Tips buat lelaki bila pasangannya datang bulan. Berapa ramai agaknya antara kita terutama lelaki yang arif tentang wanita? Hmm dari satu sudut mungkin ramai lelaki hebat, seperti hampir tahu segalanya. Namun, kadangkala ada lelaki yang kurang ambil peduli. Apatah lagi kepada lelaki yang kini sedang berkasih. Perlu tahu dan ambil peduli. Suami-suami pun kena ambik port,  bukan apa, pasangan kita adalah teman kita sepanjang masa. Kalau kita tak ambik kisah mengenai diri mereka, bermakna .... erkk adehhh ..fikir sendiri la ye.


Ok. Saya nak kongsikan sedikit panduan ini buat tatapan lelaki-lelaki. Sedia maklum, antara perbezaan ketara lelaki dan perempuan ialah .. perempuan akan alami haid. Dan bila haid ini, ia berkaitan dengan hormon. Bila hormon2 terganggu pada seorang perempuan, emosi dia juga tidaklah begitu stabil. Awas, anda (lelaki-lelaki) mungkin akan terkejut bagaimana emosi yang terganggu ini boleh menjejaskan perhubungan anda.

So, sila ambil tahu ... kita kan lelaki yang caring .... uhhh ... lalalalla ..
Tips Buat Lelaki Bila Pasangannya Datang Bulan

Tips Buat Lelaki Bila Pasangannya Datang Bulan


Bila pasangan anda datang bulan (haid) ....
  • Bila buat temujanji dengan pasangan anda, jangan sesekali datang lewat walau seminit pun. Ini akan membuatkan pasangan anda meradang tak tentu pasal .... sedangkan ia bukanlah perkara yang besar atau anda punyai alasan sendiri. Masa amat penting dan genting apabila mereka sedang dalam keadaan beremosi.
  • Kalau selalu calling2 ... pastikan telefon anda cukup bateri. Tak mahulah time ni dia call, tetiba tak dapat. Sure anda akan jadi serangan emosinya yang tak stabil.
  • Jangan bercerita tentang kehebatan pompuan lain depan dia time mood pms menguasai dirinya.
  • Jangan buat lawak bodoh dengan membatalkan temujanji korang bersama awek korang tu.
  • Kalo dia call jangan nak berani² machokan diri dengan berkata "U call i kejap lagik la sayang, I bizi sekrang ni".
  • Bila pasangan anda tengah pms, jangan cari pasal dengan bertanyakan soalan-soalan bodoh dan tak masuk akal. Kalau nak buat lawak pun ... pada2 skit. Cuba korang buat lawak depan harimau yang tengah sakit gigi ... berani?
  • Bab pinjam duit time2 dia meradang dengan PMS ni ... eloklah dielakkan ...walaupun 50 sen hatta nak beli secawan teh ais.
  • Dan yang pasti, elakkan diri dari buat perkara yg pasangan anda tak suka!

Haha. Ok. Semoga dimanfaat sambil terhibur dengan entri ini.


Sumber: mesra.net
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

12 Komen

hahahhahaha..
nak tergelak aje..

teruknya,,sampai mcm skali emosi tak stabil?? lalalalla

Reply

hahahhahaaa...
betol2..sy sbgi seowg pmpuan setuju sgt2..haha
emosi tak stabil kan tyme ni..wakakaka
tp kalo sape sape pempuan yg leh cool lagi..okey la..huhu

Reply

hahha...org ppuan memang pelik klu..datang bulan..

Reply

hahhaha...harimau sakit gigi ye....

Reply

haha..memang betul tu..apatah lahi kalau si wanita memang seorang yg emosi tinggi..

Reply

hahah betul betul neh..kalau dengan mak pom,mcm ni la cara nk elak dari kene rotan free free jer..haha

Reply

tapi yang peliknya.,
Kitew kalau PMS hormon okey pulak.
kalau tak nak mengamuk jer kerja..

Reply

Hahaha.. uhhh terbalik kot ye

Reply

betul, wanita time macam nih jangan cari pasal sangat.. memang mencari penyakit namanya..

Reply

hehe...setuju...tapi kadang2 tak perasan pulak mood tu jadi macam tu..mungkin orang sekeliling yang perasan.. ^^

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.