Langkau ke kandungan utama

Tips Elak URL Blog Dianggap Spam Dalam Facebook

Ramai blogger yang mengadu apabila mereka kongsikan link atau url blog menerusi Facebook, link mereka akan dianggap sebagai spam. Ada banyak sebab perkara ini berlaku, in Sha Allah, di dalam entri ini saya akan berikan sebab-sebab ia berlaku, dan lanjutnya memberikan tips untuk elak url blog anda dianggap spam dalam facebook.

Sebelum ini, saya pernah tekankan mengenai teknik-teknik untuk kongsikan entri blog anda di laman sosial Facebook. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawasanya Facebook sudah agak sensitif dengan perkongsian link ini. Terutama sekali link-link yang berunsur perniagaan, yang sama sekali merugikan mereka. Itu sebab FB ada FB ads yang mahukan sesiapa sahaja yang mahu promote link tertentu terutama di dalam FB page dikenakan caj supaya lebih ramai klik pautan diberikan.

Tips Elak URL Blog Dianggap Spam Dalam Facebook


Tidak boleh nak persalahkan sistem yang ada di dalam Facebook, sebab secara asasnya ia adalah tempat sosial dan bukan tempat untuk promosi perniagaan atau servis secara percuma. Namun begitu, pengguna Facebook masih lagi boleh untuk kongsikan link tanpa masalah asalkan ikuti teknik yang saya akan beritahu ini.

Kod Id Facebook Elak URL Dianggap Spam

Untuk membolehkan anda kongsikan link blog tanpa dianggap spam oleh sistem keselamatan Facebook, anda kena masukkan kod berkaitan Facebook di dalam kod HTML blogspot anda. Masukkan kod tersebut di bahagian head blogspot anda. Ia merupakan kod meta tag untuk memberikan signal bahawa anda adalah pengguna Facebook yang berkongsi sesuatu yang baik untuk rakan-rakan sosial di dalam Facebook.


Kod di atas anda letakkan di dalam HTML blogspot anda selepas head blogspot. Tak faham? Nanti saya tempekkan contohnya ehhh ... ok tapi sebelum tu, saya nak beritahu cara nak dapatkan ID Facebook yang dinyatakan di dalam kod di atas. Pastikan anda tukarkan id tersebut dengan id Facebook anda ...jangan lupa tu.

Untuk ketahui id Facebook tersebut, cuba buka Facebook anda dan lihat bahagian ini:

Ok. Bahagian saya bulatkan tu ialah id Facebook anda.

Sekarang, nak dapatkan No Id Facebook, anda perlu ke pautan ini: http://findmyfacebookid.com/

Sebagai contoh, saya gunakan url facebook rakan blogger +Bin Muhammad





Masukkan url Facebook anda dan anda akan diberikan No Id Facebook, masukkan nombor id tersebut di bahagian kedua kod di atas. Mudah je kan?

Hasilnya ia akan nampak seperti ini di dalam kod HTML blogspot anda, saya berikan contoh kod HTML yang saya punya, ianya adalah unik untuk setiap pengguna Facebook, pastikan anda letakkan kod id Facebook anda yang betul, jika tidak anda akan kehilangan merit untuk blog anda nanti.

Antara blogger yang pernah tulis mengenai masalah ini adalah rakan blogger +Yumida Huda di dalam entri ini - Link Blog Dilabel Spam dalam Facebook

Kenapa URL Blog Dianggap Spam?

Masalah ini boleh timbul akibat banyak sebab, antaranya:
  • Perbuatan melampau kongsikan link url atau blog di dalam Fanpage mahupun Group Facebook.
  • Ada pengguna Facebook tag link atau url blog anda sebagai perbuatan spam dan not appropriate.
  • Link blog anda punyai jangkitan malware yang boleh ancam keselamatan pengguna lain yang klik.
  • Blog anda penuh dengan iklan pop-up dan automatik Facebook anggap ia bahaya untuk dilawati.

Semoga entri ini berikan jawapan untuk masalah url blog dianggap spam oleh Facebook. Kongsikan entri ini supaya ramai blogger Malaysia tahu mengenainya.

Oh ya, lupa nak beritahu. Selepas aplikasikan teknik dan tips ni, pastikan anda clear cookies pada browser anda, logout FB dan blog, dan kemudian cuba kembali.




Lagi Komen Pembaca ...

  1. oooo macam tu yea..tapi kalau untuk wordpress pula macammana yea nak tau tu spam ke tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm tu kena tanya mereka yang pakar dengan Wordpress .. boleh tanya hadizil din ... :)

      Padam
  2. Terima kasih Sifu!
    Mama dah buat.. TQ

    BalasPadam
  3. setakat ni, tak pernah lak link blog saya dianggap spam. alhamdulillah

    BalasPadam
  4. masuk kali ni dah dua kali kena :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba cara ni, mungkin ia dapat membantu.

      Padam
  5. Thanks bro, Zam dah apply kan dekat blog.. nt nak test ping entri kt fb

    BalasPadam
  6. Waaahh terima kasih encik hasrul... atas perkongsian... semua ni terjawab dalam persoalan sy dalam wassup tempoh hari... terima kasih banyak2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga cara ini dapat pulihkan permasalahan yang dihadapi.

      Padam
  7. walaupun blog sy belum pernah dicop sebagai spam tak salah kalau mencubanya sebagai langkah pencegahan awal kan.. :)

    BalasPadam
  8. Tak pernah jumpa lagi url kita dianggap spam. Semoga ianya tidak berlaku.

    BalasPadam
  9. setakat ni takde lagi le..sebab share entri pun tak banyak mana..:D

    BalasPadam
  10. terima kasih atas perkongsian, sy dah pun praktikkan dlm blog sebentar td
    masalah spam tu.. masih lg menghantui url blog sy everytime post kat FB
    pernah buat report kat FB byk kali, tiada perubahan pun
    join group khas utk settlekan link blog yg dianggap spam fb, pun x menjd
    malah pernah minta kwn2 tick pd kotak 'not spam' kat link tu, pun x berganjak gak status spam
    macam2 ikhtiar, gagal nak remove spam tu
    kalau tuan HH ada cara nanti kongsikan caranya sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba refresh atau clear cookie browser anda.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. eh kejap. bila sy nak post ke fb, sy kena isi verification word. mcm mula2 sy dpt spam warning tu. tapi kan, bila di klik artikel kat fb, dah xde spam lagi.

      terima kasih sifu HH! perkongsian yg sgt bermanfaat!

      Padam
    4. sy dah clear cookies. alhamdulillah, link kat fb dah blh direct ke blog sy. thanks sifu HH atas perkongsian yg sgt bermanfaat ni!

      lepas letak kod kat atas, url blog dah blh diakses menerusi fb.

      cuma artikel sy yg lama, masih ada connection dgn spam warning. perlu or x sy remove artikel lama tu?

      Padam
    5. Alhamdulillah, saya tumpang gembira kerana entri ni dapat bantu.

      Hmm jangan remove, cuba jadikan ia draft sekejap, dan publish semula. Rasanya ok kot. Jika tak boleh republish balik dengan masa berlainan. Ini cadangan saya.

      Padam
    6. Alhamdulillah .. saya suka, saya seronok dapat bantu.

      Padam
    7. oh x tahu pulak saya pasal buat draf ni. buat melalui status asal fb tu erk? kat mana nak setting draf dia? cuma ada button edit & finish editing je. macam mana nak buat republish melalui fb?

      Padam
  11. saya dah cuba tapi masalah yang sama tetap berlaku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum anda kongsikan ke Facebook pertama kali sebelum guna teknik ni, cuba clearkan cookies dulu. Mungkin cookies masih tak simpan id tu .... :) selamat mencuba.

      Padam
  12. Adeh! Itu rupanya numeric ID... Glamer kejap kat sini... :) Thanks tuan HH.
    Harap2 jangan lah terkena masalah spam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah kena sebelum ni, tapi skrang alhamdulillah, dah ok.

      Padam
  13. wahh..trima kasih en. HH.. inshaAllah kejap lg husna apply..tak nak lah link blog dianggap spam oleh fb lg..huhuuh.. terima kasih ye..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm beringat sebelum kena, guna cara ini untuk elak sebarang kemungkinan.

      Padam
  14. terima kasih, baru tahu. Lepas ni boleh cuba.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak terus dalam blog sebagai langkah berjaga-jaga, lagipun ia baik untuk Google PR dan juga SEO.

      Padam
  15. tak pernah kena lagi sebab jarang sangat share url kat fb

    BalasPadam
  16. Terima kasih tuan di atas perkongsian yang baru saya tau ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Semoga ia berikan manfaat kepada anda.

      Padam
  17. Saya memang paling kuat promosi link kat facebook,.thanks for the info
    Usahawan Prepaid

    BalasPadam
  18. Alamak tak menjadi pulak teknik ni. Dah clear cookies, logout, id dah ada pun tak menjadi juga..mohon bantuan bro.

    BalasPadam
  19. thanks sharing.. nt akan cuba.. baru skali kena spam. agak kecewa jugak la..hehe

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum.. Alhamdulillah, teknik ni berjaya.. kalau dulu memang tak dapat ping link blog sendiri dengan aman kat FB.. asyik dpt verification tu je.. link dicop SPAM...

    Apapun kena tunggu lama sikit untuk masalah tu hilang selepas masukkan coding tu.. bukan terus ok on the spot.. tapi berbaloi mencuba sebab berjaya :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.