Langkau ke kandungan utama

Single Pertama Caliph Buskers - 'Hanya NamaMu' Serius Best

Single pertama Caliph Buskers - Hanya NamaMu. Pertama kali dengar lagu single pertama daripada Caliph Buskers ini terus buat saya jatuh hati. Lagu sedap. Disampaikan penuh makna oleh Caliph Buskers, single pertama ini diterbitkan oleh KRU Musics.

Hati saya jadi sayu dan pilu bermula pada detik terawal melodi dan lirik lagu Hanya NamaMu ini. Ia menyentuh hati saya. Apatah lagi apabila melihat video muzik Hanya NamaMu Caliph Buskers ini, dimulakan dengan ungkapan Bismillah yang suci.
Single Pertama Caliph Buskers - Hanya NamaMu

Single Pertama Caliph Buskers - Hanya NamaMu

Single pertama Caliph Buskers - Hanya NamaMu merupakan lagu berbentuk ketuhanan yang mencoretkan perjalanan dan harapan anggota Caliph Buskers yang tidak semena-mena menjadi popular selepas dibawakan oleh kumpulan Mojo di pentas akhir AJL29. Persembahan Caliph Buskers nyata istimewa di Anugerah Juara Lagu 29.

Single pertama kumpulan Caliph Buskers ini telah dirakamkan dan direalisasikan oleh KRU Musics di Kru Studio. Ini merupakan kolaborasi kedua di dalam studio antara Caliph Buskers bersama KRU Musics.
Single Pertama Caliph Buskers - Hanya NamaMu

Video Muzik Hanya NamaMu - Caliph Buskers

Jom layan lagu dan video muzik Hanya NamaMu Caliph Buskers. Serius best.

Hayati lirik-lirik yang saya fikirkan sangat best, lagu berunsurkan ketuhanan yang istimewa, terkesan di hati dan meremang bulu roma ... saya siap layan dua tiga kali selepas dengar lagu Hanya NamaMu ini.
Lirik, MTV Single Pertama Caliph Buskers - Hanya NamaMu

Lirik Lagu Hanya NamaMu (Single Pertama Caliph Buskers)

Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang Kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia
Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Lagu Hanya NamaMu merupakan kisah Caliph Buskers, harapan dan impian mereka dengan mencari rezeki sebagai buskers di ibukota. Mereka lihatkan bagaimana Allah S.W.T telah mengatur segalanya untuk menjadikan mereka insan lebih baik, dan bermanfaat pada orang lain walaupun disebalik kekurangan fizikal dan pancaindera.

Pelbagai reaksi positif telah diberikan oleh peminat-peminat Caliph Buskers atas lagu Hanya NamaMu. Malah, ada komen "... lagu sehingga mengalirkan air mata.." diberikan oleh pengguna YouTube.

Bait-bait lagu Hanya NamaMu dirasakan istimewa dinyanyikan penuh pengertian dan makna oleh Caliph Buskers. Ia memperingatkan kita semua bahawa tujuan sebenar kita berada di dunia ini dan impian yang harus dicita-citakan dan digapai oleh semua - Menjadi tetamu di tamanMu nanti.

Saya doakan semoga kejayaan buat Caliph Buskers.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. memang murah rezeki caliph busker lepas ajl

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-jadi-jururawat.html

    BalasPadam
  2. Perhhh ... meremang bulu tengkok dengar time dia 'tarik' tu .. terbaikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bulu lain meremang gak tak? Haha.

      Padam
    2. Hehe.. ada sikit2 juga la, tapi bulu tengkok la yang paling meremang sampai skrang .. hehehe

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…