Info GST - Harga Baru 6 % GST Prepaid Tambah Nilai Maxis Celcom Altel

Harga baru bagi top up atau tambah nilai Maxis, Celcom dan Altel. Baru-baru ada beberapa rakan blogger telah memuat-naik, dan menulis entri berkaitan harga baru tambah nilai bagi beberapa syarikat telekomunikasi Malaysia. Menurut beberapa sumber lain, harga baru bagi top up bagi semua rangkaian telekomunikasi adalah tetap sama dengan harga sebelum GST 6 peratus kerana cukai perkhidmatan yang berkadaran sama juga telah dikenakan pada sebelum GST dikenakan. Jadi, tidak timbul soal harga baru top up akan naik selepas 1 April 2015, kerana cukai perkhidmatan 6 peratus sebelum ini telah ditukar menjadi cukai GST.

Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan telah mengeluarkan senarai harga top up baru dengan diletakkan cukai GST sebagai sebab kenaikan berlaku.

Harga Baru Prepaid Top Up Tambah Nilai Maxis Celcom Altel - Selepas 1 April 2015

Ok. Saya cuba kongsikan satu artikel dari gstmalaysiainfo.com

Sejak sistem perkhidmatan prabayar (prepaid) diperkenalkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (telco), pembelian kredit prabayar (prepaid top-up credit) oleh pengguna dikenakan Cukai Perkhidmatan sebanyak 6%. Cukai ini dibayar oleh syarikat telco dan tidak dikenakan kepada pengguna.

Dengan perlaksanaan cukai GST, syarikat telco boleh mengenakan GST kepada pengguna atas pembelian prepaid top-up kerana undang-undang tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mendakwa bahawa ia menanggung GST bagi pihak pembeli atau pengguna.

Namun, syarikat telco mampu menstruktur semula harga atau pakej perkhidmatan mereka agar pengguna tetap menikmati nilai perkhidmatan yang sama pada harga yang sama walaupun setelah cukai GST dikenakan. Sebagai contoh:
  • Prepaid topup boleh dijual pada harga RM100 termasuk GST, iaitu harga topup RM94.35 + 6% GST = RM100
  • Jika dengan topup RM100 sekarang ini membolehkan pengguna membuat 1,000 minit panggilan/1,000 SMS, telco boleh menstruktur pakej agar RM94.35 tetap memberikan nilai perkhidmatan yang sama seperti sekarang (sebelum perlaksanaan GST).

Ok. Faham tak serba sedikit? Sekarang mari kita lihat beberapa bukti yang telah dikongsikan oleh beberapa rakan blogger yang menunjukkan bahawa pihak telekomunikasi mengenakan caj 6% GST pada perkhidmatan tambah nilai prepaid prabayar ini.



Daripada paparan di atas, anda boleh lihat bahawa Maxis dan Altel mengenakan caj 6% GST untuk tambah-nilai atau prepaid servis mereka tetapi pada prepaid Celcom, tidak ada cukai GST 6% dikenakan.

Menurut beberapa rakan saya, Celcom tidak ada caj GST 6% kerana ianya telah diserap di dalam harga top up berkenaan. Namun, saya ingin kongsikan satu info terkini mengenai kadar baru selepas GST untuk prepaid tambah nilai top up Maxis, Celcom, Altel dan mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Tambah nilai juga dikenakan GST 6% apabila membuat belian secara online di perbankan internet.


Memetik sumber berita MalaysianInsider.com:

Postpaid and prepaid telecommunications services remain unchanged despite the goods and services tax (GST) kicking off today, but other items and services will come under the consumption tax.

The Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) said the 6% GST replaces the old service tax, which was also charged at 6% on prepaid services.

For prepaid services, the prices and corresponding airtime for SIM packs, starter packs and reload coupons were also maintained, it said.

International roaming services by all Malaysian telecommunication companies are classified as zero-rated supply, meaning they will not be subjected to GST.

However, the consumption tax will be applied on mobile devices such as tablets and smartphones, certain contents, applications, and other telecommunications products and services.

“Mobile communications services is a standard rated item under the Goods and Services Tax (GST Act) 2014, and since mobile communications services are neither GST-exempt nor zero-rated items, the industry is required to charge 6% GST charges.

“The 6% GST is collected on behalf of the government in accordance with the GST law and guidelines for all goods and services consumed.

“As a supply and demand forum promoting a self-regulating industry, CFM is confident that all players in the communications and multimedia sector will ensure the smooth and efficient implementation of GST on their goods and services,” CFM said in a statement today.

On their part and through the General Consumer Code of Practice for the Communications and Multimedia Industry (GCC), CFM said it would continue to ensure the interests and rights of the consumers in the telecommunications and multimedia sector were looked after.

It said consumers can also go to its website www.cfm.my and Facebook address consumer.forum.malaysia to view the set of frequently asked questions (FAQ) on the GST implementation. – April 1, 2015.

Ya sepatutnya harga prepaid top up mana-mana syarikat telekomunikasi tidak sepatutnya naik selepas GST dikenakan mulai 1 April 2015. Berikut adalah surat daripada pihak SKMM yang telah dihantar kepada syarikat telco berkaitan.
Tiada GST pada prepaid top up tambah nilai
Dan memandangkan terdapat beberapa bukti bahawa syarikat telekomunikasi menaikkan harga prepaid topup prabayar mereka, maka ramai pelanggan yang telah membuat aduan mereka, dan saya dimaklumkan bahawa pihak Kastam serta KPDNKK telah dimaklumkan mengenai isu ini.
Aduan GST mengenai isu harga prepaid top up


{ 24 comments.. read them below or add one }

Afidah Azmi Afidah Azmi April 01, 2015
memang pun...hari tu tgk tv 1 dia kata topu kalau RM 10 tetap RM 10..taiada RM 10.60 pun..tapi sekarang macam mana??
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 01, 2015
Syarikat telekomunikasi ingat pelanggan-pelanggan bengap gamaknya...
ekjoz buluh ekjoz buluh April 01, 2015
Baru tahu ada surat dikeluarkan mengatakan tax diserap dalam topup. Habis kenapa telco naikkan harga? Patutlah cimbclicks tak boleh topup malam tadi, rupa2nya heng sbb orang topup? Hihihi
Mrs Yatie Mrs Yatie April 01, 2015
alamak. PG salah seorang yang suka topup online T_T
Denaihati Denaihati April 01, 2015
Macam ni pilihlah telco yang serap GST...diaorang ada hak nak tambah atau serap, kita ada hak nak pilih atau tak.....heeee
Ahmad Zaki Ahmad Zaki April 01, 2015
Ini semua tak patut berlaku.

ZH Blogger
hpmurah2u hpmurah2u April 01, 2015
makin parah dah dengan gst ni..
skuterlady skuterlady April 01, 2015
hu3.... boikot lah... boleh? takpun tuka ke telco yg serap GST tu... -.-'
skuterlady skuterlady April 01, 2015
nak beli data internet kat telefon pun kena bayar GST gak. berapa banyak nak caj tax ni?
reezluv reezluv April 01, 2015
first sekali mesti kena warning je..padahal dah bape juta dah untung tu dalam sehari tu je.saman je 200K..murah je bagi depa tu
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah April 02, 2015
Lps ni kena topup manual la,klu online kena charge..huhu
AnonymousAnonymous April 02, 2015
Semua nie punca 'gst' . org cari mkn melalui meniaga sampingan jual topup pown tergugat. nie bkn menyenangkan rakyat,bertambah menyusahkan dan membebankan rakyat . ckp byk pown x guna,sebab ckp lbh skit,kena tangkap,ape sikit kena tangkap,nak ikut cakap depa je.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 02, 2015
Ya. Kita sangat jarang menggunakan hak sebagai pengguna. Bila dah GST, baru semua orang mahu buka mata mengenai CUKAI yang dikenakan. Selama ini kita kena cukai juga, malah lebih tinggi tapi kita DIAM???
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 02, 2015
Ia isu hangat diperkatakan sekarang, almaklumlah semua terkena dengannya. Bila benda dah nampak dan diTELUSkan, maka ramai mula mahu ambil tahu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 02, 2015
Silap. Ia membebankan PENIAGA dan USAHAWAN yang mahu dapat untung lebih. :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 02, 2015
Kita mula diajar untuk lebih berdikari.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 02, 2015
Bergantung dengan Telco yang anda gunakan.
Mrs. A Mrs. A April 02, 2015
Pilihan ditangan anda jadi pilihlah dengan bijaksana.
L314 0M4R L314 0M4R April 02, 2015
Jangan salahkan sykt telco 100%. Mungkin mereka dah mengikut akta GST yg ditetapkan yakni harga rm10 byr rm10. Tapi mungkin sesetengah peniaga mengambil kesempatan dan menegenakan extra 6% pada bayaran dgn alasan GST. Perkara mcm ni kita perlu semak dgn telco berkenaan dn klu sahih peniaga yg salah, aduan harus kepada peniaga. Itu baru reload coupon yg kita nampak. Mungkin ada brg ain lagi yg dikenakan 6% tambahan harga oleh peniaga.
Sentiasa Panas Sentiasa Panas April 02, 2015
Tanpa GST pun syarikat telco sebelum ini kenakan caj tersembunyi yang luar biasa tinggi peratusannya..
AnonymousAnonymous April 02, 2015
xpayah pening2 soh tukar telco..tukar kerajaan terus..senang..
AnonymousAnonymous April 06, 2015
Tahun bila harga topup tel dgn sst 6%?

Sebab ingat lg berita bape thn lepas telcos xnak absorb sst 6%.
Then gov masuk maka telcos serap sst.

Maksud serap adalah.
Harga 30 topup sst 6%
Maka telcos xkenekan sst 6%.


Pengajaran jika anda beli emas ke apa2 ke dgn iklan kami serap gst jika bil anda ade nilai gst anda ditipu
Cth harga dijual 31.80 kami serap gst
Anda tgk bil anda harga 30 dan gst 1.80

Faham?
Onexox Onexox May 03, 2015
Putrajaya bakal kehilangan sejumlah RM800 juta pulangan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya cukai terhadap kad prabayar berkenaan dihapuskan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Handal GST ni..
MAT NOR MAT NOR May 27, 2015
Top up masih ada GST. Saya beli top up online kat 11street.my ada GST tapi saya tak kisah sebab promosi sekarang dapat 10% credit that mean saya dapat credit 1.06 @ RM 1.06 yang saya boleh guna untuk next purchase if beli top RM 10.60 termasuk GST saya perlu bayar hanya RM 9.54. Jika masih ada promosi yang sama saya dapat credit 1.06 @ RM 1.06 untuk 2nd purchase jugak. So consider masih jimat. Singgahlah blog saya jika nak tahu pasal 11street.my

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.