Kisah Benar Sahabat Saya Ketika Koma

Kisah Sahabat Saya Ketika Koma, Maksud dan peringkat koma

Kisah sahabat saya yang pernah merasai koma seketika, ibarat roh yang sudah sedia menerima kehadiran Malaikat Maut. Bagi saya, sahabat saya ini sangat bertuah walaupun kita yang berada di samping melihat keadaannya berasa sangat kasihan dan syahdu.

Bila bercakap soal koma ni, saya teringat banyak cerita-cerita tentang koma. Koma adalah satu status keadaan diri seseorang yang misteri, nak kata mati pun tidak, nak kata hidup pun tidak. Boleh diibaratkan berada di antara dua alam, antara dunia dan alam roh. Roh masih belum secara totalnya keluar dari tubuh, dan tubuh pula secara totalnya juga belum ada keseluruhan rohnya.

Maksud Koma

Klinikalnya, koma adalah kondisi ketidaksadaran jangka panjang yang penderitanya tidak dapat terangsang, bahkan dengan stimulus yang paling menyakitkan sekalipun. Ia bukan penyakit, dan ia hadir tanpa alert. Ia boleh berlaku hatta kepada orang yang nampak normal sekalipun.

Koma adalah suatu keadaan di mana pesakit tidak memberi tindakbalas kepada persekitaran dan tiada komunikasi dengan dunia luar. Pesakit kelihatan seperti tidur, tetapi sebenarnya mereka telah melewati keadaan tidak sedarkan diri yang lebih jauh daripada tidur. - Dr Zamzuri Idris, Pakar Bedah Otak dari Jabatan Neurosains, Universiti Sains Malaysia

Awal tadi, saya katakan bahawa misteri koma ada kaitan dengan roh seseorang. Saya nak bicara lebih soal ini, memang jauh dari kearifan diri. Hal dunia roh bukanlah untuk dibincang secara terbuka tanpa guru. Ia soal alam ghaib. Hanya orang yang ada pengetahuan luas dengan sumber yang afdal percaya boleh kita dengar dan bincang.

Peringkat Koma

Koma ada banyak peringkat. Dari segi klinikal peringkat tersebut boleh dibezakan dengan beberapa ujian tertentu.

Pakar-pakar perubatan mengklasifikasi koma megikut Skala Koma Glasgow berdasarkan pergerakan mata, tangan dan bunyi suara. Setiap pergerakan ini dicatat dan dijumlahkan bagi mengkategorikan pesakit samada koma ringan, sederhana atau teruk. - Dr Zamzuri Idris

Ok. Berbalik pada kisah sahabat saya.

Kisah Sahabat Saya Bernama Bob Ketika Koma

Kisah Sahabat Saya Ketika Koma
Sahabat Saya Bob Dalam Keadaan Koma

Sahabat saya bernama Bob. Dia telah merasai saat-saat berada di dalam koma. Dan alhamdulillah, Bob telah sedar dan kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Bob koma setelah menjalani satu pembedahan di dalam perut. Awalnya Bob dah sedar dan stabil, namun takdir Allah S.W.T yang sentiasa mahu menguji hamba-hambaNYA, Bob ditakdirkan merasai misteri berada di dalam koma.

Ramai yang kata, apabila seseorang itu berada di dalam koma, dia akan didatangkan dengan pelbagai mimpi. Ada yang terima mimpi ngeri, ada pula yang terima mimpi yang indah. Namun, kebanyakkannya adalah mimpi penuh misteri. Adakah mimpi-mimpi ini hadir dalam keadaan koma dengan firasat tertentu?

Untung saya, Bob dengan rela hati berkongsi kisahnya yang sekelumit tetapi penuh makna buat semua.

Saya kongsikan status sahabat saya bernama Bob ini kepada anda. Mungkin ada sesuatu yang boleh diambil iktibar dan pengajarannya.

Kalimah Allah Cahaya Putih Terang

Kisah Sahabat Saya Ketika Koma
Kisah Bob ini hanyalah satu daripada banyak cerita-cerita pengalaman orang yang merasai saat koma ini. Apakah rahsia di sebalik koma ini?

Koma secara amnya ada empat peringkat. Ia bergantung dengan pemeriksaan neurologi. Empat peringkat tersebut ialah peringkat jaga, keadaan tidak bertenaga, keadaan stupor (tidak boleh berfikir atau mendengar) dan koma.
Doa hilangkan kesusahan

Semasa kita dalam keadaan sedar, sel-sel otak iaitu neuron adalah aktif. Ia menghantar signal kepada jiran-jirannya dan wujud interaksi yang sangat banyak. Tetapi semasa koma, sedikit sahaja aktiviti wujud di dalam otak pesakit, kerana sel saraf sedang sakit tetapi terpaksa terus bekerja bagi menghidupkan tuannya.

Misteri koma terjawab dengan menyelongkar ke sebuah ’dinding’ yang memisahkan di antara minda sedar dan bukan sedar, iaitu Sistem Pengaktifan Retikular (RAS). Bab ni anda boleh cari sendiri, in Sha Allah akan jumpa dengan apa yang dimaksudkan dengan RAS.

Harapnya perkongsian serba sedikit ini bukan sahaja mengingatkan kita bahawa kelak nanti, semua kita akan menemui Maha Pencipta, yakni Allah S.W.T. Dan beruntungnya mereka yang telah diberikan peluang hebat untuk merasai sedikit sebanyak apa itu alam roh yang sememangnya menjadi misteri alam ghaib tidak tercapai akal manusia.

Semoga pengisian ini dijadikan muhasabah diri.


COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,50,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,335,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Kisah Benar Sahabat Saya Ketika Koma
Kisah Benar Sahabat Saya Ketika Koma
Kisah Sahabat Saya Ketika Koma, Maksud dan peringkat koma
http://3.bp.blogspot.com/-7EQDPXmhpKc/VAlrTsaXbPI/AAAAAAAA6NA/O12bUD12fUc/s1600/kisah-pesakit-koma.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-7EQDPXmhpKc/VAlrTsaXbPI/AAAAAAAA6NA/O12bUD12fUc/s72-c/kisah-pesakit-koma.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2014/09/kisah-sahabat-saya-ketika-koma.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/09/kisah-sahabat-saya-ketika-koma.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy