Mainan Sesuai Buat Si Comel

Mainan buat si kecil. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan kelahiran baru.... satu perkara yang perlu difikirkan untuk bayi ialah apakah permainan yang sesuai untuk mereka. Yelah .. bukan semua mainan itu sesuai dengan bayi yang baru nak mengenal dunia. Ada yang boleh mendatangkan mudarat. Jadi, kena pilih permainan yang sesuai untuk bayi.

Saya sebagai bapa kepada 3 anak bukanlah pandai sangat pun tentang barang mainan kanak-kanak ni. Tapi kebiasaannya, bayi yang kecil sukakan objek yang bergerak dan berwarna terang. Dan mereka suka melihat wajah yang hampir sama dengan mereka... tu sebab baby akan senyum-senyum bila kita letak baby duduk depan cermin.

Mainan Sesuai Buat Bayi Comel

Mainan Sesuai Buat Si Comel

Dengan merujuk Majalah Pa dan Ma, alat mainan yang sesuai bagi bayi ini boleh dikategorikan kepada yang berikut:
  • Mainan yang boleh dipicit dan dihisap. Jangan berikan mainan yang terlalu kecil takut tertelan dan akan akibatkan baby tercekik .. uhh bahaya ni.
  • Mainan bergerak.
  • Mainan lembut seperti bebola. Anak saya semuanya suka bola masa kecik .. macam2 bola ada, kecik beso... belang2 .. semua kaler ada.
  • Cermin atau gambar. Gambar boleh lekatkan atau letak dalam frame plastik dan letak kat tepi katil baby.

Saya awal perkahwinan memang jadikan majalah Pa dan Ma ni sebagai rujukan. Ada tips yang baik boleh diikuti.

{ 7 comments.. read them below or add one }

n!da n!da December 20, 2010
papa mithali nih.
hehe ^^
Mak Jemah Jual Vitamin Mak Jemah Jual Vitamin November 30, 2014
dulu suka beli pa& ma jugak tapi bila anak dah semakin besar dah lupa nak beli:)
Ammar Ammar December 01, 2014
Bila baca entri ni tiba-tiba rasa macam tak sabar nak kahwin. Hahahaha. Isteri kawan saya semalam selamat melahirkan anak. Baby girl katanya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN December 01, 2014
Ohhh tahniah padanya sebab dapat baby girl.
yoorin melacolea yoorin melacolea December 01, 2014
tau xpe bang.. my baby dah nak setahun, tapi semua benda dia nak kutip bawak masuk mulut... sobbsss..kekdahnya suami sy belikan mainan memang lagi besar dari dia lahh.. hahahaha..camne ntah nak ajar tak nak bg masuk mulut ni ye
Nor Fauzah Samid Nor Fauzah Samid December 02, 2014
masa anak pertama, byk kali juga bila dah excited tgk mainan comel tue terus rembat je, xpk sesuai ke tdk dgn umur. terpaksalah simpan smpi anak blh nk main. hehe.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.