Langkau ke kandungan utama

Hilang Fokus Kemaskini Blog

Hilang fokus. Benda biasa berlaku, apatah lagi buat blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog Malaysia. Jika blogger baru tu, mungkin jarang sikit kot sebab fresh lagi kan .. mesti banyak idea. Lagipun, blogger baru ni rajin, tak macam blogger tua cam saya ni yang makin lama makin hilang fokus untuk menulis dan update blog setiap hari.

Saya sebelum ini pernah cerita, bila blogger tak ada idea, paling bagus dilakukan ialah dengan bercuti, bebaskan diri dari merasakan dibelenggu. Bercuti yang betul-betul - tak yah bawak laptop, tak yah ada line internet. Kena biarkan diri bebas betul-betul ...  berikan masa untuk manjakan diri sendiri atau bermesraan bersama keluarga.

Cara Untuk Kembalikan Hilang Fokus Kemaskini Blog

Saya selalu juga pergi bercuti. Kadangkala saya pergi bercuti secara ad-hoc je. Tak planning, rasa cam nak pergi, maka saya pun beritahu isteri dan anak-anak. Kadangkala, benda tu cakap pada pagi .. petang tu dah gerak gi bercuti. Alhamdulillah, selalu bercuti gini menjadi je, walaupun ia sebenarnya boleh meningkatkan belanja keluarga sebab tidak terurus.

Saya syukur pada Allah S.W.T, sebab saya sentiasa diberikan rezeki yang baik dan murah. Ada sahaja kemudahan yang Allah berikan pada kami sekeluarga bila time nak bercuti gini. Untung juga jadi blogger yang tulis review dan advertorial ni, dah kenal client yang buat macam-macam bisnes, terutama bisnes homestay.... jadi kalau pergi luar kawasan, ada kawan2 ini yang saya boleh hubungi untuk dapatkan tawaran homestay.

Hilang Fokus, Usaha Pun Jadi Longlai

Bila hilang fokus dalam blogging, tak ada idea untuk tulis entri, semangat rasa luntur nak teruskan aktif dalam dunia blog Malaysia ... maka, saya sarankan anda untuk bercuti. Bercutilah dengan sebenar cuti. Bebas minda anda, dan nikmati hidup sepertimana dunia ini baru nak bermula.

Hilang fokus ni kadangkala sebab kepala otak kita terlalu banyak fikir. Itu ini kita fikirkan. Dah fikir, kita tambahkan risau dunia pula pada diri, jadi makin tensionlah. Tension-tension, buat apa benda pun jadi tak kena, haru biru lagi adalah. Kalau risau pasal akhirat lainlah, fikir pasal agama boleh dapat pahala, in Sha Allah.

Bercuti adalah salah satu cara nak kembalikan fokus.

Jika tak mampu nak pergi bercuti, cuba kaedah ini - blogwalking dan juga komen blog orang lain. Adakalanya ia boleh bantu untuk berikan idea menulis dan perbetulkan hala tuju dalam blogging. Macam pergi bercuti juga .. cuma anda tidak fokus pada blog anda, tetapi fokus pada blog orang lain. Anda baca blog rakan blogger lain, dan komen jika perlu dan patut. Dan komen pula mesti bebas risau, mesti tenang, mesti dalam keadaan minda terbuka .. tak mo bawa perasaan sebab ia tidak bagus untuk diri.

  • Hilang fokus - blogwalking.
  • Hilang fokus - bercuti bersama diri sendiri dan keluarga.
....
  • Hilang fokus .. boleh dapatkan nasihat dari mereka yang ada fokus (bukan Ford Focus).

Bila dah kembali fokus, anda patut sudah clear minda  .... dan nampak jalan-jalan baru dalam dunia blog Malaysia.

Komen

  1. Jangan hilang fokus bertahun-tahun pula..:(

    BalasPadam
  2. hujung thn biase hilang fokus..hehehe

    BalasPadam
  3. Takpe hilang fokus, jangan hilang punca pencarian je...yang penting sentiasa cuba untuk fokus...

    BalasPadam
  4. Selalu gak hilang fokus nak update blog..

    BalasPadam
  5. kalau dah hujung2 thn nie kan

    BalasPadam
  6. salams pagi jumaat...:)
    hujung tahun biasaya lebih bussy dengan bercuti....update pon mesti lambat:)

    BalasPadam
  7. haha . kadangtu rasa hilang fokus juga bila dah bosan dengan rupa blog sendiri . hee :3

    BalasPadam
  8. menarik! bila hilang fokus sepatutnya berblogwalking dengaan lebih banyak lagi kan. biasa apa yg mak jemah buat bila hilang idea nak tulis entry, kena tutup lappy, jauhkan hp dan duduk baring kat katil kejap dan releasekan minda dari fikir tentang tu. Buat dalam setengah jam gitu lepas tu insyaAllah boleh kembali balik idea-idea...

    BalasPadam
  9. akibat terlalu kerap sangat berjalan pon boleh hilang fokus gak bro HH.... ekekeke.... sy tengah cari momentum semula dengan BW ... harap2 idea datang mencurah2... :)

    BalasPadam
  10. Saya pun tengah hilang fokus nak buat entry apa ni.so jenjalan cari 'makan' nak curahkan di blog nanti

    BalasPadam
  11. Ford Focus mampu pandang je...hihi
    apa2pon, thanks for sharing...mengingatkan untuk fokus kembali

    BalasPadam
  12. Setahun sy hilang fokus. Baru ade mood berblogging semua.
    Nie pn mcm nk jatuh balik..hihi
    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
  13. kadang2 ni hilang fokus boleh jadi bila banyak sangat benda nak buat dalam satu-satu masa :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.