 'akibat' bila dok sembang kereta nak kena jual depan kereta tu ....
Caj computer analysis untuk Viva 850

Caj tukar power window Viva 850cc
Saya repair Viva power window sebelah pemandu yang rosak, kena charge - RM135.00 - ini harga standard. Saya betulkan bracket bonet Viva, kemudian saya setuju mekanik buat analisis komputer. Analisis menggunakan komputer bagi sebuah kereta Viva Manual 850cc dikenakan bayaran RM80. Sedikit pelaburan ikhlas dari saya untuk 'cantik'kan Viva 850 yang nak bertukar tangan. Rasa tak selesa pula bila nak jual kereta yang dah banyak berjasa ini dengan keadaan yang menyedihkan.

Ok. Dengan sedikit info ini, jika anda rasa nak jual kereta anda, elakkan dari bercerita 'depan' kereta tu, takut apa yang berlaku pada saya dan ramai yang lain akan berlaku pada anda juga.

Dan seandainya kereta anda ada masalah lebih kurang seperti di atas, pastikan anda periksa kereta anda betul-betul dan dapatkan mekanik yang benar-benar mahir agar anda tidak terkeluar belanja lebih untuk perkara yang tidak perlu.

Jika nak tips penjagaan kereta yang tip top, anda boleh baca - Mudahnya Menjaga Kereta. Elakkan kereta anda jadi kereta tukun sebelum hayatnya tamat.

Semoga bermanfaat.

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,275,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,632,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,583,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,30,Kekeluargaan,61,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,239,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,303,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,46,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,474,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM: Kereta Merajuk Jika Cerita Nak Kena Jual!
Kereta Merajuk Jika Cerita Nak Kena Jual!
Mitos Kereta Merajuk Jika Cerita Nak Kena Jual!, Harga caj untuk tukar power window Viva dan juga pemeriksaan elektronik
http://2.bp.blogspot.com/-IBhu_kGceMc/VWKRnICcp4I/AAAAAAABCzk/c6-b85uCXyg/s1600/harga-kereta-kena-repair.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-IBhu_kGceMc/VWKRnICcp4I/AAAAAAABCzk/c6-b85uCXyg/s72-c/harga-kereta-kena-repair.jpg
HASRULHASSAN.COM
http://www.hasrulhassan.com/2015/05/kereta-merajuk-jika-cerita-nak-kena-jual.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2015/05/kereta-merajuk-jika-cerita-nak-kena-jual.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Selengkapnya Balas Batal balas Padam By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy