Langkau ke kandungan utama

TV3 Tidak Prihatin Permintaan Akhir Arwah Sharifah Aini?

Siapa ada tengok siaran Majalah 3 pada 25 Ogos 2014? Siaran Majalah 3 waktu itu menampilkan kisah biduanita negara, arwah Dato' Sharifah Aini yang telah meninggal dunia pada 4 Julai 2014 jam 1.26 pagi. Ia berkisar mengenai perjalanan seni yang telah dilalui oleh biduanita negara ini. Akibat daripada siaran Majalah Tiga TV3 ini, ramai yang menonton berasa tidak senang, dan ada yang anggap bahawa pihak TV3 telah tidak hormati permintaan terakhir arwah Dato Sharifah Aini.

Samada betul atau tidak, saya cuba cari kepastian mengenai permintaan terakhir arwah Sharifah Aini, apakah sebenarnya permintaan akhir beliau sehingga ada penonton Majalah Tiga yang berasa kesal dengan siaran tersebut.

TV3 Tidak Prihatin Permintaan Akhir Arwah Sharifah Aini?


"Bang, kenapa Majalah Tiga dok tayang gambar lama Sharifah Aini ni? siap tak pakai tudung ..." kata isteri saya bila sekilas saya tukar siaran ke TV3.
"Ehh kenapa?" tanya saya untuk kepastian.
"Bukan ke permintaan akhir arwah supaya orang tak sebar gambar-gambar lama dia dah? ... kalau tak silap la .." kata isteri saya.

Saya godek punya godek, dan akhirnya saya jumpa juga. Apa yang dikatakan isteri saya itu adalah bersandarkan video temuramah Prof. Dr Muhaya dengan Sharifah Aini (Kak Pah) dalam sebuah rancangan di TV9.

Permintaan Akhir Dato' Sharifah Aini Bersama Celik Hati Profesor Dr Muhaya


Tak berapa nak tangkap apa yang dinyatakan oleh arwah Sharifah Aini dalam rancangan Celik Hati ini? Ok .. saya cuba keluarkan satu persatu ...

YA ALLAH, Kak Pah cakap pun Kak Pah hendak menangis,”
“Tengok YouTube dengan rambut dan penampilan saya… saya malu pada ALLAH, terlalu malu…saya malu pada ALLAH…tapi itu sudah lepas, hendak kata apa lagi.
“Jadi saya ada permintaan pada stesyen televisyen, kepada kawan-kawan media, kalau nak keluarkan gambar tolonglah jangan keluarkan gambar dulu, gambar yang tidak berhijab.
“Kasihan dekat kita semua, kami semua sudah ‘move on’ ke jalan Tuhan. Hendak jadi lebih baik, hendak dekat dengan ALLAH, setiap hari kami mencari keredaan ALLAH,”

Jelas?

Jadi, tindakan TV3 menyiarkan siaran Majalah Tiga yang ada menampilkan gambar-gambar lama beliau boleh dianggap seperti telah tidak hormati permintaan yang jelas nyata disiaran langsungkan untuk tontonan semua.

Manalah tidak marah mereka yang sedar akan perkara ini.



Harapnya entri ini boleh dijadikan teguranlah supaya TV3 lebih sensitif. Saya tahu, dah macam proses pihak TV3 lalui terutama krew penerbitan Majalah Tiga untuk tapis cerita berkaitan arwah. Mungkin terlepas pandang sehingga lupa bahawa arwah pernah berpesan sebegitu.

Niat TV3 mungkin baik mahu imbau dan imbas apa yang telah disumbangkan oleh arwah Daro Sharifah Aini, tetapi sebaik mungkin cuba juga tonton rancangan terbitan MediaPrima yang lain .. supaya ambil tahu ... :) jangan harap penonton je nak tengok tapi orang TV3 sendiri tak tonton rancangan mereka, lebih suka tonton rancangan TV berbayar ... hoho ...

Al Fatihah.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. ada jugak berkata2 dalam hati ni... ikutkan memanglah dah putus hubungan amalan kita sepanjang didunia bila kita mati nanti..

    tapi itukan permintaan arwah, hmm tv3 tak alert tau :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. amalan tidak akan terputus apabila kita mati...itu lah yang orang panggil "saham"..hehehe..

      Padam
  2. Tadi pun saya tengok jugak.. Hmm terlintas juga saya tentang perkara ni.. Langsung tak fikir sensitiviti orang yang dah berhijab.. Tak patut keluarkan lagi gambar2 lama macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tgk citer lain..citer pasal yahudi nama Mark Zuckenberg cipta laman sosial nama Facebook .. hoho .. alih kejap je terus nampak majalah 3 dok tayang dan wife saya yg respon.

      Padam
  3. Itulah pasal... Alfatihah utk arwah.

    BalasPadam
  4. tak sempat tengok, tau-tau dah jadi perbincangan hangat di FB. tengok cerita Dibah Lori di TV9... ada Neelofa dan Wan Maimunah ketika tidak berhijab juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho ... yang tu benda dah lepas tak leh nak wat apa, ni benda yang boleh elak ..

      Padam
  5. apa2 pon kita sedekahkan al-fatihah pada arwah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Hebat Kak Pah ni .. didik anak dia tu sampai .. ishh susah ooo nak didik anak jadi camtu .. mana ada anak skrang yang reti sgt nak sholat jenazah .. apatah lagi imamkan.

      Padam
  6. bukan sahaja TV3..Harian Metro juga mengeluarkan gambar beliau tidak bertudung..sehari selepas beliau meninggal..kadangkala pihak media ni ambil mudah tentang perkara seperti ini..tetapi memperbesarkan perkara yang remeh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm tu la pasal. Bila blogger je buat .. pandai lak derang nak tembak kita ni .. hoho ..

      Padam
  7. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...aminn...salam blogger HH

    BalasPadam
  8. Patutnya, TV3 perlu peka untuk tunaikan permintaan arwah jika benar-benar ikhlas mahu menghargai sumbangan arwah sepanjang hayat beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sylarius ... mungkin entri ini boleh dijadikan landasan bahawa penonton peka.

      Padam
  9. al fatihah untuk arwah...

    BalasPadam
  10. Niat tidak menghalalkan cara. Memang niat TV3 tu elok tapi cara yng dia buat tu sgt tidak elok.

    BalasPadam
  11. Doakan yang terbaik buat arwah.. TV3 mesti ambil langkah proaktif teguran penonton.. Jangan masuk telinga kiri kuar ikut idung..telinga kanan pun x sempat nak lalu..hehr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang saya harapkan. Mungkin entri ini tidak sesensasi lain, tapi wajar sampai ke TV3 untuk mereka nampak impak apa yang mereka siarkan. Jangan harapkan penonton sahaja utk prihatin, TV3 pun patut samalah.

      Padam
  12. tertanye jugak masa tengok smalam. kenapa boleh jadi camni..??sedangkan permintaan tu dibuat bukan sahaja bila dia dah takde..malah ketika dia masih ada lagi..

    BalasPadam
  13. Sama jugak rncgn hijrah selebriti kat astro ria..kalau dah berhijrah,tak payah lah letak gmbr seksi2 dulu,bile org tgok msti berdosa..

    BalasPadam
  14. ada perasan malam tadi, harap akan datang pihak TV3 lebih prihatin lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku utk sebuah stesen TV yang punyai kakitangan hebat hebat.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …