Tips Blog Lebih Pantas Loading

Saya nak kongsikan tips untuk blog lebih pantas loading. Anda ada masalah dengan blog anda atau anda bermasalah dengan blog yang lambat load (macam blog ini .. hehehe)? Kalau lambat loading, tentu ramai yang susah nak singgah blog anda .. dan mungkin akan menyebabkan mereka tak mahu ulang datang lagi ke blog anda.

Ada ketika, blog dan laman web yang ambil masa untuk dipaparkan akan buat pengunjung marah. Bila jadi begitu, maka blog akan kehilangan pembaca. Nak pengikut? Uhh jangan haraplah.

Bagi sebuah blog baru, kepantasan loading blog amat penting. Inilah senjata utama untuk tewaskan blog-blog lama yang sudah semput. Blog baru mesti ada ciri-ciri untuk pantas loading. Blog baru mesti berada di depan bila ambil kira kepantasan loading blog ini.

Tips Blog Lebih Pantas Loading

Tips Blog Lebih Pantas Loading
Blog yang tidak ambil masa lama dipaparkan bukan sahaja disukai oleh pengunjung baru, tetapi juga oleh robot enjin carian. Walaupun sesebuah blog itu tidak mempunyai ciri-ciri teknikal sebuah blog yang mesra SEO, tetapi disebabkan oleh pantasnya ia menyalurkan maklumat dan info dek kerana loading yang ringan, maka ia akan disukai.

Kemungkinan ini juga akan membuatkan blog tersebut berada di top enjin carian; jauh meninggalkan blog-blog lain yang kononnya ada template mesra SEO dan diuruskan pula oleh kononnya pakar seo.

Sebab Blog Lambat Loading

Antara penyebab yang buatkan blog jadi berat dan lambat dibuka atau loading ..
  1. Terlalu banyak widget yang tak perlu
  2. Ada muzik/video yang streaming kerana streaming akan makan buffer untuk load page
  3. Foto yang ada bersaiz besar dan perlukan pelayar internet untuk recalculate margin dan pixel size untuk sesuaikan dengan paparan di blog dan pc.
  4. Terlalu banyak link yang melibatkan snapshot/preview gambar
  5. Pc si pengunjung memang lembab! dan internet connection s@cks!

Uhh yang last tu tak tahan tu .. hehehe . ... ok dah kasik sebab lambat jadi faham2 lah cara nak bagi ringan. Lagi satu, saya kasik satu tip mudah nak bagi blog kita cepat load. Caranya adalah dengan cramp kita punya html atau coding blog kita.

Caranya buka html editor dalam blogger.com dan cuba kurangkan ruang kosong antara baris code html. Selalunya antara widget dalam coding html akan dijarakkan dengan satu line .. jadi hapuskan line kosong tersebut. Anda juga boleh guna software tertentu yang terdapat secara percuma online. Hantar code html anda dan dia akan susun dan cramp coding anda dengan sendirinya. Cubalah cari di Google atau Yahoo Search yer.

{ 12 comments.. read them below or add one }

n!da n!da December 24, 2010
good info.
tengs. ^^
Invisible Me Invisible Me November 30, 2014
Baca tips berguna dari HH. Thanks :)
Nor Fauzah Samid Nor Fauzah Samid November 30, 2014
saya ada kemusykilan dgn saiz foto..berapa saiz yg sesuai ya? n kalau saiz asalnya besar, perlukah saya adjust saiznya siap2 sebelum upload, atau pun cukup dengan upload baru buat "custom size" (di wordpress)? mohon pandangan kalau ada. :D
Sally Yatiey Sally Yatiey November 30, 2014
Thanks Encik HH! Berapa lama masa yang sesuai loading lebih pantas ye?
blogger lelaki blogger lelaki November 30, 2014
ada masa free nanti nak cuba tips cramp tu la..nak buang lompong sikit
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 30, 2014
Tahniah. Bila blog mudah nak lawati, maka in Sha Allah, orang akan suka ... nak buat derang melekap, sajikan dengan entri yang sedap dibaca dan didengar halwa telinga.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN November 30, 2014
Mesti kurang dari 5 saat. Kalau lebih jangan lebih sampai 10 saat. Kalau lebih 10 saat, pastikan blog itu berbaloi untuk dibaca.
BM BM November 30, 2014
Dah cuba untuk pantaskan loading blog tapi masih gagal. Harap ianya tidak sampai menyusahkan pengunjung. Thanks HH
Nur Misnan Nur Misnan December 01, 2014
cuba loading blog saya. slow x bos..
bz the witch bz the witch December 03, 2014
hahaha...no.5 tu yang tak tahan tu hehe...
Zaini Zaini January 04, 2015
Dah cuba. Masih lagi bawah 10s. Terima tuan HH. Sangat membantu.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.