Langkau ke kandungan utama

Bila Semangat Berblog Menjadi Luntur

Sindrom ini memang semua orang akan rasa. Semangat berblog akan jadi luntur. Saya dah banyak perhatikan, ramai rakan blogger yang tewas meneruskan hobi menulis blog ini dek kerana lunturnya semangat. Dan saya, akui ia juga berlaku pada diri sendiri. Bila semangat menjadi luntur dalam dunia blog Malaysia ... aku cuba cari balik ... adakah anda juga lakukan seperti itu?

Semangat jadi luntur bila rasa usaha menulis itu yang dibuat dengan rasa tekanan dan beban, yang akhirnya tidak nampak impaknya. Tulis penat-penat, tak ada orang baca. Ada blogger kata, ala .. menulis untuk diri sendiri je .... cerita nak kongsi untuk anak-anak .... tapi dalam pada masa sama, dok tulis entri .."Kenapa blog aku tak ada orang baca..."  tak pun .... "Kenapa blog aku tak buat duit .." dan macam-macam lagi.

Bila Semangat Berblog Menjadi Luntur

Percayalah.

Saya pun banyak kali kata begitu. Benda yang dah luntur, dilunturkan lagi; seolah menyerah kalah dah.

Ramai blogger yang pernah saya kenal dulu, dah tutup blog. Sedih juga, tapi nak buat macamana, itu keputusan yang mereka buat. Ada desakan atau tidak, itu kisah dan sebab yang mereka sendiri tahu.
Bila Semangat Berblog Menjadi Luntur

Semangat berblog ini ... macamana saya nak cakap ehh, jika tidak dari rakan blogger sendiri yang berikan semangat, mungkin saya sendiri dah lama berhenti menulis.


Dulu, saya menulis blog lebih personal, saya tulis cerita mengenai hidup saya, kongsi gambar macam-macam, tapi tak ramai baca .. "Who you?" .... tiada siapa nak baca kisah lelaki kulit gelap yang tinggal ntah mana daerah pun tak siapa tau.

Tau pageviews blog saya ketika tu berapa? 50 pun tak cecah dalam sebulan! Sadis tak? Tengok statistik ni yang pernah satu ketika dulu saya dapat untuk blog ni.
Bila Semangat Berblog Menjadi Luntur

Ok, dapatlah juga 400 sebulan .... leh congak sendiri untuk 24 bulan saya ada blog masa tu. Puratanya dalam 800 pageviews sebulan. Tak menentu. Ada bulan dapat trafik banyak, ada bulan trafik bawah 100 .. bawah 50. Masa dapat banyak tu, selalunya sebab saya join segmen-segmen blogger. Kejap je naik .. pastu?

Saya pasti ramai blogger pun dapat trafik yang lebih kurang camni, turun naik. Naik bila join segmen atau buat segmen, join giveaway dan segala bagai. Tapi lepas tu .. mana nak dapat dah trafik gitu, nak harapkan dapat 10 hits sehari pun gila payah.

Saya dah hilang semangat ... semangat berblog saya jadi luntur macam dah kena clorox dah.

Sampai Bila Nak Harap Pertolongan Blogger?

Sampai bila saya nak harapkan orang baca blog melalui segmen?

Sampai bila saya nak harapkan blogger lain bantu saya dapatkan trafik. Dah la tak ada kelebihan apa-apa pun, kacak? Tentu tidaklah. Terkenal .. haha .. jauh sekali. Masuk TV? Masuk majalah ... of course tak ada yang sudi. "Lu sapa? pengikut blog pun tak sampai 5 ribu .. kata blogger otai dah lama ada blog ... poyo je lebih"

Saya tukar. Saya kaji entri yang jadi penarik. Kenapa ada entri yang tak buat apa-apa, ada trafik sendiri. Saya belajar tentang nak bolehkan entri masuk Google. Saya belajar cara nak tulis entri yang bagus.

Terima kasih pada blogger-blogger yang bantu berikan trafik ke blog ini masa awal saya nak berblog. Terima kasih banyak-banyak, jasa anda memang sukar saya nak balas. Bila nak balas, ada pula yang pandang serong, kata saya asyik naikkan nama blogger tu je ...  kenapa? salahkah saya balas balik apa yang blogger-blogger ini berikan pada saya sewaktu dulu?

Dalam hati tak siapa yang tahu.

Saya juga pernah kecewa, saya pernah hilang semangat dalam dunia blog ini.

Salam,
Saya dah banyak study tips-tips yg ___ bagi dlm blog ___ ni. Terima kasih byk2, sbb tak sampai dua mingggu saya baru setup blog, google analytic dah show 3,350 pageviews. Nuffnang pulak ada 1500+ UV dan 2300+ visitors. Hardcore tak hardcore lah tips2 yg __ share-kan bersama kami. Itu pun saya x habis study lagi tips2 lain yg __ bagi dlm blog tuan ni.

Terima kasih,
shafrizal,
http://serbaalah.blogspot.com

Dan semangat untuk berblog saya kembali .....


Bila Semangat Berblog Menjadi Luntur



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Ye betol tu... semangat berblogging mudah down, bila tengok traffic yg hanya boleh dibilang dgn jari dan hasil2 penulisan kita tiada yg sudi nak baca.. huhuhu.... Memang luntur semangat nak update blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dunia blog semakin lama semakin hari ... macam2 dah orang buat ...

      Padam
    2. Tuan Idola saya...senior lebih memahami...dan semua itu sedang berlaku pada blogger baru mcm saya...so saya mengharapkan tuan terus menabur bakti memberikan panduan2 dan tips berblog dan cara menulis artikel terbaik untuk semua blogger2 baru...saya amat menghargai apa yang telah tuan sharekan di sini...terima kasih banyak2 tuan admin..

      Padam
  2. Sebagai pembaca tegar blog abg [tukar status dari 'tuan' jadi tailong (abg besar) saya], saya rasa elok abg teruskan blog abg ni. Terlampau banyak info yang sangat berguna dlm blog abg ni. Rugi kalau abg tutup.

    Terima kasih sangat2 sebab siarkan komen saya dalam post abg kali ini. Saya doakan abg serta keluarga sentiasa dirahmati Allah dan rezeki bertambah dari semasa ke semasa, Insya-Allah. Amiin.

    Terima kasih,
    Shafrizal
    http://serbaalah.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Ini lah satu-satunya blog ber platform blogspot yang saya jumpa cantik susun atur, ringan dan entry pun semua ada " sesuatu " bila selesai membacanya. Tak macam blog 1 lagi tu, bayar orang untuk nak dapat komen berkualiti dari readers, lepas tu readers pulak kutuk mengutuk..hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh ada ye? Tak tahu la pulak.

      Padam
  4. Ermm.. betul.. Kadang2 pernah rasa down tapi ingatkan diri balik tujuan ada blog... Tujuan utama ada blog dulu untuk create Lupus Awarenes.. Sekarang blog dah jadi sebahagaian drp hidup... hari2 update blog kecuali bila tak sihat.... Heee... Sekarang pageviews tak banyak.. Tapi... takpe ......^^

    BalasPadam
  5. Kadang-kadang memang down juga. Tapi memang minat menulis, so x la sampai nak tutup blog. Trafik sikit x kisah sangat, tapi yang kisah tu bila blog kena hack berkali-kali. Dulu ada blog pakai blogspot, boleh tahan juga trafic dari google. Tapi bila tukar wordpress, tipa hari kena hack. newbie katakan, so blog terus tutup. Blog sekarang baru sebulan start balik. :)

    BalasPadam
  6. sartu perkongsian yang cukup bermakna dalam simpang siur berblog.
    terima kasih.

    BalasPadam
  7. True.... mmg ada masanya rasa down, takde semangat nk update blog... blog pun belum beri ape2 hasil... jenuh memaksa diri ni...

    BalasPadam
  8. pernah jugak kecewa bila trafik x capai apa ditargetkan, dahulu la
    sekarang saya kongsi apa yg saya minat, tapi sesekala ada buat entry untuk dapatkan trafik tinggi
    tapi benar, kalau kita sentiasa mengkaji blog kita, tak mustahil kita boleh dpt trafik meletup2
    saya paling lemah semangat, down giler2 part line internet hilang. stress. haha

    BalasPadam
  9. aslmkm...

    masa mula2 buat blog memang terasa kecewa bila tak ramai yg baca. Tapi saya tak luntur semangat. Saya tulis je, buat review dan bg sikit info terutama tentang anak-anak. Alhamdulillah. Walaupun follower tak ramai, tapi saya syukur sekurang-kurangnya tiap hari ada yang sudi nak baca, dan bilangannya makin lama makin bertambah, Mungkin dulu saya kurang share dekat group blogger dan kurang utk blogwalking sebab kerja. Dan sekarang saya rajin untuk baca blog orang lain.
    Bila baca entry ni, saya rasa ianya memang kena diri saya dulu.

    http://ilotnaim.blogspot.com

    BalasPadam
  10. pernah rasa down masa mula2 jadi blogger.. di hentam teruk.. di gelar blog sampah...pageview mmg sikit. Tapu alhamdulilah atas semangat dan niat yg betul, tekad untuk teruskn berblog hingga ke skrg.. Be honest blog HH mmg jd panduan untuk blog acik.. setiap entri akn di baca... mula segan nk comment, apapun terima kasih atas ilmu yg dikongsikn.. blog HH mmg terbaik

    BalasPadam
  11. sama la..kdg2 luntur juga semangat bila idea tak ada.. masih trying be a good writer and good writing skills

    BalasPadam
  12. Haha... suka gambar yang last. Keep moving nenek saya kata... :)

    BalasPadam
  13. kawan-kawan lama yang dulu sama-sama blogging pun dah ramai yang dah tak ada. terpaksa cari kawan-kawan baru sekarang ni

    BalasPadam
  14. haaa ni sesuai untuk blogger newbie macam saya thank you, ye sebagai blogger baru mmg akan update pasal kehidupan ahahah tgah nak mencari idea untuk menulis.. thank you soo much! http://sheralyahya.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi baca blog bro ni ... :) chaiyokkk

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …