Blogger Terkenal Jujur Tak Hadir Ke Kuliah. Jujur betul blogger terkenal ini berikan alasan kerana tidak hadir ke kuliah. Sesunguhnya tiada cacat celanya menjadi seorang yang jujur. Jujur itu lebih baik untuk kehidupan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Saya tertarik ingin berkongsi sekeping surat alasan yang ditulis oleh seorang blogger terkenal, iaitu +Ammar Yasir. Sebuah surat yang menyatakan sebenar-benar alasan mengapa tidak dapat hadir ke kuliah.
Blogger Terkenal Jujur Tak Hadir Ke Kuliah

Ada setengah orang mahasiswa tentunya sering reka cipta alasan yang sebenarnya tidak wujud hanya untuk menjadikan mereka sebagai pelajar yang patut dicontohi, walhal apa yang dibuat adalah suatu perbuatan yang salah.


Saya pernah juga menulis surat alasan seperti ini untuk anak saya. Memang terang-terang saya nyatakan anak saya tidak ke sekolah kerana mengikuti ibubapa bercuti (wife saya yang cuti, saya memang cuti lama dah .. hehehe). Tak guna nak sembunyi cerita sebenar, sebab nanti lambat laun diketahui juga. Daripada dicap dan dicop pembohong dan penipu, adalah lebih baik awal-awal beritahu perkara yang sebenar-benarnya.

Anda tahu tak apa reaksi cikgu anak saya bila dapat surat menyatakan alasan untuk diberikan cuti kepada anak saya?

Cikgu anak saya siap beritahu; "Kenapa beri surat ini sebelum bercuti, lepas balik cuti, barulah bagi .."

Nak gelak pun ada. Alasan yang penuh jujur diberikan jawapan yang jujur juga.

Bab kerja, jika fikir tak dapat nak hadir ke tempat kerja; beritahu sahaja perkara sebenar. Betul ni ... sebab saya pernah SMS dan buat surat ke boss saya satu ketika dahulu, mengatakan saya tidak dapat hadir ke tempat kerja sebab ketinggalan bas, dan bas yang seterusnya saya perlu naik masanya sudah buat punch-card saya jadi merah, dan buat saya tidak produktif di tempat kerja.

Mengejutkan, boss saya terima alasan tersebut!


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

17 Komen

hikhik! siap boh item no.3 nak kuatkan alasan dia :P

Reply

elok lah. tu alasan yang menjadi pilihan ramai tu...

Reply

bos yang pernah mengalami lebih faham kot, tu yang terima...heeee

Reply

Assalamualaikum,
zaman IT ni, pensyarah boleh check ke FB pelajar untuk tengok betul ke tak. Ramai juga pelajar yang kantoi; bagi tahu pensyarah tak sihat untuk ke kuliah tetapi letak status di FB pergi tengok wayang dengan awek.

Reply

terlebih jujur nie...hihi
harus dicontohi

Reply

walaupun alasan tu nmpk simple/kelakar/bodoh, yg pntg adalah kejujuran... Pembohongan akan buat org lain susah lg nk percaya kat kita...

Reply

Yeap, sesuatu yang patut dicontohi ni ... tak gitu?

Reply

Hahaha.. saya baru perasan bab tu.

Reply

Hmm tak sama dengan zaman saya, yang memestikan tulis surat tunjuk sebab kenapa tidak hadir, kalau tak merit kena potong ooo ... walaupun time tu belum pun diambil kira .. :P

Reply

Betul tu. Lebih baik cakap benar daripada bohong ntah apa2 ...

Reply

Sama-sama pernah jadi org bawah, jadi bos tentu faham ...:)

Reply

Bukan semua bos dan lecturer boleh terima alasan even kita jujur. Dan kadangkala dalam situasi bekerja pula, bos ok. Org kanan pula cucuk2 bos agar marah dan ada yg perli2 lagi atau lebih sudu dr kuah marah yg tak hadir atas masalah2 tak dpt dielakkan.
Macam2...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.