Widget Entri Popular Berdasarkan Jumlah Komen

Widget entri popular berdasarkan jumlah komen antara merupakan widget popular yang digunakan oleh blogger blogspot. Ada banyak variasi widget entri popular ini, dan saya ingin berkongsi salah satu darinya sebagai salah satu widget pilihan untuk anda letakkan di dalam blog anda.

Widget entri popular berdasarkan jumlah komen adalah satu widget yang boleh membantu blog anda mendapat lebih trafik, dan juga membina flow di dalam blog. Ia membantu pengunjung untuk melihat entri-entri lain yang menarik di dalam blog. Setengah pembaca memang suka melihat entri-entri panas dan popular dalam sesebuah blog.

Widget Entri Popular Berdasarkan Jumlah Komen


Widget ini juga akan membantu blog anda bina jenama dan niche. Ia membantu anda untuk fikir apakah entri seterusnya yang perlu anda tulis berdasarkan kepopularitian tersebut. Semakin banyak entri popular di dalam satu kategori atau label atau niche; semakin menyerlahlah blog anda dalam kategori tersebut.

Contohnya, dalam blog anda ada banyak cerita; tetapi kebanyakkan entri popular anda adalah entri-entri mengenai kisah anda pergi bercuti, maka anda patut perbanyakkan lagi entri mengenai percutian anda supaya blog anda dapat membina jenama sendiri berkaitan percutian. Ia juga akan bantu blog anda untuk dapatkan kata kunci dan deskripsi yang sesuai bagi blog - salah satu teknik SEO untuk SERP di enjin carian.

Sekarang, anda sudah tahu serba sedikit mengenai kelebihan meletakkan widget entri popular di dalam blog. Tidak kisahlah anda mahu meletakkan variasi yang mana satu untuk widget entri popular ini - samada berdasarkan jumlah komen, jumlah hits atau jumlah perkongsian di media sosial seperti Facebook. Saya boleh katakan ia antara widget wajib yang harus ada dalam sebuah blog.

Ok. Sekarang saya kongsikan satu widget entri popular yang boleh anda gunakan iaitu widget entri paling popular bersandarkan jumlah komen yang telah diberikan.

Kod HTML Widget Entri Popular Berdasarkan Jumlah Komen

Mudah sahaja. Anda hanya perlu salin tampal je kod HTML di bawah ini dan letakkan di sidebar blog anda. Pastikan anda tukar URL blog dengan URL blog anda supaya nanti tak keluar pula entri popular blog orang lain .. rugi trafik je nanti .. hehehe...


Widget ini telah disediakan oleh salah seorang blogger SEO terkenal Indonesia iaitu Kang Mousir. Moga widget ini akan memanfaatkan blog anda dengan sebaiknya.

Selamat mencuba.


1 comment... add one now

Hafizul Hafizul August 21, 2014
Huhu..betul tu kan..tak sia-sia masukkan widget ni...terima kasih bro kongsikan..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.